five

36 8 8
                                    

SENYAP. Terlalu senyap sampai Tiara dapat dengar degupan jantungnya sendiri sewaktu dia membantu Mak Nah menghidangkan makan malam untuk keluarga Dato' Wildan. Tiara rasa seperti sedang hidangkan makanan pada orang yang sudah mati dan tidak berperasaan yang akhirnya membuatkan dia mencicit lari selepas selesai menghidangkan nasi.

"How's school this day, Nayla ? Calla Lily Academy sesuai untuk Nayla kan ?" pertanyaan Maria dibiarkan menyepi buat seketika. Tangannya masih setia menguis ayam di dalam pinggannya. Mommynya dipandang, sebelum dia angguk mudah tanpa menjawab apa apa. Kunyahannya disudahkan sebelum dia menjawab soalan Maria.

"Sesuai. Ambil masa sikit nak adapt but other than that, everything is fine" Nayla menjawab, mudah. Wajahnya masih setia tanpa senyuman sebelum dia mencapai gelas berisi air dan diteguknya perlahan. Pandangannya masih tak memandang ke arah kedua dua mommy dan papanya, sebaliknya masih tertumpu ke arah hidangan di depan mata.

Maria angguk, berpuas hati dengan jawapan mudah daripada anaknya. Dia turut menyudahkan makannya sebelum menolak pinggan ke tepi. Pandangannya tertancap ke arah Nayla sekali lagi. Anak gadisnya itu sudah dewasa, yang bermakna makin banyak perkara yang boleh dia lakukan untuk mengharumkan nama keluarganya. Maria senyum manis.

"Mommy dengar ada student baru masuk dekat that academy. His name is Qaid. Pelajar biasiswa, right ?" Maria bertanya. Keningnya terangkat sebelah. Nayla pandang ke arah mommynya, berfikir seketika sebelum mengangguk. "Yup, he is. Nayla ada dengar dia pelajar pandai dekat sekolah lama dia. Dengan biasiswa, dia diserap dalam Calla Lily. Kenapa mommy tanya ?" Nayla bertanya.

Maria menyilang tangannya di depan dada. Nayla dipandangnya lama. Ketawa kecil seakan mengejek terlepas dari ulasan bibirnya. "You already said the keyword, dear. Pandai. Apa yang Nayla rasa mommy akan suruh Nayla buat ?" Maria bertanya, sebelum Nayla membetulkan anak rambutnya yang kelihatan terjuntai. Dia pun mengeluh berat.

"Nayla faham, mommy. Study more ? I will." Nayla memberi komen mudah, cukup malas untuk melayan sifat perfectionist perempuan di hadapannya ini. Dia pun dah naik fed up. Tapi apa yang dia boleh lakukan ? Perempuan yang dia fed up inilah yang memberikan dia tempat tinggal dan pelindungan yang  seharusnya dia terima, walaupun semuanya penuh seksa.

Maria senyum bangga. Terus dia bangkit. Sebelum meninggalkan meja makan tersebut, dia palingkan tubuh menghadap anak tunggalnya. Senyum dj bibirnya mengendur, sebelum mulutnya mula berbicara. Tutur katanya sungguh sinis dan kedengaran sakit di telinga Nayla. Rasa makin bernanah telinganya.


"And you know what happened if you fail in your exam right ? Jangan main main dengan mommy, Nayla"

Langkah Maria dibawa pergi, sebelum Nayla berdecit dan menepuk pahanya kasar.

───────







Qaid the Hunter Eyes.




Itu ialah satu gelaran yang diterima oleh lelaki itu sebaik sahaja dia menjadi pelajar baru dalam Calla Lily Academy. Dia tak sangka, dalam masa beberapa minggu, dia sudah menjadi pusat perhatian pelajar di dalam akademi tersebut. Baik guru ataupun pelajar terutamanya pelajar perempuan, semuanya tak akan lepas daripada menyebut namanya.


Qaid melangkah masuk ke dalam akademi tersebut. Blazer biru tua di tubuhnya dikemaskan. Langkahnya diatur kemas sepanjang berjalan di lorong menuju ke kelas - kelas. Hari ini, harinya dimulakan dengan kelas Sains. Jadi, dia menuju ke arah makmal dengan buku - buku tebal di dalam beg sekolahnya.


Kata katanya benar belaka. Sewaktu kakinya tenang melangkah menuju ke makmal Sains, telinganya dapat menangkap mulut mulut perempuan yang mula memuji dirinya. Sama ada daripada paras rupanya atau daripada dari mana dia mendapat gelaran tersebut, iaitu melalui sepasang mata unik miliknya.




Qaid malas ambil pusing. Beberapa orang yang menegurnya cuma dia balas dengan senyum nipis, itu pun sudah cukup untuk membuatkan semua perempuan itu berasa teruja sehingga tersengih - sengih sendiri. Qaid diam, pintu makmal Sains yang berat itu ditolaknya perlahan sebelum dia menapak masuk.



Beberapa orang pelajar yang turut terlihat dalam kelas Sains hari itu juga kelihatan sudah mengambil tempat masing - masing. Ada yang sekadar berbual kosong, ada juga yang sekadar membaca nota ringkas tulisan sendiri 30 minit sebelum kelas dimulakan. Apabila Qaid mengambil tempat, masa di dalam makmal itu seolah - olah terhenti.



Yang membaca nota terus tidak memandang nota. Yang berbual terus mengubah topik perbualan mereka daripada topik awal kepada Qaid sebagai topik utama. Selain daripada menjadi pusat perhatian disebabkan oleh rupa parasnya oleh pelajar perempuan, pelajar lelaki sebenarnya kurang senang dengan kehadirannya. Qaid tunduk memandang blazer yang dipakai.




Blazer biru tua melambangkan pelajar biasiswa. Manakala blazer hitam melambangkan pelajar yang sudah melewati 8 ujian untuk diserap masuk ke dalam Calla Lily Academy ini. Berdasarkan pemerhatiannya, ada beberapa orang pelajar sahaja yang memakai blazer biru tua sepertinya. Sampai kini, dia tak faham mengapai pelajar biasiswa dipandang remeh di akademi elit ini.




Dia kembali menunduk. Buku teks kembali dipandangnya dan dibacanya beberapa halaman sebelum dia melihat dari ekor matanya ada susuk tubuh manusia berdiri di hadapannya. Qaid angkat kepala. Dia lihat, lelaki dengan blazer hitam berdiri di hadapannya dengan muka tegang sambil menyilangkan tangan di dada. Qaid angkat kening. "Kau kenapa ?"



Lelaki itu berdecit. Dia meletakkan kedua - dua tangannya di atas meja di depan Qaid. Matanya memandang ke arah lelaki itu. "Pelajar baru ? With the blue blazer, I assume you scholarship students ?" lelaki itu bertanya sebelum Qaid mengangguk perlahan. Lelaki itu senyum sinis sebelum dia kembali menyilang tangan di dada.



"Maksudnya kau tak tahu tempat ni tempat Nayla Iemelda dan Tiara Amimi. But that's fine. I guess you're forgiven since you seem know nothing." Lelaki itu berkata, mengundang kerutan di wajah kacak Qaid. Tangannya diletakkan di atas meja. "Nayla Iemelda Dato' Wildan ? The best student of Calla Lily ?" Qaid bertanya.




"Oh, kau tahu siapa Nayla ? So aku tak perlu terangkan biodata lengkap dia lah ni ?" Lelaki itu ketawa kecil sebelum meja di hadapan Qaid perlahan ditepuknya. "Aku bawa pesanan daripada Nayla. Dia nak kau jumpa dengan dia dekat library petang ni. Level 3, rak Pure Science Book. Make sure you're alone" lelaki itu berkata sebelum berlalu pergi.









Qaid menghela nafas.














-nadya

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang