eleven

28 5 9
                                    

"APABILA kau dah jejakkan kaki dan setuju untuk jadi ahli kumpulan ni, kau perlu tahu etika dan syarat yang perlu kau patuhi"


Qaid memandang ke arah mereka dengan kosong. Walaupun dengan gelapnya ruangan tersebut yang menurut Qaid agak sempit dan menyesakkan, dia tahu manusia yang berdiri di hadapannya bukan seorang. Mungkin, dua orang ? Dia juga tak pasti. Penggunaan deria penglihatannya berada dalam keadaan terhad sekarang.


"Kau mesti tertanya - tanya, kenapa kami pilih kau untuk sertai pasukan kami. Seems like a fairytale world, but it's real Qaid. Pinch yourself and tell me if it's hurt or not", lelaki di depannya berkata, mengundang sedikit senyum sumbing di wajah Qaid sebelum dia menunduk dan menarik nafas tenang. Lelaki itu seolah - olah tahu isi hatinya yang buatkan organ itu berdegup laju.


"Kau ada potensi. Kau ada sesuatu yang orang lain tiada. Kepandaian kau, kebolehan kau dalam semua bidang pertahanan diri, even though it's still minor but it's enough to make us proud. Kami dah lama pasang mata - mata untuk mencari ahli baru. Dan, nampaknya kami dah dapat apa yang kami mahukan", ujar lelaki kedua.


Qaid diam sahaja, lagi. Matanya masih memandang ke depan sambil mengatur nafasnya yang laju kerana sebarang hebat yang dia rasakan. Dia tak pernah tahu siapa mereka dan apa yang mereka mahukan dari dia sehingga harus menyertai organisasi yang entah apa - apa. Apa pilihan yang dia ada sebenarnya ?





Duit ? Dia tak nafikan tawaran tersebut meragut satu rasa ragu - ragu dalam hatinya. Tapi, jauh dalam lubuk hatinya, sifat protective itu masih tersisa.


"Any questions ? Kau nampak macam tengah risaukan sesuatu"


Remaja itu terus mengigit bibirnya. Mungkin, lelaki di depannya sedar dengan perubahan ekspresi di wajah bersihnya. Qaid berdehem. Dia angkat wajah. Lelaki - lelaki yang masih bersembunyi dalam kegelapan itu dipandangnya lama. "Aku cuma, you know the idioms where the curiosity kills the cat ? But, I don't care. Aces Team ni apa sebenarnya ?" ajunya.




"ACES, simple acronym for Advanced Criminal Enforcement Specialist, or in Malay we call as Pakar Penguatkuasaan Jenayah Lanjutan. As our name, this organisation always one step forward in charge of criminal case. We have powerful members in order to protect our beloved country, even though we working as a secret agent. Not much people know about our existance, and it's including government"





Penerangan tersebut membuatkan Qaid teruja. "Lagi ? Tell me more".




"Well, macam yang aku cakap, pekerjaan ni boleh dapatkan kau pendapatan yang lumayan, in range of 15 - 20k a day. Other than that, you should know that we doesn't welcome any bastards. Sebarang pengkhianat akan didakwa. Sama ada mati atau dibuang negara. You should know that we strictly prohibits corruption. Kalau kau ditangkap, hukumannya masih sama. Mati, atau dibuang negara dan tiada siapa akan ingat kau lagi"




Qaid ketawa kekok. Ya, tiada apa yang kelakar. Cuma, ketawa tersebut sekadar untuk menenangkan hatinya yang dirobek dengan kenyataan tersebut. Bulu romanya yang terasa berdiri tegak terus diusapnya lembut. Gila ! Sebuah organisasi yang dia anggap biasa - biasa rupanya ada syarat tertentu yang buatkan Qaid mahu undurkan diri secepat yang boleh. Tapi, bolehkah dia buat keputusan begitu ?




"Apa jadi kalau, ada ahli yang bertindak nak tinggalkan kumpulan ? You know, kalau mereka dah tak berminat nak buat kerja kotor ni ?"



BAM !



Dia tergamam di saat buku lima lelaki di hadapannya dihempas ke atas meja besi itu. Nafas lelaki itu laju. Hampir sahaja leher Qaid dicekaknya andai remaja itu tidak bertindak untuk menjauhkan diri. "Watch your mouth, kiddo. Organisasi ni tak buat kerja kotor lagikan terkutuk. Kita buat semua ni untuk keselamatan negara tanpa siapa yang tahu kewujudan kita kecuali yang betul betul berhak," ujar lelaki itu.



"Generasi kau dah dimomokkan dengan satu statement yang mengatakan kalau orang - orang yang sepatutnya mempertahankan negara adalah orang yang paling banyak membunuh. Fikiran kau dah dibasuh habis - habis dengan kenyataan tu. Kau anggap, orang macam polis yang membunuh penjenayah adalah jahat, sedangkan apa yang mereka buat cuma untuk pertahankan negara, demi keamanan yang anak cucu kau kan capai nanti"


"Kenapa ? Kenapa kau nak anggap organisasi kami organisasi terkutuk ? Aku tubuhkan semua ni untuk sebuah keadilan yang aku mahukan. Aku habiskan masa untuk cari ilmu supaya aku boleh tubuhkan organisasi yang hebat di mata dunia. Aku ajak kau sertai pasukan aku supaya kau boleh ubah hidup kau yang terlalu sedih untuk kau sendiri hadap. Have a life, Qaid ! Tanamkan dalam kepala kau pejuang negara bukannya penjenayah !"






"Zhoa, calm down"





Lelaki itu merengus, melabuhkan duduk apabila satu lagi lelaki bertindak menghentikannya. Wajahnya ditekup sebelum dia bersandar di dinding. Lelaki yang satu lagi, memandang Qaid yang nampak masih tak boleh terima dengan kenyataan yang menampar dirinya. Nafas Qaid juga jadi tak teratur, hanya apabila lelaki itu menepuk perlahan bahunya.




"Chill. Zhoa memang agak sensitif bila ada orang bercakap macam tu. Any other questions, Qaid ? Aku boleh jawabkan untuk kau bagi pihak dia" lelaki itu bertanya sebelum Qaid menelan liurnya. Soalan seterusnya diajukan dalam bisikan yang hanya dia dan lelaki itu sahaja yang dengar. "We, you know, kill people ?"




Lelaki di depannya menggeleng. "Only if we need to. Penting untuk kau tahu yang membunuh tanpa sebab bukanlah prioriti kita, kecuali kalau mereka bertindak menyerang dan kita tak ada jalan keluar. Penting juga untuk kau tahu, polisi ACES Team adalah keselamatan klien sentiasa utama. Tanamkan dalam kepala kau, ujar lelaki itu lagi dan Qaid angguk macam burung belatuk.




Seketika kemudian, sehelai sampuk coklat ditolak ke depannya bersama sebatang pen. Dahi Qaid berkerut. Sampul itu dicapainya juga. Dia memandang ke arah lelaki itu. "Apa ni ?" Tanyanya mudah sebelum lelaki di depannya peluk tubuh. "Open it, Dan baca sampai titik terakhir. Hadamkan semua sampai habis," arahnya.





Qaid menurut, sampul tersebut dibukanya dan kertas putih di dalamnya dikeluarkan sebelum isinya dibaca.








ACES TEAM
TERMS AND POLICY










-nadya, 070924




I'M FEELING FIRE ! 🔥

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang