fourty

23 2 0
                                        



"CIK MAY, ada surat rasmi untuk Tuan Hud"





Langkah May terus terhenti apabila mendengar empunya suara tepat di pintu masuk. Dia terus mengundur beberapa langkah, sebelum memandang ke arah kerani yang sedang mencari sesuatu di dalam almari di belakangnya. Lantas May dekati meja tersebut. 




"Surat apa ?", soal May ringkas sebelum kerani tersebut terus menghulurkan surat tersebut kepada May. "Tak pastilah pula, cik. Tapi, kalau tengok alamat, macam daripada unit khas berdekatan. Mungkin ada kaitan dengan misi baru - baru ni agaknya", kerani itu berkata sebelum May angguk. 




Sampul surat itu dibeleknya depan belakang sebelum dia angguk dan senyum puas. "Hm, okey. Nanti saya pass pada Tuan Hud. Dia tak ada hari ni kalau tak salah. Ada urusan dekat luar", May berkata sebelum mengucapkan terima kasih dan akhirnya berlalu pergi ke pejabatnya. Lif terus dinaikinya dan sebaik sahaja pintu dengan nama MAY terpampang, terus dia tolak pintunya. 




Cawan berisi Latte yang kini tinggal separuh terus dia letak ke atas meja sebelum tangannya mula membuka surat rasmi tersebut. Letaknya di dalam sekeping sampul surat besar bersaiz A4 dan seperti tidak berlipat, perempuan itu terus mengerutkan dahi sambil memikirkan kemungkinan ini adalah sekadar surat. 





Senyum segaris terus muncul di bibirnya saat dia mengeluarkan kertas tersebut. Duduknya terus dilabuhkan di atas kerusi empuknya sebelum dia mula memandang ke arah kertas tersebut. Terus, mulutnya bergerak untuk membaca isi surat tersebut. Melihat logo yang ada di penjuru kertas tersebut, May terus bulat mengatakan tekaan dia melanggar titik tepat. 




"Laporan Unit Pemusn- eh, laporan dah keluar ?", tubuh May terus teranjak ke depan dengan dahi yang berkerut hebat dan ekspresi terkejut yang jelas terpampang. Dia terus menyudahkan pembacannya sebelum akhirnya dapat didengari rengusannya yang diikuti dengan bunyi kerusi yang pantas ditolak. 




Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terus melangkah keluar untuk menuju ke bilik kerja Hud. Dia tak tahu jika abangnya itu sudah sampai atau tidak daripada 'lawatan rasmi'-nya, tetapi dia merasakan dia perlu menyerahkan semua ini kepada Hud secepat yang boleh. 



Nasib seperti menyebelahi dia apabila dia melihat susuk tubuh Hud yang baru ingin melabuhkan duduk ke atas kerusi, terus terhenti apabila melihat May masuk dengan ekspresi yang berbeza dan peluh nipis yang merenek di dahinya. Hud terus kerut dahi. "Kau kenapa ? Kena kejar dengan juon ?", Hud berkata sebelum May melangkah masuk ke ruangan itu. 




"Ni, kau kena tengok ni, angah. Baca ! Dari huruf awal sampai titik noktah !," May berkata bersungguh sebelum Hud mengeluh. Dia terus mengambil sampul itu dari tangan May sambil menggelengkan kepalanya. "Haih, kau ni. Dapat surat dari secret admire pun still aku juga yang kena bacakan", ujarnya sebelum mula melihat ke arah kertas yang diserahkan kepadanya. 

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang