PEMANDUAN pulang daripada rumah Miciela sehendaknya tenang. Walaupun, tingkah hati pemandunya tak setenang seperti yang dilihat oleh semua orang. Dalam hatinya, seluruh perasaan sedang berperang antara sesama sendiri sama ada ingin menidakkan kebenaran atau menerima apa yang sudah dijamu di depan matanya. Keluhan berat dia lepaskan.
Genggamannya pada stereng masih stabil, setidaknya dia belum terlalu bodoh untuk bertindak di luar kawalan sekalipun hatinya tak tenang. Matanya melilau ke arah luar tingkap. Apa yang dilihatnya di perumahan tenang tadi menganggu fikirannya sehingga sekarang. Tak, dia tak boleh biarkan perkara sekecil itu menganggu konsentrasi dia.
Nayla pandang ke arah Qaid yang nampak tak tenang macam ibu kucing hilang anak. Dia terus panjangkan jari, lantas mencucuk bahu Qaid untuk mencuri fokusnya. Qaid terus menggelengkan kepala, seolah baru tersedar dari lamunan yang panjang. Astaghfirullahaladzim. Sebaik sahaja dia selesai meraup wajahnya, dia pandang ke arah Nayla. Keningnya diangkat.
"Kenapa ? Kau nak singgah mana - mana ke ?", soal Qaid sebelum Nayla laju geleng kepala. Duduknya dibetulkan semula agar selesa di atas kusyen lembut tersebut. "Nothing, cuma kau nampak macam tengah risaukan sesuatu. Aku cuma concern. Kau tengah drive and nampak serabut so, aku tak nak mati tengah jalan", Nayla berkata. Qaid senyum sinis. Dia berdecit.
Dia larikan mata dari Nayla, kembali tertumpu ke arah jalan raya yang agak sunyi di waktu yang menginjak malam. Dada langit sudah dihiasi dengan rona jingga yang indah. "Nothing important. Aku cuma tengah fikir pasal misi aku. Rasa macam, ada distraction sikit dan aku tak patut pandang benda tu sebagai penghalang. Itu yang aku fikirkan. Sorry kalau kau ingat aku nak bunuh kau pula", ujarnya.
Perempuan itu anggukan kepalanya, faham dengan situasi Qaid yang tak tenteram. Nayla sandarkan tubuh pada kusyen. Matanya tertala ke arah bangunan yang berada di sepanjang perjalanan pulang mereka. Selepas sesi soal menyoal tersebut, situasi di dalam kenderaan tersebut kembali senyap. Hanya bunyi enjin yang kedengaran selain nafas gemuruh dua manusia.
Perjalanan pulang ke rumah agam keluarga Nayla agak tenang selepas itu. Namun, apabila kereta tersebut hampir membelok memasuki kawasan bukit di mana rumah tersebut berada, sesuatu yang abnormal mula disedari oleh Qaid. Mujur, dengan matanya yang sentiasa pantas bergerak dan tajam menikam, dia perasan ada dua buah kereta jenis Ford Mondeo hitam mengikut rapat kereta mereka.
"Dah mula dah.." Qaid berdecit. Tangannya diletakkan ke gear, bersedia untuk menukarnya dalam kadar cepat agar boleh menghadapi sebarang kemungkinan. Nayla di sebelah dipandangnya lama, sebelum dia mengeluh. Sebelah tangannya mengenggam stereng. Selepas beberapa ketika, dia membuka mulut semula. Matanya fokus semula ke arah jalan raya.
"Fasten your seatbelt. This bastards want to play", usai dia berkata tersebut, tangannya terus pantas mengubah gear. Dengan segera, kakinya menekan pedal minyak lantas kereta tersebut meluncur dengan laju melintasi beberapa buah kereta di atas jalan raya yang berada di hadapannya. Wajah Qaid tekun. Fokusnya 100 % ke arah jalan.
Bunyi bingit ngauman enjin kereta di jalan raya serta bunyi hon disini sana benar - benar mengundang situasi yang mencemaskan, baik untuk Qaid ataupun untuk Nayla yang masih clueless dengan apa yang sedang berlaku. Dua buah kereta Ford Mondeo tersebut masih gagah meluncur di atas jalan raya mengikut kereta Audi R8 black matte yang dipandu oleh Qaid.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...