fifty-five

24 3 0
                                        

Months before..


"NAH, simpan"



Nayla pandang ke sisinya, memandang ke arah Qaid yang menghulurkan sesuatu dalam tangannya. Dahinya berkerut sebelum dia menyapu lengannya yang terasa gatal dek digigit nyamuk yang ganas.





"Apa benda kau bagi aku ni ?", Nayla menyoal sebelum Qaid berdecit. Tangannya bersungguh - sungguh menghulurkan sesuatu ke arah Nayla. "Ambil jelah. Banyak tanya pula kau !", Qaid berkata sebelum Nayla menjeling ke arahnya.




Dia membuka tangannya, meminta agar Qaid menghulurkannya dengan cara menjatuhkan ke atas telapak tangannya. Qaid sudahnya terus menjatuhkan benda tersebut ke atas tangan Nayla, lalu dipandang Nayla sekilas.




Rantai. Dengan safety pins yang tergantung di tengah - tengahnya seperti sebuah loket yang bakal menghiasi lehernya.




"Safety pins necklace ? Kau nak bagi pin ni tercucuk dekat leher aku sampai mati ke ?", dia menyoal sebelum Qaid buat muka jengkel. Penumbuknya dikepalkan lalu dia menayangnya ke wajah Nayla.




"Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku tembak kau dengan Glock 19 tu, tau tak ? Tu, rantai yang aku pakai haritu. Kau kata "lelaki haram pakai rantai". Nah, kau ambillah", katanya. Topi terus dipakai semula ke kepalanya.




Nayla kerutkan dahi. Dia terus memandang ke arah rantai itu lalu teragak - agak menyarungkannya ke lehernya. Dibetulkan kedudukan aksesori tersebut agar kemas terletak sebelum dia mendekati Qaid yang berada jauh daripada dia.




"Tapi, kenapa nak kena ada safety pin ? Memang selama ni kau pakai macam tu juga ke ?" Nayla menyoal sebelum Qaid gelengkan kepalanya. Lengannya dilipatkan untuk diregangkan seiring dengan angin malam yang meniup lembut menyapu pipi mereka berdua. Dia pandang wajah Nayla semula.





"Safety pins necklace means a promise to not kill themselves especially if they have attempted before. Aku tahu, aku pernah nampak dengan pergelangan tangan kau macam mana. Simpan. Sebagai janji. Kau tahu kan benda macam tu Allah benci ?"






Kata - kata Qaid membuatkan Nayla terus mengigit bibir. Dia terus menunduk, lantas menyentuh lembut rantai tersebut.







"Janji dengan kau ke ni ?"





"Dengan aku lah. Tak kan dengan makcik nasi lemak kot. Jangan langgar pula janji kita."





Nayla buat muka jengkel sebelum tunduk memandang rantai tersebut. Kelihatan agak pelik, namun akhirnya dia relakan juga. Matanya melilau memandang ke arah Qaid. Matanya tertumpu ke arah benda yang berkilau di pergelangan tangan Qaid. Nayla tudingkan jarinya.




"Tu apa ? Gelang ? Qaid, jangan pakai gelanglah. Haram". Nayla berkata, bagaikan menegur. Qaid menunduk, memandang gelang bead di tangannya. Qaid terus tarik muka. Tangannya laju mencekak pinggang, kepalanya digeleng bagaikan sedang menasihati anak yang degil.






"Ewah, kau tu vaping tak haram ? Lagipun gelang ni, penting. Sorry to say, tapi kalau kau nak, aku tak akan bagi", Qaid berkata. Tangannya disembunyikan ke belakang, sebelum Nayla buat muka menyampah. "Siapa nak gelang kau ? Perasan"


________



Janji itu bukan sekadar kata. Ia jadi luka bila orang yang mengikatnya, juga yang memilih untuk melanggarnya. Lucunya tentang janji, ia tak pernah runtuh kerana tiada makna. Ia runtuh kerana kita terlalu percaya pada sesuatu yang akhirnya patah di tangan orang yang menuturkannya.




⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹



"CLEAR !"




Bunyi derapan kaki menaiki tangga terus mengalihkan pandangan Qaid daripada Nayla. Genggaman tangannya pada Nayla dia lepaskan, sebelum dia berundur di belakang. Wajah Nayla yang dibasahi air mata ditenungnya lama, sebelum jatuh pada utas rantai yang masih setiap terkalung di lehernya.





"Daylight. Kalau apa - apa jadi pada aku, tunggu aku. Aku ada..semua penjelasan aku kau perlu", Qaid bersuara namun hanya dibalas senyum sinis Nayla. Air matanya diseka. "Thanks, tapi aku tak berminat,".





BAM!



Pintu bilik ditendang terbuka. Kapten Arman melangkah masuk bersama Afiq, Hud, dan dua anggota lain. Senjata mereka teracung tepat ke arah Qaid.






“Qaid Farran, jangan bergerak!” suara Kapten Arman tegas, arahan tak boleh dipersoal. Lelaki itu bagaikan mengerti. Dia terus berlutut, sebelum mengangkat kedua - dua belah tangan diangkat ke atas kepala.






Hud yang berada di belakang terus meluru, wajahnya menyala dengan amarah. Dia tak peduli lagi pada orang yang ada di sekelilingnya. “Pengkhianat!” jeritnya, menolak tubuh Qaid ke dinding dengan kasar. Tangannya diangkat, bagaikan ingin melepaskan tumbukan ke wajah Qaid yang juga sudah mengigil.






“Aku percaya kau ! Aku percaya ACES selamat dengan kau ! Aku anggap kau family !” Hud menggoncang Qaid, suara serak. “Tapi kau sanggup jual semua ni..untuk musuh ?! Kau gila ke ? Many years of us in family of ACES, berapa lama kau khianat kami ? ", Hud terus bersuara sebelum May lantas menarik lengannya ke belakang.






"Hud ! Sudah ! Jangan buat kerja gila boleh tak ?" May turut bertanya sambil cuba meleraikan Hud yang masih cuba ingin melepaskan amarahnya pada Qaid. Hud akhirnya berundur, bergerak menjauhi Qaid sebelum sempat menendang kerusi dalam pandangannya. Afiq cepat bawa Hud pergi, tak mahu ada perkara yang tak sepatutnya jadi.






Menyedari abangnya dibawa pergi, May segera meluru. Matanya melilau mencari Nayla, sebelum tubuh meringkuk Nayla ditemui di ceruk dinding. Wajahnya kosong, tangannya kemas memeluk lutut. May segera meluru ke arahnya sebelum tubuh Nayla dipeluknya kemas.





"It's over, Nay. You're safe now," May memujuk. Nayla masih dengan wajah kosongnya. Hanya air mata yang jatuh menunjukkan berapa hancurnya dua. Matanya masih memandang ke arah Qaid yang sedang digari dan dibawa pergi oleh anggota ACES yang lain. Hanya tersisa May dan Kapten Arman di situ.





"Bawa..aku keluar, May. Aku..tak nak tengok muka dia," Nayla meminta. Genggamannya pada lengan baju May erat. May segera berdiri, memimpin Nayla keluar. Nayla masih diam tatkala mereka di luar rumah masih mempersoalkan Qaid yang sanggup berbuat demikian.







Janji ? Funny.





- nadya, 070925

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang