sixty-one

14 2 2
                                        


TANGANNYA yang tadinya lincah menaip kini terhenti sebelum nafas yang berat dihembuskan. Rambutnya diraup, sebelum tubuhnya disandarkan ke kerusi, lalu dibawa untuk berdiri tak lama kemudian. Kakinya mula berjalan di sekeliling ruang kerjanya sambil tangan disilangkan di dada. 







Telefon bimbitnya yang diletakkan di hujung meja mula bergetar kecil. Pandangan kosongnya mula berubah ke arah itu. Dengan segera, telefon bimbit itu dicapainya dan mesej WhatsApp daripada Azhar segera dia pandang. 




 

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Nafasnya tersekat, sebelum semua ketenteraman dan fokusnya tumbang ranap. 




Dia berhenti di depan meja kerjanya. Matanya tertumpu pada sebuah bingkai kecil yang sengaja dia letakkan di tepi komputernya. Senyuman kecil terukir di bibir, lalu bingkai tersebut diambilnya. Gambar yang tersisip segera dia tatap. 




Gambar dia, Hud dan Afiq, dengan wajah yang penuh sisa krim yang sengaja dipalitkan ke wajah. Senyuman Qaid semakin lebar. Kalau tak salah pengiraan dia, gambar ini dirakamkan semasa ulang tahunnya 3 tahun yang lalu, di mana dia merupakan rekrut baru dalam ACES Team





Keluhan berat sekali lagi dia lepaskan. Sejujurnya jauh dalam lubuk hatinya, keinginannya untuk menjejakkan kaki semula ke dalam ibu pejabat ACES sungguhlah dalam. Mungkin, namanya telah terpalit dengan kekotoran yang dia sendiri ciptakan. Namun, mereka juga ibarat keluarganya. Hilangnya mereka bagaikan sedikit menggoncang dunianya. 





Senyuman yang terukir perlahan - lahan mati. Peristiwa dia bertumbuk dengan Hud mula bermain di layar mata. Bingkai tersebut berubah tempat, sebelum tangannya terus naik mengusap birai matanya yang terasa panas. Ketawa kecil sempat dilepaskan, bagaikan sedang menertawakan diri sendiri yang menitiskan air mata. 







"Bodoh. Aku rindu kau semua." 








Qaid terus capai telefon bimbit dan dompetnya yang di atas meja, lalu segera dimasukkan ke dalam poket jaket denim yang dipakai. Bayangannya tentang Hud dan Afiq mula hilang. Kini, wajah pucat Nayla mula memasuki ruang fikirannya. Kalau dia tak ambil keputusan untuk marah perempuan tu semalam, mesti dia tak akan memberontak.








Pintu dibuka, lalu kepalanya dijengulkan ke luar. Wajah seseorang dicarinya, sebelum terhenti di susuk tubuh berkaca mata yang sibuk menatap telefon bimbit dalam tangan. Qaid mencebik. Kalau tak main media sosial, mesti rakannya yang satu itu sibuk dengan aplikasi Cats & Soup. 










"Khai"









Khai Elzar segera palingkan pandangannya, lalu telefon bimbitnya diletakkan ke tepi. Dadanya buat - buat diurut, bagaikan terkejut dengan sergahan Qaid yang tak seberapa. "Kau ni. Kacau je aku tengah bagi anak - anak bulu aku makan. Kau nak apa ?", dia menyoal kembali sebelum Qaid gulingkan matanya. Kemudian, senyumannya dikuntum semula. 









𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang