twenty six

14 3 0
                                    



SENARAI nama dalam fail PDF  dipandang lama. Di barisan kerusi paling akhir auditorium itu, Qaid duduk jalankan kerja. Jarinya terus menolak skrin telefon sambil matanya tak lekang dari situ. Barisan nama ahli orkestra Celestial itu diteliti dan beberapa nama yang menarik perhatiannya dikeluarkan di antara 32 orang yang ada.




Miciela Brown, orchestra conductor. Yoon Hae-Kyum, dirigent, Iris and Karina, violist, Nayla Iemelda, cellist, Ivanka, contrabass, Hayder, flute and Dylan, pianist.




Qaid menarik nafas dalam-dalam, masih meneliti senarai nama ahli orkestra Celestial di telefon bimbitnya. Dia berbisik perlahan, seolah-olah berbicara lebih kepada dirinya sendiri.



Miciela Brown, Yoon Hae-Kyum, Iris, Karina, Nayla Iemelda, Ivanka, Hayder, Dylan...” kata-katanya meluncur keluar tanpa henti, memproses setiap nama yang tertulis.


Dia mengeluarkan beberapa nota, menulis ringkasan maklumat yang diperolehnya, lalu mencapai earpiece dan dimasukkan ke telinganya. Tangan Qaid bergerak laju menekan beberapa butang pada peranti itu, menunggu sambungan yang seterusnya.



Beberapa saat berlalu, dan akhirnya suara yang dikenali itu kedengaran. Afiq, pakar IT adalah orang utama yang dicari Qaid dalam hal ini.



"Twilight, apa yang kau dapat?" tanya suara itu dengan penuh perhatian.




Qaid menjawab, suaranya tenang namun penuh fokus. "Nama-nama ini—ahli orkestra Celestial. Aku nak lebih banyak maklumat tentang mereka, terutamanya latar belakang dan pengalaman mereka. Boleh dapatkan akses lebih dalam?"



"Boleh, aku akan try tapi aku perlukan sedikit masa. Risau juga kalau tak dapat nak akses dengan software yang ada." jawab Afiq. "Apa lagi yang kau perlu tahu ? Perhaps additional info yang boleh tolong investigation ?"


Qaid memandang senarai itu sekali lagi. Bibirnya digigit perlahan tanda frustrasi sebelum rambutnya terus diraup ke belakang. "Kau tunggu arahan seterusnya. Aku akan analisis dulu. Maklumat dia nampak simple tapi macam kurang membantu sebenarnya. Doakan aku tak mampus nak buat benda ni"



Di sebarang sana, tepatnya di HQ, Afiq angguk. "Faham," jawab suara itu. "Kau ada arahan lanjut?" soalnya. Matanya tertala ke skrin cerah di depan mata.


“Ya, teruskan dengan proses pengumpulan data. Bila aku dapat maklumat lebih, aku akan beri arahan seterusnya. Kerja kau cuma cari maklumat, akses dan serahkan pada aku", Qaid berkata sebelum disambut dengan balasan dari rakan sekerjanya. "Bereh, boh. Serahkan pada aku", Afiq berkata bangga.



Qaid senyum sinis, sempat ketawa kecil untuk hilangkan rasa gusar yang penuh dalam sekujur tubuhnya kini."Good luck. Thank you, Cipher", Qaid berkata lagi.



Dia menutup sambungan, memandang skrin telefon bimbitnya sekali lagi. Dia menekan butang earpiece menunggu butiran lebih lanjut yang bakal diterima. Dalam masa yang sama, matanya masih merenung senarai nama itu dengan penuh teliti.


Merasa serabut, dia terus menekan menolak skrin telefonnya supaya keluar dari layar PDF tersebut. Lantas, dia menyimpan semula semua alat komunikasi ke dalam jaket kulit yang dia pakai, sebelum batang tubuhnya dibawa berdiri daripada kerusi tersebut. Kemudian, dia pusingkan tubuhnya separa bulatan, menghilangkan rasa lenguh di bahagian pinggangnya.


Menyedari pasukan orkestra tersebut masih sibuk dengan latihan mereka dengan bunyi gamat dari alat musik, Qaid muka berjalan sekitar auditorium. Sebelum hadir ke tempat ini, dia sudah menyelidik beberapa perkara tentang tempat ini. Dia juga tahu bahawa auditorium ini terkenal dengan ciri tersendiri yang menjadikan ia pilihan pasukan orkestra bertaraf dunia.




Siling logam pada auditorium ini membolehkan gelombang bunyi dipantulkan hingga ke bahagian paling atas. Ada juga tujuh panel yang boleh dilaraskan untuk mengubah kelantangan bunyi agar dapat disesuaikan dengan persekitaran akustik. Dinding dewan ini pula boleh dibuka tutup untuk diselaraskan dengan pelbagai ritma bunyi. Lantai dan dinding konkrit mempunyai reka bentuk khas mencegah bunyi dari luar auditorium.





Qaid cebik bibir. Boleh tahan. Tak sangka dia jejakkan kaki di tempat sebegini.




"Apa yang kau tengok tu ?", tubuhnya dibalikkan apabila mendengar suara itu di gegendang telinganya. Nayla, dengan beg selo di belakang tubuhnya sedang berdiri tak jauh daripada dia. Wajahnya nampak muram dan kosong tanpa secalit senyuman di wajah cantik tersebut. Tangan yang disilangkan di dada menampakkan lagi sebuah identiti berbeza.


Qaid angkat bahu, lengannya digosok lembut. "Nothing. Cuma, aku perhatikan seni bina auditorium. Manalah tahu, kalau ada apa - apa jadi. Aku tahu jugalah kan nak buat apa kalau aku dah tahu.  Kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan", jawabnya sebelum Nayla mengeluh berat. "Janganlah cakap bukan - bukan. Kau tahu kan kata - kata tu doa ? Tarik balik, cepat" Nayla bersuara, agak tegas.



Lelaki itu ketawa kecil. "Okay, fine. I'm sorry. By the way, kau dah habis training ? Soundcheck ?", soalnya sebelum perempuan itu anggukkan kepalanya perlahan - lahan. "Dah. Semua orang pun dah nak balik, tinggal nak jumpa balik malam esok je. Kau ? Dah habis dah teliti senarai nama tu ? Dah jumpa dah gadis yang memikat hati ?", usiknya dengan senyum sinis.




"Ish kau ni. Aku bukan tengok semua 32 orang ahli pun. Aku setakat tengok beberapa, yang nampak suspicious dan perlu perhatian lebih. Like, Hae-Kyum", Qaid berkata, mengingati salah satu nama dari senarai penilitiannya. Mata Nayla membulat sedikit, sebelum bibirnya ketawa kecil. "Woo, kau dah tertarik dekat Hae-Kyum ke ? Jangan macam - macam, Qaid. Budak tu baik, kau tahu ?" katanya sedikit beramaran sebelum Qaid tarik muka.



"Sorry tak minta segender", katanya sebelum berjalan keluar ke pintu auditorium, meninggalkan Nayla yang tersengih dengan lawak sendiri yang, tak menjadi nampaknya. Selepas lama menjadi cendana di situ, dia terus mengikut langkah Qaid, meninggalkan Dewan Filharmonik Petronas buat masa sekarang.



"Eh kejap, Qaid. Kalau aku ikut kau ni, aku nak balik naik apa ? Kau kata Rachel kesayangan kau masuk hospital ?" Nayla menyoal. Dia mendekati Qaid yang masih berjalan menuju ke arah yang dia sendiri tak pasti. Qaid senyum sinis, tubuhnya dipaling ke arah Nayla.



"Well, dear. That's when you know you need a friend in your life", lelaki itu kenyit mata sebelum ketawa sendiri dengan jenakanya yang langsung tak mengundang senyum di wajah Nayla. Wajah serius perempuan itu membuat Qaid berdehem sebelum membalas soalan Nayla. "Aku pinjam kereta member aku. Tak sama macam Rachel but at least I can give you ride home".



Sebuah kereta Audi i8 didekatinya sebelum membukakan pintu di bahagian penumpang hadapan untuk Nayla. Perempuan itu masih tidak bereaksi, lantas masuk ke dalam kereta. Apa yang ada dalam kepalanya, dia mahu segera pulang dan beradu selesa di katil kesayangannya






- nadya, 141124.

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang