"SABAR, weh ! Dia injured lagi tu"
Matanya yang tertutup rapat atas dasar ingin berehat terus dibuka saat mendengar suara diluar kamarnya. Dia terus duduk dari baringnya dan bersandar di kepala katil, sama langkahnya dengan bunyi pintu yang dibuka. Setelah itu, dua orang lelaki yang satunya berwajah serius dan satu lagi tersenyum senget melangkah masuk sebelum kedua - dua mereka berdiri di kaki katil bagaikan seorang pengawal.
"Twilight dah jatuh ~", Afiq berkata sebelum Qaid menggulingkan anak matanya. Tangannya terus diangkat untuk menayangkan penumbuk ke arah Afiq yang masih sedang ketawa kecil. Namun, Afiq menikus semula selepas Hud di sebelahnya terus memberikan jelingan tajam yang membuatkan Afiq terus mengigit bibirnya dan menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Dari matanya yang berubah sepet, jelas dia masih sedang menyembunyikan senyum.
Qaid pandang Hud sekilas sebelum larikan pandangannya apabila mata hitam kepunyaan Hud yang kelihatan garang bagai harimau kelaparan membuatkan dia menyertai Afiq dalam aktiviti menikus mereka. Dia tunduk, pura - pura tak nampak dan sibuk sambil jarinya mengusap lembut selimut yang ada menutupi kakinya. Kemudian, dia memberanikan diri untuk mengangkat wajah lalu dia senyum kekok. Akhirnya, Hud terus mengeluh berat.
PANG !
Muka Qaid tak pasal - pasal terteleng ke sisi apabila dihadiahkan tangan yang sungguh tiba - tiba di pipi kirinya. Qaid angkat tangan, sebelum usap pipinya yang sudah sedia pedih kerana beberapa kesan calar dan luka kecil, kini semakin bertambah merah dan terasa pijar. Dia memandang ke depan, memerhati susuk tubuh tegap Hud Zayden yang berjalan mundar - mandir di depannya dengan tangan di pelipis.
Afiq yang masih tercegat dengan wajah tercengang di kaki katil turut dipandangnya sebelum Afiq terus berjalan ke tingkap, tak mahu terlibat dengan situasi antara Qaid dan Hud yang umpama situasi seorang bapa yang sedang mendisplinkan anaknya selepas disyaki ponteng sekolah.
"Qaid, Qaid, Qaid ! Why ? Kau boleh buat benda lain untuk selamatkan dia but you push her out of the car instead ? Kau nak dia mati and tambahkan kerja kita ke ?", Hud bersuara tegas, tangannya menerawang ke udara bagaikan seorang pensyair untuk menunjukkan kepada semua orang betapa frustrasinya dia sekarang. Apa lagi, bila tengok Qaid masih terpisat - pusat tak keruan bagai nak diberi penampar kuasa dua.
Qaid tunduk, sebelum menggaru belakang kepalanya yang jelas tak terasa gatal sama sekali. Perlahan - lahan, dia angkat kepalanya, mahu biarkan mata koko cairnya bertentang dengan mata hitam garang kepunyaan Hud yang bagaikan sedang menikam ke dalam jiwanya. Secara terus, dia terasa kerdil dan mula terasa berat untuk membuka mulutnya.
"Aku tahulah benda tu bahaya ! Tapi, aku clueless sangat - sangat waktu tu. Aku rasa nak selamatkan nyawa aku dan nyawa dia, itu je", Qaid berkata lalu Hud raup wajahnya. "Selamatkan dia ? Selamatkan apa kalau muka dah calar - balar sana sini ? She's injured. Kalau katakan dia mati sebab apa yang kau buat, apa kau nak jawab dekat Datin tu ? Tu belum fikir lagi berapa banyak dia mungkin akan saman kita !", Hud berkata sebelum Qaid gigit bibirnya.
Apabila menyedari Hud sudah selesai dengan hujahnya, Qaid terus angkat kepala dan memandang ke arah Hud semula. "Parents dia, tak tahu kan pasal benda ni ?", soalnya sebelum Hud senyum sinis. "Kenapa ? Takut ? Masa kau buat tu kau tak fikir ?", soalnya sebelum Qaid berdecit. "Ish, yelah ! Aku tahulah aku yang salah. Nanti, aku minta maaflah dekat dia. Tapi, serius aku tanya parents dia tahu atau pun tidak ?", soalnya sebelum Hud gelengkan kepalanya.
"For now, no. Accident kau tu berlaku dekat kawasan yang jauh daripada orang and it's midnight that time. Also, hanya identiti kau sahaja yang diketahui oleh pegawai bomba yang datang untuk tolong time tu. Aku dengan May dah sempat tarik Nayla bawa pergi ke kereta untuk pastikan berita tu tak sampai ke telinga parents dia. And, aku rasa kalau sampai pun, they probably going to act like they don't care. Mereka dah putuskan komunikasi antara kita".
Qaid kerutkan dahi. "Oh ? Putuskan komunikasi ? Secepat tu ?" Qaid menyoal sebelum Hud mengangguk. "Aku boleh assume yang mungkin mereka tak nak kelihatan macam mereka berkaitan dengan Nayla lagi, especially after dia dah ada dibawah jagaan kita. Di sebalik tu, better kita tak ambil tahu. It's between them and their daughter", Hud angkat bahu sebelum memandang ke arah Qaid semula. Susuk tubuh lelaki itu turut dipandangnya sambil dia menggelengkan kepalanya berkali - kali.
"Kau ? Okey ke tak ?", Hud menyoal. Dia sedar yang sekalipun dia marah dengan lelaki itu atas masalah yang dia sudah bentangkan di depan mata, Qaid juga jelas tak terlepas daripada terkena imbasnya. Kalau betul Nayla cedera, Qaid yang sanggup membakar keretanya sendiri itu juga tak banyak beza cedera dengan Nayla. Dua - duanya banyak kesan calar balar di bahagian muka. Bezanya, untuk Qaid, ada anduh yang melintang di bahunya untuk menjaga tangannya yang retak.
Mendengar soalan itu, Qaid terus ketawa sinis lalu membuat muka bangga. Walaupun mukanya terlihat bangga, tetapi di mata Hud, Qaid hanya kelihatan bagai nak makan penumbuk sahaja. Muka bukan main bangga.
Tapi, tadi masa kena rawat sikit pun dah menggeliat macam cacing kena garam.
Hud hanya mampu gigit bibir dan simpan cerita itu dalam - dalam. Nanti, bila Qaid dah 40, boleh dia beritahu semua orang apa yang ada di sebalik muka bangga dia tu.
Qaid, yang masih dengan muka bangganya terus menumbuk dadanya sendiri bagai sedang menunjukkan betapa kuatnya dia. Tapi, apabila rasa sakit terus menghentak dadanya, dahinya terus berkerut dengan mulutnya yang mendesis pedih.
Tangan yang satu lagi terus mengusap tangan yang retak, yang jelas bagai dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Qaid terus sengih memandang Hud yang menggelengkan kepala untuk kesekian kalinya.
"Berlagak", ujar Hud sepatah sebelum akhirnya menyambung lagi. "Kau kena jaga tangan kau tu elok - elok untuk pastikan retak tu boleh sembuh sempurna dan tak akan ganggu hidup kau. Jangan sampai itu jadi alasan untuk prestasi kau dalam ACES merudum pula", Hud sekadar mengingatkan sambil memandang wajah kosong Qaid.
Lelaki di depannya itu terus mengangguk dan buat jari tanda 'okey.' "Baik, bos. Jangan risaulah. Sikit je ni. Nanti lama - lama eloklah", ujarnya sebelum Hud sekadar meng'hm'kan kat - kata Qaid tu yang bagaikan dusta semuanya.
- nadya, 240225
tiga hari baru siap satu chapter huhu sibuknya tak tertolong ☹️
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)