♬ Now playing Love Wins All - IU
BANGUNAN gudang yang tadinya marak dijilat api kini semakin beransur selepas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran beberapa jam yang lalu. Beberapa orang ahli ACES Team, May, Hud dan Kapten Arman turut datang melihat kawasan kejadian. Mereka menerima mesej daripada Hans, dan dalam keadaan cemas dan buntu, mereka meluru ke sini.
Bunyi brek yang menyentuh tanah itu terus membuatkan sesetengah dari mereka berpaling. Pintu kereta bahagian pemandu dibuka, dan pemandunya keluar sebelum berlari ke arah gudang tersebut. Langkahnya diatur pantas, sebelum dihalang oleh seseorang untuk menghentikannya daripada mendekati bangunan tersebut. Qaid memandang ke sisinya. Lengan sasa Hud masih lagi menghalang langkahnya.
"Jangan ! Tunggu sini ! Mereka tengah padamkan kebakaran lagi ! Jangan bertindak ikut kepala sendiri," Hud berkata, memandang Qaid yang dah tidak senang duduk. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan ke kanan, bagaikan mencari kelibat yang tiada. "Aku tak bertindak ikut kepala sendiri ! Aku nak selamatkan wife aku. Ya Allah, kalau mereka tak selamatkan Nayla sekarang, kau nak tengok wife aku mati rentung ke, hah ? Hancur ?," Qaid menyoal. Mata koko cairnya sudah bergenang dengan air mata.
"The situation is too dangerous, Qaid. You're playing with fire right now. Mereka tengah kawal situasi, mereka tengah cari wife kau. Kau duduk diam - diam dekat sini. Semua akan okay. Tolonglah," Hud masih cuba memujuk. Suaranya masih cuba dibawa bertenang sambil tangannya cuba menahan Qaid.
Tangan Hud yang menghalangi tubuhnya disisingkan ke tepi sebelum ditolak seluar hati sampai lelaki itu berundur beberapa langkah jauh daripadanya. "Kau expect aku nak berdiam diri ? Kau gila ke ?!" tubuh Hud ditolak sebelum dia dihalang oleh May. Mata koko cair Qaid sudah berair tapi dia cuma sembunyikannya.
May memandang ke arah Qaid. Bukannya dia marah dengan tindakan kasar lelaki itu menolak abangnya, tetapi cuba untuk menenangkan Qaid dari cara tersebut. "Qaid, boleh tak kau bersabar ? Kami semua risaukan pasal Nayla, macam mana kau risaukan dia. Tapi, kami tak nak bertindak luar kawalan macam tu ! Sayangkan nyawa kau, Qaid" May pula cuba memujuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)