"BERAPA lama kau cari pasal semua ni ?"
Qaid angkat kepala apabila mendengar suara Aniq memecahkan kesunyian bilik mesyuarat. Qaid telan liurnya. "Uhm, 2 or 3 months, in total. There's few ups and downs but overall, semua okey," Qaid membalas.
Afiq dekati komputer riba yang berada di depan Qaid. Matanya membulat bagaikan penuh keterujaan. "Aku tak expect maklumat dalam pendrive kau sebanyak ni. Kalau aku pun tak boleh nak cari sampai macam ni," Afiq membalas.
Kapten Arman berdehem, sebelum beberapa pasang mata yang sibuk memerhati komputer riba Qaid secara dekat terus duduk kembali dalam keadaan tenang. Mata garang lelaki itu memandang ke arah Qaid semula.
"Qaid, teruskan," Kapten Arman memberikan arahan sebelum Qaid anggukkan kepalanya dan berdiri di hadapan ahli pasukannya yang lain. Selepas mengambil nafas yang dalam, lelaki itu akhirnya memulakan bicaranya.
"Bila kita cakap pasal Wildan dan Maria, apa yang kita fikir adalah apa budi yang mereka dah taburkan pada orang sekeliling mereka. Calla Lily Academy, Nephoria Trading, termasuklah sumbangan mereka yang berjuta – juta ringgit pada badan – badan kerajaan yang berkaitan. Tapi, itu tak semestinya tunjukkan mereka ni baik. They hold so much secret behind their back. They're hypocrite,"
"Ever think how they got so much money beside their trading business ? Drugs. They are drug dealer. Aku dapat jejak beberapa data kewangan yang nampak seperti disalurkan ke satu organisasi kecil yang dijejaki pihak polis atas jenayah dadah mereka yang berleluasa dan kerja mereka yang cukup....licin. Licik. Jenayah mereka hampir tak dapat nak dikesan."
"Dan kau tahu siapa salah satu mangsa dadah mereka ? Nayla Iemelda. Their own daughter, their own beloved princess. Mereka beberapa kali suntik Nayla dengan dadah berupa bius tu dalam badan dia. Kalau tanya sendiri pada feedback tuan badan, fikiran dia akan jadi kosong bila dia bangun dari pengsan sebab bius tu. Apa yang terjadi sebelumnya, dia tak ingat apa – apa. She can't move her body, she experienced seizure, from the drug given by her 'lovely' parents,"
Qaid jeda seketika, mengambil nafas baharu sebelum dia meneruskan bicaranya. "Ada beberapa kes penculikan kanak – kanak yang bersangkut paut dengan this couple. Dalam lingkungan tahun 90-an hingga awal tahun 2000. Kanak – kanak ini diselamatkan di sebuah kawasan terbiar, hampir seperti sebuah makmal rahsia dengan keadaan yang sama seperti Nayla sewaktu dia terjaga dari bius. Clueless, tak tahu apa – apa sama sekali,"
"Ada pihak yang sempat mengatakan kalau pasangan ini juga menjadi punca kehilangan seorang budak perempuan 5 tahun bernama Adriana Annayla, lagi – lagi bila mereka kenalkan anak mereka, which is Nayla Iemelda yang kita tahu sekarang pada media sebagai anak mereka yang sudah lama disembunyikan atas dasar privasi. This cause chaos once again bila ada orang yang tuding jari mengatakan kalau facial features Nayla Iemelda sama dengan budak yang hilang tu. Things get weirder when pihak yang bercakap pasal ni, diambil tindakan yang tegas ke atasnya,"
Qaid berhenti memberikan penjelasan, sebelum mengenggam tangannya erat. "Dan kau tahu benda yang aku paling sakit hati ? Benda yang, buatkan aku betul – betul simpan dendam paling dalam dekat mereka ?," Qaid senyum sinis lalu menunduk.
"Mereka bunuh mak dan ayah aku,"
Kepala mereka berpaling dengan riak yang berbeza – beza, namun jelas tertampar dengan kenyataan yang diberikan oleh Qaid. Lelaki itu sekadar senyum pahit, lalu mengusap matanya. "Aku..aku tak pernah tahu yang, parents aku dibunuh oleh mereka. Aku tak ingat, aku tak nampak, dan aku juga dipaksa untuk lupakan apa yang jadi."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)