QAID sandarkan tubuhnya ke bangku menunggu hospital. Matanya tak mampu nak lelap. Dia cuma sendiri di sini, memandangkan hampir semua ahli ACES Team sibuk dengan insiden yang baru menimpa. Khabarnya mereka akan datang nanti tapi Qaid tak tahu bila. Keluhan berat dia lepaskan sebelum wajah dia raup. Jam di tangan dia pandang. Matanya terkebil - kebil. Pandangannya kosong.
12:30 malam. Kalau tak silap pengiraan dia, dah 4 jam dia menunggu di dalam bilik menunggu berdekatan wad kecemasan tapi bayang Nayla masih belum kelihatan di retina matanya. Nak tidur, rasa mengantuk pun seperti malas ingin menyinggah. Cerita seram hospital yang pernah dia dengar juga bagai tak mampu untuk menutup matanya. Dia pandang ke depan, menatap ke arah pintu putih wad tersebut yang tak kunjung buka sebelum matanya ditutup. Sesaat kemudian, ia dibuka semula dan keluhan berat dia lepaskan.
Qaid tunduk, memandang ke arah hujung baju t-shirt putih yang dipakainya. Ada tompokan darah yang sudah berubah warna kerana ia sudah kering selepas waktu yang lama. Darah yang mengalir dari luka - luka Nayla sewaktu tubuh isterinya itu dia dekati. Secara tiba - tiba, ladung mata Qaid terasa panas apabila memori tersebut berputar lagi. Pandangannya pula menjadi kabur serta merta. Selepas beberapa ketika, jarinya naik mengelap juraian air mata.
Dalam sekejap, lorong wad yang sunyi dipenuhi dengan tangisan kecil Qaid. Tangisannya kedengaran halus sembari dia menunduk untuk menyembunyikan wajahnya. Beberapa kali air matanya dilap, namun ianya kerap mengalir membasahi pipinya. Tangannya digenggam kemas menjadi satu buku lima, sampai timbul urat hijau di belakang telapak tangannya. Badannya sedikit menggigil.
Tak tahu kenapa tetapi hatinya rasa kecewa. Kepalanya mula mengeluarkan suara - suara aneh yang menyalahkan dirinya atas kecederaan yang dihadapi oleh Nayla. Dia rasa gagal. Gagal dalam mempertahankan Nayla dalam tugasnya sebagai seorang pegawai peribadi dalam ACES Team. Gagal dalam menyimpan amanah Azhar kepada dirinya. Dan, dia gagal dalam menjadi suami kepada Nayla.
He failed to be a knight in shining armor for his damsel in distress. Again.
"Ya Allah, kau lindungilah Nayla Iemelda. Angkatlah semua kesakitan yang dia hadapi, hapuskan semua sengsara yang ada dalam hatinya. Aku tak mampu lihat dia menanggung semua ini lagi. Sesungguhnya hanya kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kau yang mampu lakukan semua ini. Amin"
Qaid raup wajahnya sebelum dia menunduk. Wajahnya ditekup. Dia cuba untuk menutup juraian air matanya daripada pandangan orang - orang di sisinya, agar tiada orang yang lihat dia sedang menangis dan memikirkan air matanya yang sebenarnya sedang jatuh untuk siapa.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romansa®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)