three

20 4 4
                                    

MIMI menjengukkan kepalanya ke pintu kaca makmal komputer tersebut. Matanya melilau mencari satu sosok manusia sambil dia menikmati kenikmatan penghawa dingin yang membuatkan matanya hampir lelap. Mimi geleng kepala. Kasutnya dibuka sebelum dia melangkah masuk.

Sempat dia tersenyum kepada seorang pembantu yang menjaga makmal komputer sekolahnya tersebut. Selepas dia melihat 'target' yang dia cari, Mimi lajukan langkahnya malah sempat berlari kecil. Bahu perempuan yang nampak khusyuk menatap komputer itu ditepuknya.

Nayla terus memandang ke belakang, Mimi yang masih menayang wajah kosong dipandangnya lama. "Nayla dekat sini rupanya. Patutlah Mimi cari Nayla dekat kelas semua kata Nayla tak ada" Mimi berkata, lengan baju kurungnya dilipat sedikit sebelum dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Nayla.

Nayla membetulkan klip bunga di rambutnya yang hampir jatuh sebelum dia memandang ke arah Mimi. "Malaslah duduk dalam kelas. Bukan ada orang nak kawan dengan Nayla pun. Baik duduk dalam makmal komputer. Sejuk pun sejuk" Nayla memberi komen, keningnya diangkat sebelum pandangannya tertumpu kepada komputer kembali.

Mimi turut menumpukan perhatian ke arah yang sama. Keningnya bertaut sebelum dia merapatkan kerusi ke arah meja supaya dia boleh meletakkan tangannya di atas meja tersebut. Nayla dipandangnya lagi dengan pandangan pelik. Fokus betul rakannya itu. Sampai bawa buku nota dengan sebatang pen.

"Sejak bila Nayla minat orkestra ?"

Pertanyaan Mimi dibiarkan sepi. Tangan Nayla masih gigih mencatat satu persatu maklumat yang dapat dia akses daripada komputer yang besar gedabak tersebut. Melihat tiada jawapan keluar daripada mulut perempuan tersebut, Mimi mencuit perlahan lengannya dan Nayla memandangnya ke arahnya.

"Nanti dekat rumahlah Nayla cerita ! Mimi datang sini, Mimi tak rehat ke ?" Nayla bertanya, memutar belit soalan Mimi yang sepatutnya dia jawab. Mimi mengeluh. "Mimi nak rehat dengan Nayla tapi Nayla macam taknak je. Jadi, nasi goreng mak masak tu Mimi habiskan sorang sorang." gadis kecil itu menjawab mudah.

"Cepatlah jawab soalan Mimi. Sejak bila Nayla minat orkestra ? Siap tengok tutorial main cello sekali. Nayla ada sorok apa - apa ke dari Mimi ?" Mimi bertanya, musykil. Tangannya siap diletak di bawah dagu sambil memandang ke arah rakannya yang masih melarikan pandangan daripadanya.

Nayla mengeluh. Buku di tangannya ditutup sebelum komputer di hadapannya dimatikan. Dia sempat menulis namanya di buku rekod sebelum memandang semula ke arah Mimi. "Dengar sini. Nanti lepas balik sekolah, Mimi datanglah rumah Nayla macam biasa. Ada benda Nayla nak ajak Mimi buat" Nayla berkata sebelum berdiri. Baju kurungnya dibetulkan.

Mimi kerut dahi. Dia mengikut langkah rakannya yang sudah berdiri dan ingin meninggalkan makmal komputer tersebut. Sambil berjalan ke kelas, Mimi bertanya. "Buat apa ? Tak boleh bagitahu sekarang ke ?" Mimi bertanya sebelum Nayla menggelengkan kepala. Tanpa sebarang jawapan, mereka berpisah dan menuju ke kelas masing - masing.


─────────


KEDUA - DUA rakan itu berjalan menghendap - hendap untuk menuju ke bilik rahsia yang sempat diterjah masuk oleh Nayla beberapa hari yang lepas. Nayla berjalan di depan manakala Mimi berjalan di belakang, seolah olah memastikan tiada sesiapa yang perasan tindakan mereka mencuri masuk ke dalam bilik yang memang sudah lama menjadi rahsia itu.

Dengan baju serba hitam mereka, memang nampak macam dua orang perompak nak memecah masuk sebuah bank. Selepas memastikan tiada yang mengikuti, mereka berdua lari ke arah pintu tersebut. Nayla terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam, manakala Mimi menunggu di luar untuk memastikan Mak Nah atau Datin Maria tak tahu mereka di sini.



Bak kata Nayla, team work make a dream work.


Lampu bilik itu dinyalakannya sebelum dia memberikan isyarat ibu jadi kepada Mimi. Nayla terus mendekati cello yang ditutupi dengan sehelai kain berwarna putih. Dengan perlahan dia menarik kain tersebut, sebelum mendedahkan struktur cello yang nampak masih elok dari segi reka bentuk, kecuali pada bahagian badannya yang terpalit dengan debu.


Mata Mimi terbuntang penuh takjub sebelum dia memandang ke arah Nayla dan bertanya. "Sejak bila rumah ni ada cello ? Nayla dah lama tahu ke pasal benda ni ?" Mimi bertanya, masih setia berdiri di depan pintu sambil rakannya sudah membuka buku catatan dalam tangan. Nayla memandang ke arah cello tersebut sebelum ke arah Mimi semula.


"Nayla baru tahu dua hari yang lepas. Mungkin, cello ni mommy punya." Jawab Nayla mudah. Satu kerusi pendek dia tarik, sebelum dia duduk di kerusi tersebut. "Tapi, kenapa Nayla beria- ria nak belajar main cello ? Nayla bukan minat benda macam ni pun" Mimi bertanya, sebelum memeluk tubuhnya.
Keningnya masih bertaut.



Nayla mengeluh. Cello bow di sisi cello yang lebih besar dari saiz tubuhnya itu dicapainya. Digenggamnya lembut buku dalam tangannya sebelum dia memandang ke arah Mimi sekali lagi. Nafas berat dihelanya sebelum soalan Mimi akhirnya dijawab. "Mungkin, ini satu cara untuk Nayla rasa dihargai oleh mommy. Mimi tolong Nayla ya ?" Nayla meminta.




"Yalah, tapi sampai bila nak berdiri dekat sini ? Berjam ke ?" Mimi bertanya sebelum Nayla menggelengkan kepalanya. "Tak, tak. 30 minit je. Bagi Nayla try main cello ni dulu berdasarkan pengetahuan Nayla. Mimi, cover line je" Nayla meminta sebelum Mimi mengangkat ibu jarinya tanda setuju. Pandangannya terus tertumpu ke luar, memastikan tindakan mereka rahsia




"Alright, here's go nothing"




Perlahan - lahan, Nayla cuba memainkan alat muzik tersebut. Cello bow itu digesek ke atas helaian tali cello, mengeluarkan bunyi merdu layaknya sebuah radio. Mimi yang menjaga pintu, turut tertumpu pandangannya kembali ke arah Nayla. Nayla kelihatan masih cuba untuk memainkan alat muzik itu disamping membaca catatan yang dia lakukan.









"Alamak, Nayla ! Datin dah balik ! Cepat !"



Pekikan Mimi membuatkan Nayla berhenti daripada melayan alunan cello itu. Dengan pantas, dia bangkit dari kerusi. Cello tersebut ditutup kembali dengan kain putih sebelum dua gadis kecil itu berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik Nayla seolah - olah tiada apa- apa yang berlaku.






-nadya

𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now