"DAYLIGHT, you're awake."
Liurnya yang terasa kesat ditelan lalu duduknya dibetulkan. Selimut segera dia tolak ke tepi sehingga jatuh ke atas lantai. Rambutnya pula cepat - cepat dia sisir semula. Ah, dia perlu buat apa - apa je asalkan dia nampak sibuk supaya tak perlu nak bertentang mata dengan lelaki itu lagi.
Lelaki itu mengeluh berat, rambutnya diraup ke belakang sebelum tangannya dibawa memeluk tubuh. Tingkah laku Nayla diperhatikannya sebelum dia menarik kerusi dan labuhkan duduk di tepi katil Nayla.
"Can't you calm down ? Kau buat - buat sibuk sebab tak nak pandang aku je kan ?", dia akhirnya bersuara yang membuatkan Nayla berdecit. Tangannya digenggam erat, lalu bantal di sebelah ditumbuk kuat. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil sebelum dia curi - curi pandang lelaki di sebelahnya.
Qaid Farran. Dia, nampak lain.
Rambutnya kini lebih pendek daripada biasa, agak berbeza dengan yang dia pernah lihat semasa Qaid masih di bawah tahanan dua minggu yang lalu. Wajahnya juag kelihatan lebih matang dan tegas, tak ada lagi riak sinis dan angkuh yang kadangkala buat Nayla rasa menyampah dengannya.
"Kenapa kau pandang aku macam tu ? Aku nampak handsome ke ?", Qaid menyoal sebelum Nayla gulingkan anak matanya. Nampaknya terlalu cepat dia menilai. Kata - katanya masihb lagi buatkan Nayla geram. Pandangannya cepat - cepat dialihkan.
"Kenapa aku ada dekat sini ? Mana mummy and papa ?", Nayla menyoal sebelum Qaid ketawa sinis. "Kau masih cari mereka berdua ? Pasangan jahanam yang nak bunuh kau dari dalam ?," Qaid menyoal sebelum mata Nayla terbuntang. Tak, dia tak terima kalau dia mendengar hal sebegitu berkaitan dengan ibu dan bapanya.
"Kau cakap apa ni, Qaid ? They're my parents ! Kau dari dulu lagi tak boleh nak cakap benda yang baik pasal parents aku. Kau tak tahu cerita yang sebenar, jadi tak payah nak bercakap macam kau paling tahu," Nayla berkata kasar sebelum bergerak turun dari katil. Anak mata koko cair Qaid segera mengikut langkahnya sebelum dia berdiri.
"Kau nak pergi mana ?"
"Balik. Mummy dan papa tengah cari aku. Kau tak payah nak halang."
"Nayla, tapi kau belum-"
Belum sempat Qaid habiskan ayat ni, tubuh Nayla yang berani melangkah sebentar tadi terhuyung-hayang sebelum dia jatuh terduduk mencium lantai. Tangannya mengenggam erat lehernya, sebelum dia mengerang perlahan.
"Ouch..", Nafasnya tersekat, wajahnya perlahan - lahan berubah pucat. "Sakit..leher aku"
Qaid segera meluru ke arahnya lalu berlutut di sebelah Nayla. Matanya masih memerhati bagaimana tangan perempuan itu mengenggam lehernya sendiri. Dahinya berkerut hebat menahan kesakitan. "Daylight, kau okey tak ?," Qaid menyoal sebelum Nayla gelengkan kepalanya.
"Leher aku..kenapa rasa macam..mencucuk dari dalam. Rasa..macam terbakar," Nayla berkata sebelum Qaid berdiri. "Come, stand up," Tangan Nayla diarihnya sebelum Nayla dibawa duduk di atas sofa di penjuru balik. Qaid cepat - cepat berlari keluar daripada bilik tersebut, sebelum kembali dengan segelas air, lalu dihulurkan kepada Nayla. "Nah, minum perlahan - lahan"
Gelas air tersebut segera diambilnya sebelum air di dalam gelas tersebut laju diteguknya. Gelas kosong diletakkan ke tepi, sebelum tubuhnya disandarkan ke kerusi. Nafasnya kembali normal. Nayla angkat tangannya untuk menyentuh lehernya yang masih terasa berdenyut.
"Kenapa aku..rasa macam ni ?," Nayla menyoal, Qaid dipandangnya. Qaid mengeluh, lalu labuhkan duduk di atas lantai di depan Nayla. Pandangannya jatuh ke arah Nayla. "So, kau tak ingat apa - apa yang jadi ? Masa kau dengan Maria dalam kereta ?"
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)