KERIUKAN tempat duduk kereta itu jelas kedengaran saat Nayla menyandarkan tubuhnya dengan keras sebelum memeluk tubuhnya. Matanya terus memandang ke arah luar tingkap yang kelihatan sudah gelap yang jelas menunjukkan hari sudah malam. Tapi, dia masih lagi di dalam kereta dengan lelaki ini yang kelihatannya juga masih buntu sendiri.
Dia memandang ke arah Qaid, sebelum menyedari jari lelaki itu tangkas menyapu ke atas skrin telefon bimbit yang dipegang di tangan kirinya sementara tangan kanannya masih fokus menggenggam stereng. Pandangannya pula beralih dari skrin telefon dan ke arah jalan raya, yang menurut Nayla merupakan sebuah pemandangan yang tidak selesa. Dia mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.
"Oi, lama lagi ke ?", soalnya sebelum Qaid memandangnya. Dia terus memandang ke arah jam yang ada di telefon bimbitnya. "Maybe take some time. Aku tengah tengok Map kejap", balasnya sebelum mata Nayla terbuntang. Dia palingkan tubuh menghadap Qaid.
"Kau nak cakap kita sesat ke ? Atas highway ni ? Gelap - gelap ? And it's just both of us under this moonstruck ? Kau gila ke ?" Nayla menyoal sebelum Qaid mengeluh dan merengus.
Dia pandang ke arah Nayla sebelum menyuruhnya untuk diam. "Kau ni, dari tadi cakap aku gila. Kau tahu kata - kata tu satu doa kan ? Kau nak aku gila betul - betul, lepastu cekik kau sampai mati sebab aku tengah serabut sekarang ni ?". Suaranya kedengaran tegas. Nayla hanya buat muka toya. Dia terus menggulingkan anak matanya sebelum membetulkan duduk di kerusiya.
"Kalau kita tak sesat, kenapa kau kena tengok map ? Atas highway kot ! Tak ada belok sangat. Cuma lurus je", Nayla masih memberi komen sebelum Qaid mengeluh. "Aku bukan tengok map jalan, Cik Bijak Pandai. Aku tengah cari tempat yang sesuai nak sumbatkan kau malam ni, sambil tu kawan aku tolong. Tak akan aku nak bawa kau duduk dekat rumah aku pula ? Gila ke ?", tanyanya sinis sebelum perempuan itu merengus.
Dia pula yang kena gila ?
"Carikan aku five-star hotel. Hotel Seri Malaysia pun okay", katanya sebelum Qaid pandang Nayla dengan wajah tak puas hati. "Banyak cantik muka kau. Kau ingat aku ni bapak kau ke nak sewakan kau hotel mahal - mahal ? Aku pun tak pernah jejakkan kaki tahu tak ?", katanya sebelum dia jeda.
Akhirnya, dia menyambung lagi tapi sangat perlahan dan hampir tidak kedengaran. "Bapak kau dahlah tak bagi aku satu sen pun. Anak dia dahlah banyak demand"
Nayla hanya menjeling lelaki itu sebelum mengeluh. Beg tangannya yang diletakkan di kaki terus diseluk sebelum dia pandang Qaid yang masih sibuk dengan telefon dan sesekali bercakap dengan seseorang melalui earpiece yang Nayla perasan sejak tadi terpasang, cuma tidak menyala seperti yang selalu dia perasan. Selepas beberapa ketika, Nayla berdehem lalu membuka mulutnya lagi. "Unlock tingkap kejap. Aku panas", katanya.
"Aircond Miss Rachel aku ni tak cukup lagi ke ?", Qaid menyoal sebelum perempuan itu gelengkan kepalanya. "Aku nak rasa angin malam. Serabut duduk dalam ni terperuk. Dahlah tinted gelap. Pewangi kereta tu pun lain kali belilah yang paling tak sedap sekali. Naik pening kepala aku. Cepatlah !", Nayla berkata sebelum Qaid memandang Nayla dengan wajah geram. Eh perempuan ni. Memang betul - betul menguji kesabaran.
Ya Allah, tutuplah sekejap mulut klien aku ni. Aku tengah serabut, dengar radio rosak ni lagilah aku serabut !
Tanpa membuka mulut lebih lagi, butang Unlock yang ada di tepi bangkunya ditekan agar semua tingkap dan pintu dalam kereta itu boleh dibuka. Sepantas itu, butang tingkap di sebelah penumpang, tepatnya di tempat duduk Nayla terus ditekan oleh perempuan itu. Tingkap terus terbuka dan angin luar terus masuk menerpa ke dalam ruangan kereta kepunyaan lelaki itu. Qaid hanya mampu gelengkan kepala. Asalkan mulut dia tu tertutup sekejap, sudah !
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)