thirty-two

24 3 2
                                        

MASALAH sistem komunikasi tersebut telah menyebabkan seluruh anggota jadi tidak senang duduk.  Di dalam sebuah kereta yang berdekatan dengan auditorium, bunyi ketikan pada papan kekunci kedengaran terlalu jelas, malah lebih kuat dan lebih kerap daripada sepatutnya.



Afiq menarik nafas panjang, matanya berkelip-kelip pada skrin monitor yang penuh dengan data tak teratur. Sistem komunikasi ACES kini dah jadi kacau-bilau. Hackingnya terlalu canggih, terlalu kompleks. Kalau ikutkan hatinya, dia nak patah balik dan tanya bantuan dari yang lain, tapi keadaan tak mengizinkan. Selagi dia tak betulkan sistem ni, semuanya akan jadi lebih teruk.



Dia perlukan sistem ini untuk menyampaikan maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku supaya strategi boleh tersusun. Kalau benda dah jadi begini, jenuhlah dia nak membuat panggilan telefon sepanjang masa untuk sampaikan data dan maklumat. Sampai bila pun tak mungkin akan habis.



Telefon bimbitnya yang berdering kencang membuatkan dia terus berdecit kasar. Tombol hijau terus dia tolak ke tepi sebelum dia menekan butang speaker agar suara pemanggil terus masuk ke gegendang telinganya tanpa perlu mengangkat telefon. "Cipher. System update ?", soal seseorang dalam talian bersama pakej codename sebagai tanda misi mereka sudah bermula.



"Aku masih tak faham kenapa benda bodoh ni berlaku sekarang tapi apa yang aku tahu hacking dia kompleks. Terlalu kompleks ! Berpuluh - puluh kod dekat sini, lama lama otak aku boleh pecah ! Aku dah naik stres dah ni, Zayyan oi ! ", Afiq terus membalas. Sikit lagi skrin komputer riba depan matanya itu nak dijadikan mangsa tumbukan sebiji dari buku lima yang dah lama dikepalnya.



"Apa kau nak cuba buat sekarang ?" Zayyan menyoal, sebelum Afiq mengeluh lagi. Dia terus meraup rambutnya lalu mengemaskan semula kedudukan cermin matanya yang kelihatan tak nak duduk di matanya lagi. "Aku akan cuba untuk hentikan benda ni dari terus merebak masuk dalam sistem sampai rosakkan fail kita. Then, I will try to trace the cause of this bullshit",  balasnya lagi lalu menutup talian tersebut.






Come on, Afiq, jangan mengalah,” bisiknya pada diri sendiri, jari-jarinya pantas menekan papan kekunci.






Afiq menghempaskan kembali tubuhnya ke kerusi. Matanya yang keletihan cuba menatap skrin komputer dengan penuh fokus, walaupun berulang kali dia terasa mahu menutup mata sejenak. Setiap garis kod yang tertera di layar itu bagaikan seribu teka-teki yang membingungkan, dan semakin lama, semakin sukar untuk dibezakan antara yang asal dan yang telah diubah.





Pandangannya beralih ke jam di sebelah meja. Masa semakin suntuk. Setiap minit yang berlalu membawa mereka semakin dekat dengan kegagalan. "Ya Allah, habislah hilang semua fail kalau aku tak hancurkan benda ni" bisik Afiq dalam hati. Satu-satunya perkara yang dia tahu pasti adalah, kegagalan bukanlah pilihan.




Dia kembali menekan beberapa butang pada papan kekunci, cuba menangguhkan kesan daripada serangan yang sedang berlaku. Terasa seperti ada tangan ghaib yang menarik setiap fail dan data penting dari dalam sistem, menghancurkan segalanya dengan perlahan tetapi pasti. “Damn it…” Afiq menggerutu sambil menggigit bibir. Tidak ada ruang untuk rasa panik sekarang. Yang penting adalah bertindak cepat.






Memandangkan dia tidak dapat lagi mengandalkan sistem komunikasi yang rosak itu, Afiq memutuskan untuk melakukan satu langkah berani. "Backdoor,” katanya perlahan, seakan-akan berbicara dengan dirinya sendiri. Backdoor itu merupakan celah kecil yang hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja, dan hanya digunakan dalam situasi kritikal. Jika ini gagal, mereka mungkin akan kehilangan lebih daripada sekadar maklumat—mereka boleh kehilangan keseluruhan operasi.





𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang