eighteen

19 3 4
                                    




TURUN sahaja dari pentas selepas sesi penyampaian hadiah, Nayla bergegas mencari pintu keluar. Tak silap dia, majlis dah selesai dan cuma tinggal sesi bergambar. Sebagai seorang yang tidak photogenic, Nayla langsung tak berminat untuk melenguhkan pipi dengan senyuman.




Kakinya terus melangkah laju mencari pintu keluar. Sebelah tangannya sudah terkocoh - kocoh menanggalkan pin tudung yang mencucuk bahu dan kepalanya dari tadi. Dia sudah rimas ! Sampai berbelit - belit dengan pin - pin tajam yang mencucuk kepalanya, Nayla rasa macam terseksa.




Sewaktu dia sibuk mencari pintu keluar, matanya langsung tak perasan andai ada manusia yang terlalu fokus matanya ke arah pentas, sampai tak perasan andai pinggannya sudah menganggu jalan Nayla yang juga tak sedar akan halangan itu. Nayla terus berjalan, sehinggalah dia terhenti saat merasakan sesuatu terpalit.


"My god, abaya aku !" Mata Nayla terbuntang saat melihat lengan abaya yang dia pakai sudah tercalit dengan cream cheese dan jem strawberi. Habislah ! Dahlah itu baju Tiara yang dia pinjam ! Kalau Tiara tahu, 7 hari 7 malamlah dia kena tadah telinga mendengar hujah perempuan itu.



Nayla palingkan tubuh, lantas mencapai tisu di meja buffet sebelum laju dia gerakkan tangannya untuk mengelap sisa kotoran tersebut di bajunya. Dia terus pandang manusia yang halang jalannya. Lelaki itu juga nampak terkejut, sampai tergamam dan mengigit jarinya sendiri. Nayla ketap gigi.




Wajah lelaki itu dipandangnya lama. Tisu terus disumbat ke dalam poket abayanya.  "Mata letak dekat mana ? Lutut ? Ke dekat punggung ?" Nayla membidas, sebelum lelaki di depannya cekak pinggang. Jelas tak puas hati dengan jawapan perempuan itu yang cukup kurang ajar di deria pendengarannya. Lelaki itu ketawa sinis.




Tangannya disilangkan di dada. "Kau pun sama. Jalan menonong je dah kenapa ? Tak ada mata juga ? Nak aku sedekahkan cermin mata ke ?" Lelaki itu berkata sebelum Nayla tayangkan penumbuk. Lelaki itu senyum sinis, memandang remeh terhadap Nayla yang nampak tak puas hati. Nayla terus silangkan tudungnya yang terjuntai ke belakang.




Baru dia nak membuka mulut untuk berhujah, ada tangan yang merentap tangannya dari belakang. Nayla tolehkan kepala. Dia dapat lihat wajah Tiara yang sedang memandangnya dengan riak wajah keliru yang mendalam. Tiara melepaskan keluhan. Tangan Nayla dilepaskan daripada genggaman selepas Nayla merentap minta dilepaskan.


Tiara geleng kepala, sebelum dia senyum nipis melihat wajah lelaki yang berwajah serius di depannya. Tiara lambaikan tangan. "Hai ! Lama tak jumpa !" Tiara menegur, sebelum lelaki di depannya senyum dan angguk. "Itulah. Tak sangka dapat jumpa dekat sini. Kau buat apa dekat sini ?" Lelaki itu menyoal sebelum Tiara membalas dan mereka sempat berbual.



Nayla kerut dahi. Bukan main mesra lagi sahabatnya dengan lelaki ni, lelaki yang dah langgar dia dan kotorkan baju yang dia pinjam. Melihat mereka bagai tak ada tanda nak berhenti berkata - kata, bahu Tiara ditolak perlahan oleh Nayla. Dia angkat kening dan berbisik perlahan ke telinga Tiara. "Kau kenal ke lelaki ni ? Dia dah langgar aku tahu tak !" Nayla mengadu.



Perempuan itu geleng kepala, senyum siap merangkul lengannya. Wajah lelaki itu dipandnag lagi. "Takkan kau tak kenal dia ? Qaid Farran ! Biggest competitor kau masa dekat akademi dulu !" Tiara memperkenalkan diri lelaki di depannya. Serta merta, diri Nayla bagai disambar petir kesedaran yang membuatkan matanya membuntang tak percaya.




Qaid ? Qaid The Hunter Eyes ?




'Tapi kenapa dia nampak lebih lain daripada dulu ? Dulu dia lebih kering daripada ranting !', Nayla menggumam dalam hati. Kepalanya angguk, sebagai tanda faham dengan semua informasi Qaid yang dicurah ke kepalanya. Nayla terus menunduk memandang dirinya. Dengan tudung yang dah tak macam tudung dan baju abaya yang dah tak kemas, dia pandang Tiara.




"Kau sembanglah dengan dia. Aku tunggu dalam kereta. Baju aku dah bau masam cheese dah ni", Nayla berkata. Sempat hadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu sebelum berjalan pergi ke pintu keluarnya.




─────────

TALI beg selo yang disandang di atas bahunya dibetulkan saat dia merasakan tak selesa dengan bertanya selo yang dia harus gendong di belakang tubuhnya. Selepas rambutnya dikemaskan dengan pin bunga Lili kesayangannya, Nayla melangkah keluar menuju ke kereta.


Beban selo di bahunya dipindahkan ke dalam kereta sebelum dia meregangkan tubuhnya. Bahunya dipicit lembut sambil dia berjalan mengelilingi taman kecil rumah agam keluarganya. Bunga Gerbera Daisy yang berbunga mekar memberikan suasana tenang untuk dirinya.



Saat dia sedang menikmati ketenangan jiwa, seorang pembantu rumahnya telah datang dan membawa khabar bahawa ada orang yang ingin berjumpa dengannya. Walaupun dahinya berkedut seribu berfikir tentang siapa yang ingin berjumpa dengannya, dia akhirnya mengalu - alukan tetamu itu masuk. Dah sampai, takkan nak halau pula ?



Mendengar suara berdehem dari belakang yang garau bagai suara lelaki, Nayla kerut dahi. Dia terus balikkan tubuh dengan rasa ingin tahu. Tangannya terus tergenggam melihat lelaki itu. Dia memakai knitwear berwarna coklat bersama seluar slack berwarna putih. Ada cermin mata tersisip di kolar bajunya. Pendek kata, Kacak !




Tapi bila lihat wajah lelaki itu, pujian melambung - lambungnya terus jatuh melayang bagai belon dicucuk jarum.




"Oh, Qaid. What bring you here ? Nak minta aku bayarkan operation mata bagi jelas ?" Nayla berkata, menyindir Qaid secara halus. Qaid terus melalukan tangannya ke arah rambutnya yang ditata kemas dengan gaya messy middle part. Dia memandang wajah Nayla. Senyuman dia tayangkan ke arah perempuan itu.


"Well, Miss Nayla Iemelda. I'm Qaid Farran. I'm going to be your bodyguard from now on. So, I expect you to turn my life easier, little one"



Mata Nayla membuntang. Mata koko cair Qaid ditenungnya tajam.





"WHAT ?!"


-nadya, 141024

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang