thirty-six

27 3 1
                                        


"PIPI kau pijar lagi ?"






Soalan yang dia dengar daripada hujung sana hanya dia balas dengan 'hm' sahaja. Pek ais masih dia pegang kemas dalam tangannya untuk menahan rasa sakit di pipi kanannya yang hendaknya masih terasa pijar. Nayla mengeluh, dia memandang ke arah perempuan yang bertanya soalan tadi sambil memerhatikan perbuatannya. Tubuhnya tertunduk - tunduk, mengutip barang - barang dan dimasukkan ke dalam beg.






Nayla pusingkan tubuh menghadap rakannya itu yang sudi menghulurkan tangan untuk mengemas semua barang - barangnya walaupun dia menidakkan keputusan mereka semua. Tapi, bila mengenangkan wajahnya yang sudah pijar dan boleh dirasakan bekas telapak tangan, apa lagi yang boleh dia katakan ? Cukuplah dia berdiam, dan terima sahaja keputusan mereka dan Tiara yang membantunya.






Nayla berjalan perlahan, perasaan terperangkap di dalam dadanya. Setiap langkah terasa berat, seolah-olah ada beban yang tak dapat dilepaskan. Tiara, yang berada di sisinya, cuba menceriakan suasana dengan senyuman, tetapi Nayla dapat merasakan bahawa senyuman itu hanya untuk menutup kerisauan di wajah rakannya itu. Bahunya disentuh lembut oleh sahabat baiknya itu. "Sekejap je," Tiara bersuara lembut, "Things will turn better, trust me".






Nayla hanya mengangguk tanpa kata, matanya kosong memandang lantai. Hatinya berbelah bahagi, antara terpaksa menurut kehendak keluarganya dan terus tinggal di sini kerana mengikut jiwa mudanya yang masih ganas bergelora. Tiara tahu betapa beratnya hati Nayla, namun dia juga tahu bahawa kadang-kadang, keputusan yang diambil oleh orang lain untuk kita bukan selalu kerana mereka mahu mengawal, tapi lebih kerana mereka fikir itu yang terbaik.





"Nayla," Tiara menyoal kembali, cuba memecah kesunyian, "Kau tahu, kalau kau perlukan apa-apa, aku ada, kan?" Nayla menoleh, wajah Tiara terlihat ikhlas, walaupun jauh di sudut hati Nayla, dia rasa seolah-olah tiada siapa yang benar-benar faham perasaannya sekarang. "Kalau kau ada, kenapa kau pun terima je bila mereka suruh aku pergi ?", Nayla menyoal kembali. Suaranya perlahan.



Tiara menarik nafas panjang, lantas memeluk bahu rakannya itu.  "Kadang-kadang, kita tak dapat pilih apa yang akan terjadi, Nay. Aku bukan tak nak halang mereka dan keputusan mereka, tapi, kalau kau pun tak boleh nak halang mereka sengaja anak, aku apatah lagi. Aku ni, memang dah lama kenal mereka. Tapi, aku ni cuma anak pembantu rumah. Macam mana pula aku nak buat keputusan ?", ujarnya sambil memandang wajah rakannya itu. 




Nayla terdiam sejenak, matanya kosong, seolah-olah cuba mencerna kata-kata Tiara. Dia tahu Tiara tidak berniat menyakiti hatinya, namun kenyataan itu membuatkan hatinya semakin sesak. "Aku faham, Tiara," jawab Nayla akhirnya, suaranya hampir berbisik. "Tapi kadang-kadang, rasa macam tak adil, kan? Kenapa mereka yang ada kuasa itu selalu buat keputusan untuk kita, tanpa pernah tanya apa yang kita mahu, apa yang kita rasa."





Tiara melepaskan pelukan, menggenggam tangan Nayla dengan lembut. "Nayla, aku tahu benda ni susah. Aku tahu kau rasa terperangkap dan mungkin rasa tak dihargai. Tapi, percayalah, aku sentiasa ada untuk kau. Walaupun aku tak mampu ubah apa yang dah jadi, aku tetap akan sokong kau sampai bila-bila.", Tiara berkata lalu senyum dan dibalas oleh Nayla. Wajahnya sendiri diusap lembut sebelum Nayla berdehem.






"Tapi, apa yang buat semua orang percaya Qaid tu boleh jaga kebajikan aku ? Aku menyampah dengan dia, kau pun tahu kan ?", Nayla menyoal sebelum Tiara ketawa kecil. Belakang kepalanya digaru. "Aku tahu. Aku nampak sangat. Tapi, kau patut bagi dia peluang. Maybe, dia sebenarnya tak seteruk yang kau fikir ?", Tiara berkata sebelum Nayla berdecit dan menggelengkan kepalanya. "Tak seteruk ? Dia tu cepat hilang fokus kau tahu tak ? Bukannya lagi selamat, lagi matilah kalau aku hidup dengan dia !", tangannya terus memeluk tubuh.




𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang