seven

17 3 3
                                    

"AYAH !"




Jeritannya tak dihiraukan oleh lima orang lelaki yang sedang menggila itu. Tubuh Ayahnya dipijak, disepak bahkan ditumbuk berkali - kali. Telinganya menangkap jeritan ngeri ibunya setiap kali melihat aliran darah daripada tubuh ayahnya yang seperti membentuk lopak di atas lantai. Dia keliru. Air matanya juga tak berhenti mengalir.



Dia cuba mengesot mendekati ibunya, tapi dia terhenti apabila ada tangan yang merentap bahunya dan menghempasnya ke belakang. Tubuhnya terus mencium lantai rumah papan itu, yang menyebabkan bunyi lagaan kayu dengan tubuhnya jelas kedengaran. Dia cuba untuk duduk, hanya untuk melihat kepala ibunya sudah direntap kasar.






"Mak !"





Jeritnya lagi tapi semuanya dibiar sepi. Mata cantiknya hanya memandang ke arah orang tuanya yang sedang dibelasah oleh lelaki - lelaki yang tak dikenalinya itu. Dia diam di penjuru rumah kayu tersebut. Blazer biru tuanya sudah dibasahi peluh dan darah daripada lengannya yang sempat luka kerana terseret paku di atas lantai ketika dicampak tadi.


Palang tingkap usang dipegangnya sembari dia cuba untuk menguatkan kaki dan berdiri. Dengan sisa tenaganya, dia cuba bangkit dan mendekati ibu dan ayahnya. Kalau bukan dia, lima lelaki keparat itu takkan berhenti membelasah ibu dan ayahnya yang sudah nyawa - nyawa ikan. Tak dipedulikan air mata yang menampakkan dia lemah.



Baru dia mahu melangkah, tubuh ayah dan ibunya diseret ke bawah. Hatinya hancur mendengar rintihan ibunya apabila tubuhnya diseret tanpa belas menuruni tangga sebelum kedua - duanya dicampak ke atas tanah. Dia mengikuti langkah mereka, laju dia berlari.



Dia mahu menyelamatkan mereka, tapi dengan pantas dia direntap oleh seseorang sekali lagi, menyebabkan dia jatuh terduduk. Tangan lelaki di lehernya menghalangnya untuk berdiri. Satu lagi tangan kasar lelaki itu menekup mulutnya, tak benarkan dia bersuara. "Keep quite. Suara rintihan kau takkan selamatkan mereka" lelaki itu berkata.



Air matanya tumpah. Matanya terbuntang apabila melihat ibu dan ayahnya sedang ditikam berkali - kali di depan matanya. Darah memancut keluar di dada mereka dan mulut mereka turut memuntahkan darah. Lelaki - lelaki itu seronok menikam ibu dan ayahnya, tanpa mempedulikan bagaimana diri mereka sudah bermandi peluh dan darah.


Tubuhnya mengigil saat lelaki yang mengunci pergerakannya mengetatkan pelukan di tubuhnya. Kakinya meronta minta dilepaskan. Lelaki yang sibuk menikam ibu dan ayahnya berdiri, memandang ke arahnya dan senyum sinis. "Master, mereka dah mati. Tugas dah selesai" lelaki itu berkata, dan berdiri tegak.



Tubuhnya dilepaskan oleh lelaki itu, membuatkan dia terus merangkak mendekati tubuh tak bernyawa ibu dan ayahnya. Puas dia menggoncang jasad kosong itu. "Mak ! Ayah !" rintihnya, cuba untuk membangunkan mereka. Dia sempat mengangkat muka, memandang ke arah lelaki itu yang sedang memegang sehelai kertas. Geran. Itu yang dia tahu.




"Master, kalau kita biarkan dia, dia akan beritahu rahsia kita"




"We have no choice. Use that thing"






Keliru, dia tetap kaku disitu apabila lelaki itu mendekatinya. Sekali lagi tubuhnya dipaksa berdiri dan dipeluk kemas untuk memastikan dia tak akan lari. Mulutnya ditekup sebelum dia rasakan ada benda halus seperti yang mencucuk lehernya. Dapat dia rasakan cecair meresap dalam salur darahnya, yang sekaligus menjadikan dunianya kelam dan yang dia tahu, tubuhnya dicampak ke atas tanah.




────────────




TUBUHNYA seolah - olah tersentak, sebelum dia duduk dari bangkitnya. Dia pandang sekeliling. Dia berada di dalam bilik kayu yang dia tak asing. Dia berada di dalam rumahnya sendiri. Selimut putih menyelimuti separuh tubuhnya. Qaid dapat rasakan peluh dingin membasahi dahinya. Nafasnya diatur perlahan sambil mulutnya beristighfar.









Adakah dia cuma bermimpi, atau perkara itu betul - betul berlaku ?





Matanya terasa berkaca dan panas dengan aliran air mata. Dia duduk bersila. Belakang tangannya terus dibawa mengelap air matanya yang masih mengalir. Hatinya yang baru hendak bertaut, terasa hancur kembali. Dia yakin dia tidak bermimpi. Dia nampak sendiri dengan dua pasang matanya apa yang telah terjadi. Tangisannya makin bertambah.



"Qaid ? Ya Allah, kamu kenapa ?"


Seorang perempuan menapak masuk, menegurnya sebelum duduk di depannya di atas katil. Tangisan Qaid terhenti sekejap. Dia angkat kepala, memandang ke arah perempuan itu. Riak wajahnya risau, sebelum dia memegang bahu Qaid yang masih diselami dengan tangisan.



"Mak su. Qaid, mimpi mak dengan ayah kena bunuh. Qaid betul betul mimpi, kan ?" tanyanya. Wajah ibu saudaranya ditatap lama. Sampai dia memegang lengan perempuan itu dan digoncangnya lembut, mahukan penjelasan. Sedangkan wanita itu ? Hanya diam dan memerhati Qaid dengan mata yang sayu. Rayuan anak saudaranya meretakkan hatinya.




Mendengar tiada balasan dari wanita itu, rasa gelisah kembali memenuhi ruang dadanya. Qaid memandang ke arah ibu saudaranya. "Mak su ! Jawablah soalan Qaid ni ! Qaid mimpi kan ?" tanyanya lagi. Matanya yang kian memerah kerana terlalu banyak menangis menikam ke arah anak mata ibu saudaranya, masih meminta kebenaran.


Wanita itu memegang bahu Qaid sebelum menggelengkan kepalanya laju. Mata Qaid dipandang. Matanya turut berkaca. "Qaid tak mimpi, sayang. Mak su nampak mak, ayah dan Qaid sendiri terbaring tengah laman tadi. Mak dengan Ayah dah takde tapi alhamdulillah mak su masih boleh rasa nadi Qaid. Ini bukan mimpi.." katanya.




Qaid tergamam. Matanya terus melarikan pandangan daripada ibu saudaranya dan air matanya tumpah lagi. Berkali - kali dia menampar dirinya sendiri, dia harap dia boleh bangun dari mimpi. Kenyataan untuk mengetahui kalau dia sebenarnya gagal menyelamatkan mak dan ayahnya sungguh membuatkan hatinya terasa diselebungi awan mendung. Tangannya menggenggam selimut. Tangisan terus menguasai.








"Ya Allah, Qaid. Jangan macam ni, nak. Qaid kena kuat.." ibu saudaranya masih memujuk. Terus tubuh Qaid dipeluk erat, cuba menenangkan anak saudaranya yang masih menangis. Dia tahu, hakikatnya Qaid tidak mudah menangis. Tapi, kalau untuk seseorang yang dia sayangi sampai mati, dia tak akan malu untuk menangis biarpun terbongkar perangai sebenarnya.





















-nadya, 8:05 PM

𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now