LIRIKAN matanya tajam memerhati ke arah pasukan orkestra yang berada di atas panggung. Qaid duduk di antara orang ramai, bersatu dengan penonton yang semakin ramai memenuhi kawasan auditorium. Sedaya mungkin, Qaid mahu berikan fokusnya 200 peratus kepada kliennya yang dikelilingi dengan orang yang berada di dalam senarai suspek.
Dari tempat duduknya, dia dapat melihat pergerakan Nayla dengan jelas. Dengan selo yang bersaiz separuh tubuhnya, Nayla nampak tenang mengendalikan alat muzik tersebut meskipun wajahnya cukup serius. Tangannya lembut menggerakkan cello bow di sepanjang leher alat muzik tersebut untuk mengalunkan muzik yang indah di deria pendengaran sesiapa sahaja.
Sesekali, Qaid mengerling ke sekitar dewan untuk memastikan tiada apa yang mencurigakan. Matanya naik ke tingkat atas, barisan paling depan dan belakang, tak ketinggalan bahagian pintu masuk dan keluar. Sementara penonton di sekelilingnya diterpa rasa teruja dan mengangkat tinggi telefon untuk merakam momen bermakna, Qaid tahu bahawa mungkin ada yang mengintai di sebalik semua kegembiraan.
Qaid mula pandang ke arah perempuan bergaun putih panjang di sebelah Nayla. Rambutnya ditata kemas menutup bahunya yang terdedah. Fokusnya juga tak kalah tinggi. Dia adalah perempuan yang tak sengaja duduk di tangga pertama dalam senarai suspek gara - gara mempunyai sebuah rekod jenayah yang boleh dikategorikan berat sewaktu dia di negaranya - Ivanka De Rosa.
Satu demi satu persembahan itu berlangsung dengan lancar, namun Qaid tetap kekal di tempatnya, diam, tidak beranjak. Tidak ada yang mencurigakan muncul di depan matanya, tetapi dia tak boleh nak yakinkan diri sendiri yang semuanya akan bertukar baik - baik sahaja seperti waktu - waktu lain mereka jalankan misi. Walaupun dah banyak ACES Team yang seperti berkampung di sini, Qaid tak boleh duduk diam.
Selepas selesai persembahan, semua ahli kumpulan Celestial berdiri lalu membongkokkan tubuh mereka sebagai tanda terima kasih atas kesudian penonton yang menanti persembahan mereka hingga titik terakhir. Mereka terus menuju ke belakang pentas, sebelum pengurus Celestial naik dan bersedia untuk memberikan ucapan terima kasih.
"First of all, I want to send my biggest gratitude for everyone that watching our performance for today. We really appreciate it and love your eagerness to watch it till the end. Before you leave the venue, we prepare you some dinner at the second floor. Hope you can enjoy the meal and thank you so much for everything".
Ah, tingkat kedua ! Qaid terus buntu. Ke mana dia nak pergi sebenarnya ? Belakang pentas dan mendekati Nayla di sepanjang langkah perempuan itu atau naik ke tingkat atas dan perhatikan apa - apa yang ganjil ? Apa yang dia nak kena buat sekarang ? Qaid mengeluh berat. Apa - apa pun, dia tetap berdiri dan jalan ke pintu keluar, di mana rakannya menunggu.
Susuk tubuh Hans Nowel - Assistant sedang berdiri berdekatan pintu keluar. Dengan sepersalinan tuxedo yang elok terletak di tubuhnya yang tegap, Hans hadiahkan senyuman manisnya dan kadang - kadang bertanyakan soalan atau khabar kepada mereka yang bakal meninggalkan majlis. Hans tetap dengan penyamarannya yang di tahap maksima.
Qaid tepuk bahu rakannya itu untuk mengalihkan perhatiannya. Hans terus palingkan kepala, mengangkat keningnya sebagai tanda menyoal kembali kepada lelaki itu. Qaid menunduk, mahu bicara separa berbisik dengan lelaki itu. "Aku tengah tak faham. Aku patut pergi mana ? Atas atau back stage ?", soalnya.
Hans menarik nafas, memandang Qaid dengan pandangan penuh keyakinan. "Qaid, kadang-kadang kau tak boleh jadi ada di semua tempat sekaligus. Kau kena pilih mana yang lebih penting. Tugas kau untuk pastikan Nayla selamat. "Qaid terdiam, masih ragu-ragu. "Tapi kalau aku tinggalkan yang kat atas, nanti orang ingat aku lari tanggungjawab."
Hans tersenyum tipis, cuba memberi semangat. "Mereka akan faham. Lagipun, kalau Nayla kat belakang, siapa yang nak pastikan dia okay ? Kau pun tahu kan dekat sekeliling dia ada supek berekod jenayah besar ? Hud cover atas, ingat ?", Hand berkata sebelum Qaid angguk. Dia mengeluh perlahan. "Yelah, aku cover back stage. Apa - apa, tap twice on the earpiece"
Hans mengangguk, memandang Qaid dengan penuh kepercayaan. "Good. Kau buat yang terbaik, bro. Aku cover kat pintu, and I obviously going to tap twice for help", Hans berkata. Dengan itu, Qaid melangkah laju menuju ke pintu belakang pentas, sementara Hans kembali memandang ke arah pentas, bersedia dengan peranannya.
Sebaik sahaja jauh daripada golongan elit, Qaid tanggalkan kot biru laut yang tersarung di tubuhnya sebelum dilipatkan dan diletakkan di atas lengan. Secepat itu, dia terus membuka dua butang atas baju kemeja putihnya sebelum mula melajukan langkah untuk ke belakang pentas. Dia tak boleh ke sini tanpa kebenaran sebenarnya tapi, dia ada permit ? Betul tak ?
Baru dia mahu menolak pintu ke arah belakang pentas, pintu putih tersebut terbuka dari dalam yang membuatkan dia terus berundur beberapa tapak. Di depan matanya, berdiri seorang perempuan bermuka serius sebelum dia menyilangkan tangannya. Perempuan itu memerhatikan Qaid, yang sudah tersengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
"Uh, who are you ? This is back stage room specific for girls. Privacy jigeum", perempuan itu berkata sebelum Qaid berdehem. Dia sempat gelabah sekejap sebelum akhirnya membalas. "Hm, sorry. I nak jumpa Nayla. You nampak dia dekat dalam tak ? Boleh panggil dia keluar ?", soal Qaid sebelum perempuan itu yang boleh dikenal pastinya sebagai Iris terus mengerutkan dahi.
"Nayla ? Who's Nay..", dia berhenti sebelum memetik jari apabila menyedari sesuatu. "Maksud you, Iemelda ? Tadi ada dekat dalam, cuma dia dah keluar pergi tukar baju dekat toilet. Kenapa you nak cari dia ?", Iris menyoal sebelum Qaid sengih kekok. "You know, something personal between two of us. It's okay, nanti I cari dia sendiri. Thank you, Iris", Qaid tayang senyum manis.
Iris anggukkan kepalanya sebelum lolos masuk ke dalam bilik back stage semula. Sehilangnya Iris dari pandangan, Qaid berdiri kaku tanpa klu di situ. Tubuhnya sudah disandarkan ke dinding sehinggalah akhirnya dia pandang ke sisi saat dia mendengar bunyi telapak kaki yang sedang mendekatinya. Qaid angkat wajah. Macam yang dia tunggu dan agak, Nayla sudah kembali ke ruangan tersebut.
Pada awalnya, dia tak perasan lelaki itu ada di situ sehinggalah akhirnya dia pandang ke sisi dan perasan susuk tubuh tinggi melangit sedang berdiri berdekatan pintu. Nayla kemaskan pegangan pada baju dress yang sempat dipakainya tadi. Dia pandang ke arah Qaid sebelum dahinya berkerut. "Kau buat apa dekat sini ? Audience tak boleh masuk sini, kau tahu kan ?", Nayla menyoal. Bicaranya sedikit malas.
Lelaki itu cebik bibir sebelum angguk. "Tahu. But I'm not audience. I'm in a undercover. It's different", Qaid senyum sinis sebelum Nayla mengeluh. "Tak ada apa yang berbeza. Undercover or audience, masing - masing masih lagi manusia bergelar homosapiens. Kau datang sini buat apa ? Nak jaga aku sampai nak invade personal space ?", perempuan itu menyoal.
"No, I'm not invading my personal space but aku datang sini atas arahan daripada your beloved father. Dia suruh aku temankan kau naik atas. Ada business partner dia nak berkenalan dengan kau, katanya. So, why not ?" Qaid berkata sebelum Nayla mengeluh. Tangannya yang baru ingin mencapai gagang pintu terasa terhenti di situ. Selepas beberapa ketika, Nayla anggukkan kepala.
"Fine. Tunggu kejap. Aku hantar baju and take some drag, lepastu aku ikut kau", Nayla berkata sebelum masuk ke dalam bilik back stage tersebut
- nadya, 151224
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)