"HECTIC"
Singkat, situasi sekarang berat untuknya. Cermin mata hitam berjenama di tangannya terus disarungkan sebelum dia berjalan di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu. Troli bagasi ditolaknya laju - laju melepasi manusia yang memenuhi balai pelelpasan. Lehernya terjengul mencari kelibat yang dikenalinya.
Menyedari seolah tiada siapa, perempuan itu labuhkan duduknya di sebuah kerusi besi berhadapan cermin besar. Dari layar iris hazelnya, dapat dia lihat berpuluh - puluh kapal terbang yang mahu berlepas atau mahu mendarat di tengah lapangan itu. Kakinya disilangkan, kesabaran yang ada cuba ditingkatkan sebelum bibirnya mengeluh.
"Miss Nayla Iemelda ? We've been looking for you, miss"
Cermin mata hitamnya ditanggalkan sebelum kepalanya dipalingkan. Dia terus berdiri, memandang lelaki berkemeja putih yang berdiri di sisinya. Lelaki inilah yang dia cari sebentar tadi, lelaki yang bertanggungjawab untuk membawanya pulang dan keluar dari lapangan terbang yang kian sesak dengan manusia. Nayla angguk, lelaki itu dipandangnya.
"Yes, that's me. I nak balik sekarang. Wartawan dah makin ramai and I rimas. Cover I, please"
Lelaki itu angguk faham. Beberapa mesej ringkas disampaikan melalui Bluetooth earbuds di telinganya kepada ahlinya yang lain sebelum menolak troli bagasi. Di sebalik perbuatannya, tangannya terus melindungi Nayla yang berjalan di belakangnya disamping menjaga keselamatan anak tunggal dan perwaris perempuan pertama Nephoria Trading.
Nephoria Trading, sebuah syarikat perkapalan yang terkenal di tanah air milik Wildan Falah. Syarikat besar ini merupakan pemegang saham dan penyumbang dana terbesar serta utama untuk akademi elit bertaraf antarabangsa, tak lain tak bukan Calla Lily Academy kendalian Maria Musa. Akademi yang terkenal dengan kebijaksanaan pelajarnya dan tingkah laku yang sentiasa maju di depan.
Wartawan yang sibuk ingin membuat liputan tentang kepulangan waris tunggal itu dapat Nayla tepis dengan bantuan lelaki tadi. Nayla sempat angkat tangan menghalang kilauan kamera yang ingin menangkap gambarnya. Keluhan berat dia lepaskan. Siapa pula yang sebarkan berita tentang kepulangan dia, sedangkan kapal terbang yang dia naiki juga khas untuk dia sendiri.
"Kenapa banyak sangat reporters ? Ada yang sebarkan yang I nak balik Malaysia ke ?"
Soalnya kasar. Tangannya memegang bahu lelaki itu supaya boleh menarik dirinya keluar dari lautan wartawan tersebut. Tak, dia bukannya kurang ajar. Cuma, penerbangan yang lama membuatkan dia sudah hilang tenaga untuk bersosial dengan sesiapa, apatah lagi nak berurusan dengan wartawan dan kamera mereka yang merosakkan matanya.
Lelaki di depannya lajukan langkahnya selepas mendengar bicara Nayla. "Sorry, miss. Kami tak boleh handle situasi ni. Jangan risau. Kami akan bawa cik keluar dari sini secepat yang boleh", lelaki itu meyakinkannya sebelum perempuan itu mengeluh dan angguk lagi. Selepas berjaya melepasi manusia itu, Nayla lepaskan keluhan lega. Pintu keluar sudah jelas terlihat di matanya.
"Thank god..", keluhan lega dilepaskan dari bibirnya saat melihat sebuah limousine hitam di depan mata. Lelaki itu berhenti, membukakan pintu sebelum seorang perempuan dengan blaus berwarna krim dan pencil skirt berwarna hitam melangkah keluar dengan anggun. Melihat Nayla, bibir itu menguntum senyum sebelum tangannya memeluk tubuh itu.
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...