SLURP..
Kotak air minuman anggur Marigold itu dipicitnya berkali - kali sampai kempis sambil mulutnya menyedut sisa air anggur tersebut sehingga ke titisan terakhir. Dia mahu semuanya memberikan rasa segar ke tekaknya yang terasa kering di musim panas macam ni.
Pintu kaca bilik mesyuarat mula menyinggah ke ruang matanya. Lantas, dia buang kotak yang sudah kosong itu ke dalam tong sampah yang boleh dicapainya. Kakinya kembali menuju ke arah itu. Qaid terus tunduk memerhati ke arah plat hologram bercahaya biru sebelum jarinya naik menaip di muka skrin tersebut. Kemudian, pintu kaca di depannya terbuka.
Mendengar pintu automatik itu dibuka, beberapa kepala terus dialihkan ke arahnya. Qaid lajukan langkah ke arah 5 orang manusia yang sedang berdiri di hadapan hologram projector, memandang ke arah Kapten Arman yang sedang memberikan sedikit penerangan ringkas sementara menunggu Qaid sampai.
"Lambat kau datang. Makeup 10 inci ke ?" Aniq Uzayr - strategy planner terus mengikut bahu Qaid saat Qaid berhenti berjalan dan berdiri di sebelahnya. Lelaki itu berdecit, sebelum tangannya disilangkan di dada. Aniq dipandangnya sekilas. "Aku kena hantar Nayla balik rumah dulu, baru straight pergi HQ", balasnya sebelum memandang ke hadapan.
"Any progress ?" Soalnya kepada Afiq, yang masih menatap ke arah skrin komputer riba miliknya. Lelaki itu angkat kepalanya, memandang rakan sekerjanya berpangkat bodyguard itu sebelum anggukkan kepalanya. "Tak banyak, tapi cukup untuk crack the code. Aku dapat tahu umur, nama penuh, tempat tinggal, sejarah pelajaran dan ahli keluarga terdekat yang masih hidup", ujarnya.
Tak banyak ? Untuk dapatkan maklumat sebegitu teliti sehingga ke jumlah ahli keluarga yang masih hidup susah untuk dia yang bukan ahlinya. Untung sahaja dia tak pernah terfikir untuk duduk di tempat penggodam, yang duduknya di depan komputer dan memecahkan kod - kod untuk ke laman sesawang rahsia dan diluar fikiran manusia.
Afiq bangkit, mengenakan semula kaca mata anti blue-ray kepunyannya sebelum berdiri di depan hologram projector tersebut. Tangannya terus menekan beberapa kod yang diperlukan, sebelum skrin tersebut terus menayangkan lapan wajah manusia bersama maklumat peribadi yang diperlukan oleh Qaid.
"So, untuk ahli yang masih tak tahu, Qaid minta aku untuk periksa identiti kumpulan orkestra Celestial sebanyak lapan orang berbanding 32 orang. Berdasarkan daripada analisis, lapan orang ini adalah orang - orang yang diberikan perhatian lebih oleh penonton kerana posisi yang mereka peroleh dalam kumpulan", Afiq mulakan bicara dengan panjang lebarnya.
Kapten Arman yang daripada tadi sekadar mendiamkan diri, terus membuka mulut untuk mengajukan soalannya. "Kenapa nak kena tahu identiti lengkap Celestial ? Apa kaitan mereka dengan target kita - Carlene ?" Kapten Arman menyoal, memandang ke arah wajah - wajah itu dengan riak serius yang masih kekal.
"Well, aku yang minta Afiq cari maklumat pasal mereka. Celestial sememangnya tak ada kaitan dengan Carlene, cuma aku lakukan semua ini atas dasar untuk berjaga - jaga. Lagipun, Nayla ada lakukan persembahan orkestra dekat Malaysian Philharmonic Orchestra dan aku rasa penting untuk tahu semua ini supaya tak ada gunting dalam lipatan. Aku terpaksa masukkan mereka dalam senarai suspek ", Qaid selaku yang bertanggungjawab terus membalas.
Lelaki berpangkat Kapten itu hanya diamkan diri, sebelum angguk tanda faham selepas Qaid mengajukan sebab atas apa yang ingin dia lakukan. Kapten itu berdehem seketika, sebelum memberikan isyarat tangan ke arah Afiq, meminta dia untuk meneruskan agendanya. "Who is the first person on the suspect list ?" ? Kapten Arman menyoal.
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...