ENJIN kereta menderu perlahan di jalan raya yang masih lembap selepas hujan. Wiper bergerak kiri dan kanan, memecah titisan air yang masih bertinggal di cermin hadapan. Dari tempat duduk belakang, Nayla hanya diam, pandangannya kosong ke luar. Hujan yang renyai-renyai menambahkan lagi sunyi dalam hatinya.
Di sisinya, Maria masih sibuk menghadap telefon bimbitnya. Menyedari Nayla masih diam seribu bahasa, tangan anaknya disentuh lembut. Nayla segera berpaling dan menguntumkan senyuman nipis. Duduknya dibetulkan sebelum dia berdehem.
"What's wrong, dear ? You're too quiet. Is everything okay ?", Maria bertanya, matanya kembali tertumpu ke arah telefon bimbitnya. Nayla mengeluh berat, tangan disilangkan ke dada. "Memang, you tahu buat kerja ni je eh ?", soalnya sebelum Maria menoleh. Dia senyum nipis.
"Well, yeah. I mean, of course I perlu contact some people in Zurich untuk beritahu yang kita akan datang ke sana. So, mereka boleh uruskan rumah, our company there. I just nak yang sempurna je untuk you, Nayla," Maria berkata sebelum Nayla menggeleng. "Tak, itu bukan maksud I"
"What I meant is, memang, kerja mummy and papa ni, larikan diri dari masalah, hm ? Running away is not always the solution, mummy," Nayla berkata sebelum Maria memandangnya sepenuhnya. Telefon bimbit dimatikan lantas diletakkan ke tepi. "Excuse me ? Apa maksud you ?"
Nayla senyum sinis. "Sebelum ni, few months back. You dan papa tahu yang I dalam bahaya bila Carlene target I. Instead of selamatkan I, you tinggalkan I dengan..lelaki tak guna tu and you both live happily without any threat. And bila you balik, you tak tunggu apa - apa and just gantung dia daripada bekerja. And now ? Larikan diri lagi ?"
"Nayla Iemelda. You rasa kenapa mummy buat semua ni ? I do all of this for you. You already did everything for us. Mummy bawa Nayla pindah Zurich, untuk buat Nayla rasa dihargai". Maria jeda. Pandangannya dibawa keluar tingkap sebelum Nayla dipandang semula. "If I could turn the time, I want you to have the childhood like every kids have. Mummy tahu, I besarkan you dalam household yang penuh kekerasan."
"I pukul you for the smallest mistake, minta you untuk tanggung semua benda atas bahu you, semata - mata sebab I nak tengok nama I dengan Wildan jadi bualan orang. But, I cuma takut you jadi seorang yang lemah, seseorang yang mudah dunia lukakan. That's made you Nayla Iemelda who want to make everyone happy but are so hard on herself."
Maria ketawa kecil. Air mata yang bergenang di hujung anak mata hitamnya terus diusap lembut. Nayla yang masih memandangnya dengan riak keliru dan terkejut hanya dibalasnya dengan senyuman. Tangan Nayla diraihnya, lalu digenggamnya lembut.
"I always wanted you to be better than me, Nayla. Stronger. Tapi in the process, I forgot how to love you the way you deserve. I tak pernah beritahu pada you macam mana bangganya I pada you. But now, I'm proud of the woman you are now. " Nayla lepaskan nafas berat. Air matanya sendiri mula bergenang. Tangannya turut mengenggam tangan Maria kembali sebelum pipinya rasa diusap oleh tangan Maria. "Janganlah nangis. I tak nak tengok you nangis."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)