sixty-nine

16 1 1
                                        




SEBAIK sahaja kereta BMW M4 yang dipandu Qaid itu masuk ke perkarangan sebuah rumah kampung, tangannya semakin kemas menggengam tali pinggang keledar sehingga dapat dirasakan batang jarinya menggigil. Dia pandang Qaid di sebelah yang sudah menanggalkan tali pinggang keledar, siap - siap untuk keluar dari kereta. Laju dia genggam pergelangan tangan suaminya. 







Qaid terus pandang Nayla, dahinya berkerut melihat wajahnya yang kelihatan penuh masalah. Duduknya dibetulkan semula. "Kenapa ni ? Muka macam kena kejar anjing ni kenapa ?", Qaid menyoal lalu Nayla mengeluh. Dia pandang rumah kampung tersebut sekali lagi sebelum sengih memandang Qaid. 







"Jauh tak kalau patah balik KL ?", Nayla menyoal sebelum mata Qaid membulat. "Eh, awak merepek apa ni ? Patah balik ? Oh, tidak ya ! Saya dah tak rasa tulang belakang saya lepas dah drive 5 jam. Awak yelah, tidur je. Bangun tidur, makan, lepas tu tidur balik," Qaid membalas lalu perempuan itu mencubit bahunya. 








"Saya takutlah. Kalau maksu awak tak suka saya macam mana ? Lepas tu, dia suruh saya tidur luar," Nayla berkata lalu lelaki di sebelahnya itu sekadar tepuk dahi. "Awak ni kan. Lain kali, tengoklah lagi drama China tu banyak - banyak, then overthinking sampai macam ni. Tak adalah ! Maksu tu memanglah garang, tapi bukannya sampai tak ada perikemanusiaan. Dah, jom cepat," Qaid terus keluar dari kereta. 








Melihat itu, Nayla juga tiada pilihan lain. Tak mungkin dia nak tunggu dalam kereta sementara Qaid sudah keluar untuk berjumpa maksunya. Akhirnya, pintu kereta dibuka. Dengan bantal strawberi dalam tangan, dia terus membuntuti Qaid yang sedang leka mengeluarkan barangan dari but belakang kereta. 





"Assalamualaikum !," Qaid melaung sebelum berjalan menuju ke muka pintu. Tangan Nayla yang masih merangkul lengannya turut ditarik bersama. Sebaik sahaja pintu dibuka, kepala seorang wanita menjengul keluar. Pada awalnya, mukanya tegang dan kosong tanpa sebarang senyuman. Namun sebaik sahaja melihat dua manusia itu, senyuman lebar terus terukir sebelum dia melangkah ke luar rumah.                       








"Ya Allah, dah sampai dah anak maksu ! Waalaikumsalam !," wanita itu terkocoh - kocoh menyarung selipar sebelum dengan tak sabarnya menyambut huluran tangan Qaid yang bersedia untuk bersalam dengannya. Qaid sambut huluran maksunya sebelum kedua - dua belah tangan perempuan itu memegang pipinya. 






"Kurusnya kamu ! Tak cukup makan ke ? Tangan yang patah tu macam mana ?", maksunya menyoal sebelum Qaid senyum. Tangannya diangkat. "Eh, maksu ! Ini Qaid lah ! Setakat tangan patah, apalah sangat ! Tapi, alhamdulillah dah okey. Siap boleh dukung orang lagi dah sekarang !," 







Maksu sekadar lepaskan ketawa kecil sebelum kepalanya dipandang ke arah belakang Qaid. Senyumannya semakin lebar terukir. "Eh, kenapa menyorok belakang ni ? Nayla, ya ? Alhamdulillah, dapat juga maksu jumpa Nayla !", maksu senyum nipis sebelum menyentuh lembut lengan Nayla.






Melihat betapa mesranya maksu bersama dengannya, Nayla segera hulurkan tangannya. "Assalamualaikum, maksu. Pertama kali kita jumpa, kan ?" Nayla menyoal sambil mencium tangan perempuan itu. Maksu anggukkan kepalanya. "Itulah, pertama kali kita jumpa ni. Sebelum ni masa majlis kamu, maksu tak dapat nak datang sebab ada hal penting. Alhamdulillah, jumpa kita ya ?"






"Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya," balas Nayla sambil tersenyum kecil, masih terasa berdebar dengan layanan lembut maksu Qaid.




𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang