NAYLA kekal berdiri di depan cermin sambil membetulkan solekan di wajahnya. Dia hanya sendirian di dalam bilik hotel tersebut. Selepas solat Subuh, Qaid hilang entah ke mana. Katanya ada urusan yang nak dia selesaikan. Nayla biarkan sahaja. Sedar tak sedar, percutian mereka hampir selesai. Hari ini hari terakhir mereka di Pulau Jeju. Entah apa pula kerja gila yang suaminya itu rancang !
Semalam, sepanjang hari, dia mengikut sahaja ke mana yang Qaid sudah rancang. Seperti biasa, Qaid terlalu banyak tenaga, dan Nayla pula kekurangan tenaga. Tapi selepas beberapa ketika, Nayla pula terlebih teruja. Sampai di ladang limau tangerine yang terkenal di Jeju, hampir sahaja Qaid kehilangan Nayla di sebalik pokok limau itu yang ditanam rapat - rapat.
Banyak limau tangerine yang dipetiknya. Bolehlah dia bawa balik Malaysia dan makan sampai muntah !
Sedang dia sibuk mengelamun, Nayla tolehkan kepalanya ke arah pintu sebaik sahaja mendengar pintu dibuka sebelum ditutup semula. Kemudian, Qaid melangkah masuk dan mata Nayla terbuntang sebelum dia ketawa kecil. Qaid laju didekatinya.
"Eh, bukan tadi awak keluar pakai t-shirt hitam biasa je ke ? Mana pula awak dapat baju ala - ala hero drama Korea ni ?", Nayla menyoal lalu menyentuh pakaian yang membaluti tubuh Qaid. Kemeja putih yang berlapis sweater berwarna hitam, dipadankan dengan seluar slack berwarna kelabu. Paling Nayla tak percaya, Qaid siap potong rambutnya !
Qaid angkat keningnya, seolah - olah bangga apabila Nayla memujinya sebegitu rupa. "Saya mestilah kena nampak extra handsome hari ni. Saya kan nak bawa awak pergi tempat paling special, yang sebenarnya tak ada dalam list honeymoon kita. This is the true suprise," Qaid berkata.
Nayla angkat keningnya sebelum ketawa kecil. "Ish ! Saya tak bawa baju macam ni. How are our outfit going to compliment each other ?", Nayla berdecit sebelum memuncung. Seingat Nayla, dia tak ada bawa sebarang baju yang sesuai untuk bergaya begitu. Dia hanya bawa baju yang biasa dia pakai, yang penting selesa dan tutup aurat !
"Ha, sebab tu saya keluar awal pagi ! Nah !," Qaid hulurkan beg kertas ke arah Nayla sebelum Nayla sambut huluran tersebut. Isi beg kertas itu digeledahnya sebelum mata Nayla membulat.
Ada dress simple berwarna putih, dengan knitwear berwarna hitam bercorak bunga putih besar - besar yang memenuhi keseluruhan knitwear. Ada juga sepasang kasut Mary Jane berwarna hitam yang sedikit glossy dan bertapak tinggi, mungkin sengaja untuk tambahkan ketinggiannya.
"Ei, awak pakai hitam, saya pakai putih ! Dah macam tahi cicak aje !," Nayla berikan komen lalu Qaid gulingkan anak matanya. "Ya Allah, sayang. Trust me, awak akan cantik gila kalau pakai dress ni. Cepatlah siap ! Nanti lambat !," Qaid berkata lalu menolak tubuh Nayla lembut ke dalam bilik air.
Nayla berdecit. Dia dah siap tadi, tak pasal - pasal kena bersiap untuk kali kedua !
⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)