sixty-eight

21 2 0
                                        


AZAN Subuh baru berkumandang di masjid yang berdekatan dengan rumah, namun tubuh lelaki itu sudah sedia bangun 30 minit yang lalu. Tempat tidurnya sudah dikemas rapi, sejadah juga sudah siap dibentang di ruangan kosong tepi katil. Dia akhirnya berdiri bercekak pinggang menghadap katil. 







Qaid mendekati katil tersebut sebelum melabuhkan duduk di sisi tubuh Nayla yang masih meringkuk tidur di bawah selimut yang hampir menutup keseluruhan tubuhnya. Tangannya diletakkan di atas dahi Nayla, sebelum mengangguk puas selepas merasakan demam isterinya sudah mulai kebah. Bahu Nayla digoncangnya lembut.






"Nayla. Bangun, solat Subuh," katanya sambil terus menggoncang bahu Nayla. Dahi perempuan itu hanya berkerut, sebelum akhirnya dia menolak tangan Qaid agar tidak memegang bahunya lagi. Selimut akhirnya ditarik menutupi kepala. Qaid mengeluh sebelum tarik selimut itu semula. 








"Bangunlah cepat. Jangan lengahkan subuh. Cepat !," suara Qaid sedikit meninggi, tangan Nayla ditariknya supaya duduk daripada pembaringan. Nayla merengek sedikti sebelum mengusap matanya lalu memandang wajah Qaid. "Lima minit lagilah. Kejap lagi saya bangun," Nayla berbicara dalam sisa kantuknya sebelum berura - ura membaringkan dirinya semula. Dengan cepat Qaid menghalangnya. 








"Lima minit, lepastu 30 minit, lepastu 1 jam. Lama - lama Subuh pun habis. Cepatlah. Kau tak nak solat berjemaah dengan aku ke ?", Qaid menyoal lalu dapat dia dengar perempuan itu berdecit. Nayla paksa dirinya supaya bangun semula sebelum pandang muka Qaid dengan wajah yang berkerut. Lelaki itu senyum puas selepas Nayla akhirnya bangun daripada tidurnya. 









"Pergi ambil wuduk. Lepastu pakai telekung. Tunggu aku," Qaid bangun dari katil sambil menepuk perlahan paha Nayla, memberi isyarat supaya cepat bergerak. Dia mencapai tuala kecil di meja sisi sebelum menoleh sekali lagi ke arah isterinya yang masih termenung dengan mata sepet mengantuk.







"Nayla..." tegurnya sekali lagi, nada tegas tapi lembut.









"Ya, bangun dah ni," Nayla mengumam sebelum menguap kecil. Tubuh Nayla terhuyung - hayang menuju ke bilik air lalu dia segera mengambil wuduk. Terdengar bunyi air mengalir, diselangi suara rungutan perlahan setiap kali air sejuk terkena kulitnya. Qaid hanya sengih sendiri. 







Selesai mengambil wuduk, Nayla segera sarungkan telekung merah jambunya. Matanya mengikut tubuh Qaid yang lolos ke dalam bilik air. Dia labuhkan duduk ke atas sejadah, sebelum menopang dagu menahan kantuk yang masih tersisa. Badannya masih berasa lemah kerana demam, namun setidaknya sudah sedikit membaik. 









Qaid keluar dari bilik air sambil mengelap tangannya dengan tuala kecil, rambutnya sedikit lembap dek percikan wuduk. Dia menoleh ke arah Nayla yang kini sudah duduk di sejadah dan hampir ketawa kecil bila melihat keadaan isterinya yang tersengguk - sengguk. 








"Oi, jangan tidur. Berdiri. Kita solat," Nayla angkat kepala saat mendengar suara Qaid sebelum tubuhnya dibawa berdiri. Kepala lelaki itu menoleh ke arahnya seketika sebelum kembali menoleh ke hadapan. 









Qaid mengangkat takbir, suaranya rendah, memenuhi ruang bilik yang masih dibaluti sunyi Subuh. "Allahuakbar," suara mereka hampir serentak, menandakan permulaan solat Subuh. Beberapa minit kemudian, solat Subuh mereka disudahi dengan ucapan salam lalu disusuli dengan bacaan doa. 







Habis doa dibaca, Qaid pusingkan tubuhnya ke belakang. Tangannya dihulurkan ke arah Nayla lalu Nayla menyambutnya untuk menyalam. Qaid senyum sebelum dengan sengaja menekan tangannya di dahi Nayla yang membuatkan dahi perempuan itu berkerut. Tangan Nayla laju menampar paha Qaid sebelum mereka berdua ketawa.






𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang