thirteen

23 4 10
                                    

"KAPTEN ! Aku dah penat !"




Rungutan lelaki itu terus disambut dengan tubuhnya yang terus terbaring di atas lapangan itu. Rasa tajam yang mencucuk tubuhnya serta cahaya matahari yang memanah anak mata koko cairnya tidak dia hiraukan. Nafasnya diatur perlahan, mencari molekul oksigen yang boleh disedut untuk mengangkut darah ke seluruh badan.

Tak pernah terdetik dalam hatinya kalau tatkala dia sudah bersetuju untuk menjadi ahli ACES Team, dia perlu menyertai semua latihan umpama ingin menjadi seorang jeneral perang. Hakikatnya, pernah juga terdetik di hatinya di mana dengan posisi yang mereka letakkan untuknya tidak akan mendapat latihan intensif yang melampau.


Oh, Qaid sangat bencikan pemikirannya pada waktu itu. Dia masih naif !



Dia baru teringat saat dia menurunkan tandatangan di atas kertas pada 5 hari lalu, di mana lelaki di sebelah Zhao yang mahu digelar sebagai Aric - atau sebenarnya adalah Kapten yang sedang melatihnya sekarang telah bersungguh - sungguh menyatakan kepada dia yang dirinya sudah terikat dengan ACES Team, dan ianya bermaksud tiada jalan keluar.


Dia di sini hari ini. Di tengah - tengah lapangan dengan sinaran matahari yang tak segan silu memancar. Gila. Dia boleh jadi gila. Hari pertama bergelar rookie ACES Team, dia dipaksa berlari 20 pusingan mengelilingi kawasan. Hari kedua, dia diajarkan cara berenang yang betul sedangkan selama ini perkara tersebut dia memang ambil lewa.



Setakat nak berenang dalam tali air depan rumah, dia tak perlukan kebolehan berenang. Tapi, apabila menyertai pasukan ini, ada kemungkinan jika dia perlu terjun ke laut untuk menyelamatkan klien. Mungkin juga perlu terjun ke dalam tangki sisa toksik seperti yang dilakukan Joker untuk Harley Quinn kesayangannya.



Dan ini baru hari ketiga. Dia sudah terasa terseksa ! Dia mahu tinggalkan tempat ni, kembali ke pangkuan ibu saudaranya yang sudah lama dia tinggalkan. Qaid mahu pulang. Namun apabila memikirkan surat peletakan jawatan sebanyak 48 muka surat yang harus disertakan dengan sebab munasabah, semua itu dicampak ke tepi.



"Ack !"





Qaid menjerit kecil apabila tubuh lembiknya dipaksa berdiri di atas kaki yang masih terasa malas untuk menjalankan tugas. Cekakan di bahunya sahaja yang menguatkannya untuk berdiri. Matanya dibuka, dan wajah Aric muncul di depannya. Matanya memanah anak mata koko cair Qaid sebelum wajah Qaid ditamparnya lembut.



"Come in, it's just a little intensive training. 20 laps running is nothing if you want to be a bodyguard, Qaid. Nak jadi bodyguard tapi badan lembik macam pondan baik tak payah !" Aric bersuara kasar, menolak bahu Qaid. Dia bukannya mahu memerli, tapi mahu menaikkan semula semangat Qaid yang kian rapuh. Qaid pandang ke arah Aric, merengus.



"Kapten, aku dah penat ! Tiga hari berturut - turut aku buat benda ni. Otot aku pun tak ada semangat nak membina. Please, bagi aku rehat !" pintanya seakan merayu, kedua - dua tangannya dirapatkan seolah - olah sedang memohon pertolongan. Sayangnya, Aric masih dengan jiwa kaptennya yang sudah ditanam sejak lama. Tegasnya pasti bersisa.

Bahu Qaid ditepuk kasar. "Don't be such a loser, Qaid ! Ingat sebab kau masuk pasukan ini. Ingat sebab kau setuju untuk tandatangan borang tu. Latihan ini cuma permulaan. Kau patut bersyukur aku yang ambil alih tempat Zhoa untuk latih kau, kalau tak, aku tak rasa kau boleh tengok cahaya matahari lagi hari ini", ujar Aric.



Zhoa ? Fuh, Qaid laju geleng kepala. Dalam ketegasan Kapten Aric dalam melatihnya tak henti - henti, dia masih boleh bersyukur yang Zhoa tarik diri dari melatihnya. Dia tak boleh bayangkan jika dia berada di bawah pengaruh Zhoa. Dia akan jadi lebih gila. Dan mungkin seperti yang Aric katakan, dia tak akan tengok cahaya matahari lagi hari ini atau senangnya mati.


Aric senyum sinis. Bahu Qaid ditepuknya lagi. "Tak apa, aku lepaskan kau. Hari dah makin petang. Kau boleh lari satu lagi pusingan sebelum balik ke dorm kau semula. Esok, jam 8 tepat selepas sarapan, aku nak kau berada di Self-defense room. Understand ?" Aric berkata, disambut anggukan Qaid yang mengatur langkah berjoging semula.


Aric senyum sinis lagi. Semangat budak lembik itu dah terbakar lagi.


_________


MISS !

Perkataan yang terpampang di papan LED tersebut memancarkan cahaya merah yang membuatkan Qaid diselebungi marah. Dia gagal lagi. Rambut lebatnya diraup sebelum dia mendongak ke atas, memerhati ke arah Zhoa dan Aric yang memerhatikannya dari arah bilik kawalan. Di sebalik topeng di wajah Zhao, dia tahu ketegasan yang dibawa lelaki itu. Auranya.



Qaid hela nafas berat. Saingannya dalam MMA itu cumalah sebuah punching bag yang boleh berubah kedudukan dengan plat besi elektronik di bawahnya. Di saat Qaid mahu menumbuk, di saat itulah punching bag tersebut bergerak ke sana - sini. Apabila dia terlepas, punching bag tersebut malah mengeluarkan cahaya merah, dan tulisan MISS terpampang besar. Tak cukup dengan itu, punching bag itu siap boleh serang balas. 2X lebih cepat dari dia !



Dia terduduk. Seluruh tubuhnya terasa lemah saat dia menanggalkan sarung tangan merah yang digunakan untuk tinju dari tangannya. Buku jarinya sudah agak merah. Peluh yang meleleh juga membuatkan seluruh tubuhnya basah lencun. Dia mendongak lagi. Secara tiba - tiba naluri jantannya rasa nak menangis.




"He's weak, captain, commander. Lack of rest and sleep I can say"



Lelaki di depannya yang menjadi teman latihannya terus berbicara lewat ear piece di telinganya. Tangannya terus mencapai ke arah Qaid untuk membantunya berdiri. Dapat dia rasakan bagaimana lelaki itu sedang memeriksa keadannya disaat dia masih menutup matanya. Telinganya sudah sedia mendengar herdikan Zhao dan Aric. Dia dah lali. Betul, dia lemah.





"Let him rest. Give him 4 days leave"



Mendengar lontaran kata itu dari corong speaker yang berada di segenap ruangan, Qaid angkat wajah. Matanya memandang ke arah ruang pemerhati tempah Zhao dan Aric berdiri. Dia masih tak sangka dengan apa yang dia dengar. Dia tak sangka dia dapat cuti. Dia juga tak sangka lelaki itu masih punya belas kasihan.


Lelaki yang menemaninya latihan terus menghulurkan air ke arahnya, dan dengan rakus isinya diteguk sampai habis sebotol. Dia terus sandarkan diri pada dinding. Tubuhnya yang tidak berbaju terasa segar menyentuh dinding yang sejuk. Lelaki di depannya dipandangnya lama. "Kau tak akan kena marah dengan Kapten ke dengan apa yang kau buat ?", Qaid menyoal.



Lelaki di depannya angkat bahu. T-shirt hitam Qaid dicampak ke arahnya. "Well, kau perlu tahu mereka juga manusia. Setegas - tegas mereka, ada juga rasa kasihan. Mereka rasa sakit yang sama sebelum ni", jawab lelaki itu. Qaid angguk. Soalan terpacul lagi dari mulutnya. "Kau, pun training macam ni ? Tak letih ke ?" soalnya sebelum lelaki itu ketawa kecil.



"Aku punya training lagi intensif la, of course. Position aku, Self-defenser kot. Aku kena ajar semua orang cara pertahankan diri. Tak mungkinlah skill aku biasa - biasa je kan ?" Lelaki itu ketawa lagi sebelum tutur bicaranya disambung. "Skill pertahankan diri ni mahal kau tahu ? Sebab, kalau kau ada skill ni kau bukan saja boleh selamatkan nyawa sendiri, tapi nyawa orang lain. Win win situation ?"



Qaid ketawa kecil mendengar tutur bicaranya. Apabila dia mengajak Qaid untuk keluar dari bilik tersebut, Qaid laju menurut. Mulutnya tak henti sebut Alhamdulillah. Akhirnya dia keluar pun dari neraka dunia ni. Langkah Umar diikutnya disebabkan lelaki itu melangkah laju macam belalang.





Umar Hazeeq, Self-defenser






-nadya, 080924

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang