fifty-six

11 3 0
                                        

BUK!


Kepala Qaid terhentak ke tepi, darah merah pekat menitis dari hujung bibir. Nafasnya berat, tapi matanya tetap menentang pandangan Hud.




"Pengkhianat! Apa yang tak cukup sampai kau sanggup buat macam ni pada organisasi yang dah percaya kau selama ni?!" Hud hempas tangannya ke atas meja keluli, dentumannya bergema. "Jawab aku, Qaid! Kau yang pasang bom tu ? Apa kaitan kau dengan assasin and Naufal ? Kau yang hantar assassin untuk bunuh Nayla?!"



Qaid ketap rahang, cuba kawal getar dalam suaranya. "Aku tahu apa yang kau nampak buat kau fikir aku pengkhianat. Aku tahu kau nampak aku dalam markas Carlene, dan mula fikir yang bukan - bukan. Tapi Hud..." Dia hela nafas panjang, mata berkaca menahan marah. "...kalau betul aku musuh, kalau betul aku nak hancurkan ACES, dah lama organisasi ni hilang. Dah lama Nayla mati."






Hud senyum sinis, hampir ketawa kecil. "Kebetulan kau selalu ada di tempat kejadian. Masa Nayla hampir kena bunuh dengan assasin yang pecah masuk rumah dia. Kau expect aku percaya tu semua coincidence?"




Qaid geleng kepala perlahan. "No. Aku tak suruh kau percaya. Tapi kau kena dengar. Aku pasang device pelindung pada barang Nayla. Dari situ aku detect ada assassin ikut dia. Itu sebab aku muncul. Itu sebab aku fight. Aku tak akan, cuba bunuh orang yang aku..." suaranya tersekat, dada turun naik, "...orang yang aku sayang."




Sejenak bilik itu senyap. Bunyi nafas kasar Hud dan Qaid jadi satu-satunya yang mengisi ruang. Qaid tunduk seketika. Bibirnya berdarah, tapi senyum pahitnya tetap terukir. "Hud, kau terlalu sibuk nak percaya apa yang kau nampak, sampai kau tak sedar ada tangan lain yang buat kita nampak macam lawan." Dia angkat kepala, pandang tepat ke mata Hud. "Carlene bukan musuh yang kau fikir. Aku pun bukan. Tapi kalau kau terus tutup mata, orang yang sebenar akan terus bebas."




"Orang sebenar ?" 



"Aku tak nak jual sesiapa. Aku nak kau nampak, Hud. Ada dalang yang lebih besar dari semua ni lebih licik dari Carlene, lebih dekat daripada yang kau sangka. Kita semua dipermainkan. Kau, aku, ACES, semua. Between all the sheep, there's a wolves". 





Hud ketawa hambar, sinis. "Dalang besar? Bunyi macam alasan textbook untuk pengkhianat. Typical." Dia hempas tangan ke meja, membuat bunyi dentum nyaring. 




Qaid angkat wajah, matanya merah. "Aku rela kau tumbuk aku sampai mati, Hud. Tapi bila ACES runtuh nanti, bila kau sedar semua ni rancangan orang lain, kau akan teringat aku dah cuba bagitahu."




Hud senyum sinis. Jarinya tertuding ke arah Qaid. "Jangan cuba nak manipulate aku, faham ?"



⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹

AFIQ lepaskan keluhan berat. Gelang tangan hitam kepunyaan Qaid yang sempat mereka ambil tadi diangkat dan ditenungnya lama. Di dalam kepalanya, ligat berputar tentang apa yang telah Qaid lakukan, tapi dia tak berani nak bercakap banyak. Sampai sahaja pendrive berupa gelang itu ke tangannya, Afiq tahu dia harus lakukan sesuatu. 





Butang kecil di gelang tersebut ditekannya, lantas pendrive keluar dari dua penghubung utas gelang tersebut. Dia bangkit, katilnya ditinggalkan sebelum dia berjalan ke arah meja kerjanya. Laptop dibuka lalu pendrive itu disambungkan ke laptop. Matanya mula bergerak membaca apa yang tertera di srkin. 



ORG: RAVYNLEADS: VYRE | NYRAMISSION: INFLUX — TARGET: NAYLA







"Vyre ? Nyra ? Kenapa..mereka target Nayla ?", Afiq mengumam. Tangannya kembali pantas menaip sesuatu, menggeledah seluruh isi pendrive kepunyaan Qaid. Ada beberapa fail yang ingin dia buka, tapi ada password yang diperlukan. Afiq mengeluh. 





Afiq terus menekan butang save untuk menyimpan fail tersebut ke dalam folder di dalam tabletnya. Rambut hitam lebatnya diraup, cermin matanya ditanggalkan. Semua urusan akan dia sambung besok. Dia perlu jumpa Qaid untuk kewarasan dirinya sendiri.











- nadya, 180925

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang