seventeen

15 3 4
                                    


CHARITY. EVENT.




Dua patah kata yang mampu menjadikan setiap manusia berubah hipokrit. Setiap senyum manis yang terpapar di wajah mereka hanya untuk mendapat paparan sempurna di dada akhbar dan liputan TV. Tangan pula menghulurkan cek derma paling minima lima angka.

Dan dia disini, terlibat dengan manusia dan urusan 'cuci' dosa mereka. Majlis makan malam amal yang bakal diadakan sebagai satu bentuk kesyukuran dengan satu projek perdagangan besar yang baru diterima oleh Nephoria Trading. Nayla tak tahu bagaimana tapi dia menjadi pengurus utama majlis tersebut.


What the hell ? Kenapa libatkan dia pula ?


Dia tak suka terlibat dengan majlis sebegini. Apa lagi nak dibayangkan berapa orang yang akan naik pentas, memberikan satu persatu ucapan yang berjela - jela macam orang yang tak pernah bercakap setahun. Nayla paling benci hal itu. Doakanlah dia tak tertidur semasa mereka sibuk berleter.

Nayla betulkan tudungnya yang melorot jatuh ke bahu. Dia betulkan duduknya sebelum kembali pasang telinga mendengar ucapan daripada pemilik Yayasan Jiwa Sejahtera, iaitu yayasan yang menerima sumbangan besar daripada syarikat keluarganya. Dia duduk di meja bulat, bersama beberapa orang ahli penting serta Tiara yang diheret sama.

Kalau bukan sebab majlis ini adalah majlis amal, jangan harap la dia nak menyentuh baju abaya milik Tiara ni. Selama ni, pakaian paling sopan menurut perspektif dia adalah baju lengan panjang dan skirt labuh paras paha. Tapi, lepas diceramah oleh Tiara berjela - jela, akhirnya dia rembat sahaja  mana - mana baju yang perempuan itu ada.

"What is it ? Time to purify our sins ?" Nayla berkata sinis, sebelum Tiara menolak bahunya dan gelengkan kepala, meminta Nayla tak mulakan sesi mulut pedasnya. "Kau ni. Jangan la cakap macam tu. Behave sikit. Majlis amal ni", Tiara memberi pesanan, sebelum Nayla senyum sinis lagi. Beg tangannya diletak ke tepi.

"Majlis amal untuk tutup semua silap yang ada. Macam makeup nak tutup jerawat dekat muka" Nayla berkata lagi, sebelum sekali lagi Tiara memicit bahunya. "Sudah. Tak malu ke ?" Tiara memberi amaran, sebelum Nayla menjelingnya tajam. Nayla terus angkat punggung. "Kau nak duduk sini, kau duduklah. Aku nak makan", Nayla angkat kening.

Tudung yang disarung di kepala dibetulkan agar nampak kemas semasa jalannya menuju ke ruangan makanan dihidangkan. Selepas tangannya mencapai pinggan, dia terus meletakkan beberapa jenis makanan ke atas pinggan kaca tersebut sebelum langkahnya dibawa pergi ke satu meja berdekatan pintu yang kelihatan kosong. Dia labuhkan duduk.

Saat dia menikmati makanan tersebut, barulah ada secalit senyuman di wajahnya. Sekurang - kurangnya, dia sudah jauh daripada wartawan yang ingin membuat liputan serta daripada sorotan cahaya lampu kamera yang terlalu terang untuk biji matanya.

Ketika itu, seorang perempuan mendekati meja tersebut sebelum duduk di kerusi bertentangan dengannya. Perempuan itu senyum, dan Nayla membalasnya dengan senyuman yang nipis. Nayla diam sahaja, masih setia dengan juadah di depan matanya. Saat perempuan itu buka mulut, Nayla angkat wajahnya.

"Nayla, kan ? Anak Dato' Wildan ?" Soal perempuan itu lantas Nayla angguk dengan senyuman. Perempuan itu juga angguk, sebelum memperkenalkan dirinya. "Saya Medina Adira. Sukarelawan untuk Yayasan Jiwa Sejahtera. Boleh panggil saya Dina", dia sengih dan menayangkan barisan giginya yang putih.

Nayla angguk lagi. "Thanks sebab sudi terima sumbangan tak seberapa daripada syarikat kami. Harap - harap, duit yang disumbangkan tu boleh digunakan untuk kebaikan yayasan. Kalau ada masalah ke apa boleh contact kami semula, ya ?" Nayla tayang senyum manis yang bukan untuk semua orang.

Perempuan di depannya senyum. Mereka berbual untuk beberapa ketika, bertanyakan soal yayasan dan bertanya juga tentang kehidupan mereka. Selepas itu, Medina minta diri kerana ada urusan yang harus dia uruskan. Selepas bertukar salam, Medina pergi tinggalkan Nayla yang sudah kenyang perut.


____________

MATA koko cairnya bergerak memerhati dewan besar tersebut. Wajahnya kosong tapi dalam hatinya sedang membengkak rasa teruja dan terkesima. Langkahnya diatur berjalan mengelilingi dewan tersebut sebelum terhenti di depan pentas, menyaksikan majlis penyampaian cek untuk yayasan tersebut.




Lima angka. Setaraf dengan gaji yang dia terima setiap misinya.




Matanya dilarikan daripada pentas tersebut, tertarik ke arah meja makanan yang berada berdekatan pintu keluar. Dia aturkan langkahnya lebih cepat dari biasa. Dia mahu isi perutnya dengan makanan yang ringan sahaja, mungkin sekadar pencuci mulut yang tersusun cantik di atas meja buffet.


Tangannya terus mencapai penyepit besi, sebelum beberapa biji tart cheese dan diletakkan semula ke dalam pinggan yang dipegang. Melihat betapa mengiurkan manisan tersebut, dia sendiri kecur liur. Dengan matanya yang masih tertumpu pada piring tersebut, dia palingkan tubuh untuk ke meja.



BAM !





"My god, abaya aku !"







- nadya, 121024

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang