®2024- NADYYANR WORKS
──────────────
Academic rival to lovers ?
NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
"ORANG kata jangan benci sangat, nanti jatuh suka ! Kan dah merasa !"
Anak matanya hanya digulingkan apabila dia mendengar vokal tinggi Tiara Rauda menyapanya dari kejauhan. Walaupun jarak mereka hanya beberapa meter, namun jeritan Tiara bagaikan boleh didengari oleh semua orang di balai ketibaan.
"Mak Nah !," Nayla menjerit teruja sebelum memeluk tubuh tua yang sungguh dirinduinya. Mak Nah balas pelukan anak tirinya, sampai kedua - duanya ketawa kecil kerana teruja. "Ya Allah, rindunya Mak Nah dekat anak busuk Mak Nah ni !," Mak Nah berkata. Pipi Nayla sempat diciumnya sebelum Nayla ketawa puas.
Lama dia tak berjumpa dengan mereka berdua. Kali terakhir dia berjumpa Tiara adalah setahun yang lalu sebelum akhirnya Tiara dan Mak Nah mengambil keputusan untuk berpindah ke Perth, Australia. Tiara mempunyai hasrat ingin mengembangkan karier peguamnya di sana.
Hari ini, Tiara dan Mak Nah akhirnya pulang. Nayla masih ingat bagaimana Tiara menjerit dalam gegendang telinganya semasa dia menelefon Tiara dua hari yang lalu untuk memberitahu tentang berita perkahwinannya yang bakal dilangsungkan. Keterujaan Tiara sangat melampaui batas sampai hari ini apa yang Nayla tahu, kedua - duanya selamat di Malaysia.
"Woi, tak nak peluk aku ke ? Aku kan kakak kau !," Tiara mencebikkan bibirnya sebelum membuka lengannya bagai meminta pelukan. Nayla sekadar gulingkan anak matanya lalu menjelirkan lidahnya. "Blek, tak nak. Tadi kau ejek aku, kan ? Peluk la suitcase kau tu. Aku nak peluk mak aku," ujarnya lalu pelukannya di tubuh Mak Nah dikemaskan.
Mak Nah turut ketawa. Pipi Nayla dicuitnya lembut. "Cantiknya anak Mak Nah pakai tudung ! Baru lagi ke ?", Mak Nah bertanya sebelum Nayla ketawa kecil dan angguk. "Baru nak cuba. Kena biasakan juga sebelum betul - betul nak full bertudung," dia senyum nipis. Pandangannya dialihkan ke arah Tiara.
"Hm, dah nak kahwin, lupalah kawan baik dia tu. Takpelah, aku balik sendiri," Tiara memuncung, lalu mencuba menarik bagasinya bagaikan ingin lari pergi daripada situasi yang mengcengkam jiwanya. Nayla pandang Tiara sekilas sebelum ketawa. Pelukan Mak Nah dilepaskan.
"Ala, janganlah sentap. Meh, aku peluk kau pula !," Nayla mendekati Tiara, lalu tubuh itu dipeluknya. Tak lama kemudian, tubuh Tiara ditolaknya. "Tak nak peluk kau lah. Bau masam," Nayla kibaskan tangan di depan hidungnya, bagaikan menghilangkan bau busuk yang menyentuh deria baunya.
Seketika kemudian, Nayla menjerit apabila tangan Tiara kasar mencubit lengannya. Bibirnya mencebik, sebelum lengan yang terasa berdenyut diusap. "Kau ni. Sakit lah !," Nayla memarahi rakannya sebelum Tiara gulingkan anak matanya. Tangan kanan Nayla diraihnya.
"Cantiknya ! Dia bagi dekat kau ke ?", Tiara menjerit teruja. Cincin berpermata ungu tersebut berkilau di bawah cahaya lampu. Nayla mengeluh. "Yelah, takkan lah kucing pula," balasnya sinis sebelum Tiara tarik muka masam.
"Kenapa kau tak beritahu aku awal - awal, hah ? Dah seminggu baru kau beritahu aku, kan ? Aku ingat kita kawan !," Tiara silangkan tangan di dada bagaikan sedang merajuk sebelum Nayla pegang kepalanya sendiri sebelum menunduk. "Tiara Rauda, sudahlah tu menjerit. Kau dekat airport, bukan dalam mahkamah. Dah - dah jom ! Bisinglah kau ni !," Nayla tarik tangan Tiara sebelum merangkul tangan Mak Nah.
Tiara sengih. "Hei, Nayla Iemelda. Kau ni tenang sangatlah bila dapat cincin. Kalau aku, dah menjerit sampai imegresen halau kita keluar," tawanya meletus. Tangannya masih menolak troli bagasi sebelum tubuhnya ditolak oleh Nayla, bagaikan memaksanya berjalan lebih cepat. "Kau ni merepek jelah. Cepatlah jalan ! Aku banyak tea nak spill."
⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹
KELUHAN berat terlepas dari mulutnya saat duduknya dilabuhkan ke atas sofa. Matanya tertutup rapat. Akhirnya ! Dapat juga dia duduk tenang di dalam rumah sendiri.
Awalanya, Nayla mengambil keputusan untuk mengajak May dan Tiara untuk menemaninya mencari pakaian untuk hari perkahwinannya nanti. Tapi, kesudahannya, dia sendiri yang bagaikan ingin jatuh tersungkur dengan tenaga dua orang perempuan tersebut. Tiara menganggap membeli - belah sebagai latihan kardionya, May pula sudah biasa dengan latihan berjalan kaki berbatu - batu. Hanya Nayla sahaja yang tak mampu.
"Baru balik ?," Nayla angkat kepalanya apabila mendengar suara Azhar. Senyum nipis terukir di bibirnya sebelum menyambut mug yang dihulurkan oleh Azhar. Coklat panas dihirupnya perlahan. "Ya, ayah. Penat juga rasanya," Nayla pandang ayahnya. "Tenaga mereka tu tak setanding dengan tenaga Nayla. Nasib baik dah jumpa baju yang nak pakai. Kalau tak, cabutlah kaki Nayla ni," senyumannya mengendur.
Azhar ketawa kecil. "Apa lagi plan lepas ni ?", soalnya. Nayla diam sejenak sebelum akhirnya membalas. "Kalau ikutkan dua orang tu, mereka kata ada nak cari barang - barang lain lagi. Majlis kan lagi dua minggu. Kalau lambat siapkan, takut tak sempat," balasnya. Bayangan wajah Tiara mengaturkan jadual beli - belah mereka bertamu kembali di ruangan mata.
"Jangan paksa diri sangat. Ya, memang majlis tu lagi dua minggu. Takut nanti masa majlis, tak sihat pula. Pucat lesi je. Bukan pengantin baru lah macam tu," Azhar berseloroh sebelum anak perempuannya menggelengkan kepalanya. "Insyallah, tak ayah. Nayla kuat tau !," Nayla buat gaya bagaikan dalam iklan susu.
Telefon bimbitnya berdenting, menandakan notifikasi yang baru sahaja masuk ke telefonnya. Skrin tersebut dipandangnya lama.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nayla campak telefonnya ke tepi. "Ayah, kalau Nayla pengsan esok, jangan lupa datang dukung Nayla."