twenty four

16 3 0
                                    


QAID tekup wajah. Rasa tertekan apabila melihat kereta Audi R8 black matte kesayangannya yang diberi nama Miss Rachel itu sedang diperbaiki dek kerana insiden kejar mengejar dua hari lalu. Disebabkan hal itu, kereta kesayangannya itu ada tercalar di beberapa bahagian yang hampir menanggalkan lapisan vinyl matte black yang membaluti tubuh besi itu.



Dia melangkah menghampiri bengkel, hatinya berdebar. Setiap calar di permukaan kereta itu seolah-olah mencalar jiwanya. Rasa marah dan kecewa bercampur baur, teringatkan saat-saat mendebarkan semasa kejar-mengejar itu. Tak pasal pasal disebabkan Ford Mondeo itu, dia kena keluarkan sejumlah duit lagi untuk kereta dia. Ingat duit senang nak cari ke ?



"Miss Rachel, aku minta maaf. Aku janji aku repair kau elok - elok" bisiknya sambil menyentuh permukaan kereta yang agak kemek di beberapa bahagian.
Keluhan lagi - lagi terlepas dari bibirnya. Matanya bergerak memerhati beberapa orang mekanik yang sedang bertungkus - lumus membaiki semula keretanya agar kelihatan seperti baharu semula.





“Bila siap?” soalnya kepada salah seorang mekanik yang sedang bekerja.






Mekanik itu angkat wajah. Tangannya yang tersarung dengan sarung tangan yang nampak hitam kerana tugasnya membaiki kenderaan naik mengesat peluh di dahi. Wajah pelanggannya dipandang. “Dalam beberapa hari, lagi Qaid. Don't worry, Mr. Qaid. Your car will be as beautiful as before", harapan ke dalam hatinya terasa disuntik semula.




Dia hanya mampu mengangguk, berdoa agar semuanya berjalan lancar. Kalau tiada kenderaan tersebut, dia tak akan boleh menjalankan tugas hakikinya sebagai seorang pengawal peribadi merangkap pemandu untuk majikannya, Nayla. Dia perlukan kenderaan tersebut untuk mudahkan urusan dia dalam menyelesaikan misi baru ACES Team.



Misi kali ini lebih mencabar berbanding yang sebelumnya. Mereka perlu mengesan dan mengenal pasti identiti tersembunyi yang menjadi ancaman keluarga itu. Tanpa kenderaan yang pantas dan selamat, semua perancangan mereka akan tergendala, dari membawa klien mereka ke mana - mana atau membawa dokumen rahsia dalam keadaan yang selamat.


Dia menarik nafas dalam-dalam, menyiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja yang menanti. Misi ini bukan hanya tentang dokumen; ia juga tentang melindungi Nayla dan memastikan keselamatannya. Qaid cuma berharap bahawa dia akan sentiasa berjaya menyelesaikan setiap misi yang ada walaupun sentiasa ada masalah di tengah - tengah usahanya.



Qaid jalan semula menuju ke arah sofa menunggu lantas dia labuhkan duduk. Dia terus keluarkan telefon bimbitnya saat merasakan getaran kecil daripada poket seluarnya. Nama salah satu ahli kumpulannya yang tertera di skrin telefon itu terus membuatkan dia pantas menggerakkan jarinya dan menolak ikon hijau ketepi. Kemudian, telefon itu dilekapkan ke telinga dan suaranya menyapa.


"Helo ?" Sapanya sebelum dia mendengar balasan daripada sebelah sana. "Qaid, kau dekat mana ?" suara tersebut menyoal sebelum Qaid pandang sekeliling. Dia sandarkan tubuh pada sofa tersebut sebelum membalas soalan yang ditujukan ke arahnya. "Ada dekat bengkel. Aku hantar Miss Rachel aku pergi repair lepas race tiba - tiba haritu. Kenapa ?", soalnya semula.



Dia mendengar keluhan daripada lelaki itu sebelum lelaki itu membalas semula. "Aku ada some new information pasal target kita. Kau nak tahu sekarang atau jumpa dekat headquarters nanti ?". Qaid terus mengurut pelipisnya sebelum dia mengeluh. "Apa yang kau dapat ? Beritahu aku, tapi jangan semua. Nanti tak suprise", ketawanya sinis.




Lelaki itu terdiam seketika, seperti mengatur kata-katanya. "Baiklah, aku takkan bagi semua," jawabnya akhirnya. "Tapi apa yang aku tahu, target kita kali ni bukan orang biasa. Dia ada kaitan dengan rangkaian yang lebih besar—mungkin lebih besar daripada yang kita jangka. Ada beberapa nama yang aku dah trace, tapi aku tak boleh pastikan semuanya"



Qaid mendengus, menekan rasa tidak sabar yang mulai menguasai dirinya. "Rangkaian besar? Jadi kita sedang bermain dengan orang besar ni, ya?" Soalnya sambil mengangkat kepala, pandangannya tajam.



Lelaki itu mengangguk perlahan, menambah, "Betul. Dan, aku ada cakap yang aku dapat trace nama - nama mereka kan ? Sayangnya, aku rasa nama tu sebenarnya cuma nama samaran atau codename. Sebab, ia nampak sama macam apa yang kita ada. Aku cuba untuk crack nama sebenar diorang dengan cari any additional information, tapi semua macam sia - sia. Aku tak jumpa satu pun"






Qaid mengerutkan dahi. "Codename ? Maksud kau ?" Suara Qaid penuh kehairanan.





Lelaki itu diam sejenak sebelum menjawab. "Mereka bukan pakai nama yang biasa. Nama mereka ada gabungan nombor dan kod - kod rahsia. Aku rasa, mereka buat keputusan untuk tukar segalanya sebelum ada pihak lain yang sengaja sebarkan maklumat ni ke semua enjin pencarian. Mungkin, mereka sengaja nak permainkan mana - mana pasukan penyiasatan yang cuba untuk cari mereka".



"Kau rasa kau dapat agak apa motif mereka pada Dato' Wildan ?" Qaid bertanya. Lelaki itu cuma berfikir buat seketika sebelum membalas. "Aku tak dapat jumpa motif yang pasti dan organisasi ni ditubuhkan sebab apa. Tapi aku rasa, mungkin mereka pernah bertemu atau bekerjasama untuk apa - apa projek tapi akhirnya hanya Nephoria yang dapat semua. Ini andaian aku jelah memandangkan Nephoria ada saham yang besar".




Qaid angguk. "Kau nak cakap yang, ada pihak yang cemburu, macam tu ?", soalnya kepada lelaki itu sebelum akhirnya lelaki dalam talian itu angguk setuju.



Qaid diam sejenak, mencerna maklumat yang baru diterima. "Okay, cukup. Aku taknak tahu lebih lanjut sekarang. Kita bincang dekat HQ. Pastikan semua data kau lengkap. Kita tak boleh buat silap kali ni. Thanks, Hud. See you



─────────


Di dalam bilik mesyuarat HQ, suasana tegang dan penuh dengan ketegasan. Arman Hakim , kapten ACES berdiri di hadapan meja panjang yang dikelilingi oleh pasukannya. Di atas meja, skrin besar memaparkan peta digital dan data-data yang terkumpul, sementara beberapa anggota pasukan sibuk mencatat maklumat dan mempersiapkan laporan.



Lelaki itu duduk di kepala meja, menatap wajah setiap anggota pasukannya. Suara kipas siling berputar perlahan, namun tidak mampu menenangkan ketegangan yang terhimpun. Di sebelahnya, seorang Afiq mempresentasikan hasil penyelidikan terbarunya, membuka lebih banyak persoalan yang belum terjawab.




"Semua maklumat yang kita ada sekarang nampaknya bertentangan. Ada yang mengesahkan satu teori, tetapi ada juga bukti yang bertentangan," katanya dengan nada berhati-hati.



Qaid mengangguk, namun wajahnya serius. "Kita tak ada masa untuk keraguan. Kita perlu ada satu keputusan. Apa yang penting sekarang, kita pastikan keseluruhan operasi berjalan lancar tanpa ada sebarang kesilapan. Jika kita gagal kali ini, semuanya akan hancur."





Hud mengangkat tangan. "Tapi, Qaid, kita perlukan lebih banyak masa untuk analisis data dari lapangan. Mereka mungkin cuba menutup jejak mereka."




Kapten Arman mengetap gigi. "Tak ada masa. Kita terpaksa bergerak dengan apa yang kita ada. Buat keputusan cepat, pastikan tiada apa yang terlepas."



Pasukannya saling bertukar pandang, masing-masing sedar akan risiko besar yang sedang menanti. Mereka tahu, jika mereka tersilap langkah kali ini, akibatnya bukan hanya pada mereka, tetapi mungkin pada seluruh misi yang mereka bawa.




"We're dismiss for now", Kapten Arman berkata. Lantas, semua ahli itu berdiri dan ingin meninggalkan bilik tersebut. Qaid juga sama, lantas mengeluarkan telefon bimbitnya selepas merasakan getaran kecil dari dalam poketnya. Pandangannya tertumpu ke arah skrin, sebelum matanya agak terbuntang melihatnya.




Naylaಠ⁠ಗ⁠ಠ


:QAID FARRAN !
:Where freaking are you now ?!




Qaid tepuk dahi. Matilah dia !


- nadya, 07112024

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang