eight

23 2 3
                                    


"LEPASKAN AKU ! Dia yang cari pasal dulu !"







Langkah Nayla dan Tiara terhenti apabila mendengar suara daripada arah di mana pejabat guru ditempatkan. Mata mereka berdua terus memandang sekeliling, sebelum Nayla dengan beraninya melangkah menuju ke arah suara tersebut. Puas Tiara menghentikannya, tapi Nayla tetap dengan kepala otaknya. Dia terus berjalan hingga ke hujung laluan.

Di situ, dia dapat melihat beberapa orang pelajar sedang memegang seorang pelajar yang nampak lembik seolah - olah habis dibelasah. Seorang lagi pula sedang dipegang dan ditenangkan oleh rakannya yang lain. Lelaki itu nampak marah. Nafasnya turun naik dengan laju. Rambutnya sudah tak lagi kemas disisir. Kemejanya yang tadi kemas dimasukkan ke dalam seluar dah terkeluar.








"Fuck.."






Nayla terus melangkah menuju mereka sebaik fikirannya automatik mengenali lelaki yang sedang dilanda amuk dan marah itu. Siapa tak kenal dia ? Qaid Farran, pelajar target, pelajar biasiswa, pelajar yang berani melawan Nayla, pelajar yang menjadi saingan Nayla. Tapi tengoklah sekarang. Keadaannya membuatkan dia akan mendapat gelaran baharu. Qaid si kaki buli.




"What's wrong with all of you, people ? Fighting in the hallway ? Tak ada rasa hormat ke ?!" tengkingnya. Matanya mencerlung memandang ke arah satu - satu pelajar di situ. Bertambah panas hatinya melihat ada beberapa orang pengawas yang sepatutnya menjaga keamanan, malah menjadi penyokong dan tukang sorak layaknya mereka sedang menonton WWE.



Dia mendekati dua orang pelajar bergelar pengawas itu, sebelum direntapnya kasar tali leher merah berbelang kuning sampai sedikit longgar. Tapi leher itu memang untuk pengawas, tapi Nayla rasa mereka sudah boleh menanggalkannya. "Pengawas tapi tak reti nak buat kerja ? Bakar jelah tali leher kau ni," Nayla berkata. Dia berpaling.


Qaid dan budak yang habis dibelasah lelaki itu dipandangnya. Muka Qaid berdarah, tapi tak setanding dengan kecederaan yang dialami oleh lelaki yang dipukul oleh Qaid. Lelaki itu cedera lebih teruk. Hidungnya berdarah, bahagian bawah jawline miliknya sudah kelihatan lebam dan dia nampak lemah. Melihat kepada buku tangan Qaid yang merah, Nayla tahu berapa lama Qaid membelasah lelaki tersebut.



"All of you" Jari Nayla tertuding ke arah tiga lelaki yang memegang Qaid dan lelaki yang dibelasahnya, yang automatik mereka memandang ke arah Nayla. "Bawa mereka ke Nurse Room dan pejabat pengetua selepas tu. Others, clean this mess. I don't want to see this thing once I walk here again. Understand ?" Nayla berkata, lembut tapi tegas dan cukup untuk membuat semua lelaki itu mengangguk akur.











That's Nayla Iemelda. All man can drop their crown for her.










Qaid meronta, sebelum dua batang kakinya melangkah mengejar Nayla sebelum dia memegang bahu perempuan itu, yang menjadikan dia terkejut serta berpaling menghadap Qaid. "Woi ! Tak tahu halal gap ke ?" Nayla berkata sebelum Qaid memandangnya dengan mata separa merayu. "Please, Nayla. Aku tak salah. Jangan heret aku dalam pejabat pengetua" pintanya.


Nayla angkat kening, sebelum berpeluk tubuh. Jarinya terus menunjukkan ke arah kecederaan yang Qaid punya. "Kau pukul dia. Dan kau berani pujuk aku ?" Nayla bertanya sebelum Qaid mengeluh. Rambutnya diraup. "Aku tak akan pukul dia tanpa reason, Nayla. Please, aku tak nak masuk pejabat pengetua. Ada banyak kemungkinan kalau aku masuk situ. I don't want to get kick from this academy, Nayla. I beg"



"Shh, quite. No words. Jangan rayu pada aku, tapi pada pengetua." Nayla berkata. Poket blazer yang dipakai diseluknya, sebelum mengeluarkan bandage berwarna putih yang selalu dibawanya ke mana - mana. Maklumlah, latihan cello setiap hari. Jarinya juga luka setiap hari. Bandage itu dihulurkan ke arah Qaid. "Use this for your knuckles. That look hurt" katanya, masih menunggu hulurannya disambut.



𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now