PINTU bilik latihan itu ditolaknya dari luar. Tangan terus mencapai suis lampu di tepi pintu. Tatkala lampu dinyalakan, matanya terus tertumpu kepada beberapa kelengkapan latihan fizikal, termasuklah punching bag yang tergantung di hujung ruangan
Keluhan berat kedengaran terlepas dari bibirnya. Pintu ditutup semula lalu kemeja yang dipakainya dibuka, menyisakan t-shirt nipis berwarna putih. Langkahnya mendekati punching bag tersebut lalu sempat disentuhnya lembut.
Poket seluarnya diseluk, lalu mengeluarkan tape putih. Tape tersebut terus dibalut kemas di tangannya. Dimulakan dengan tangan kanan, lalu dipindahkan ke tangan kiri. Ketika itu, bahunya turun naik. Nafasnya laju dengan emosi yang bagai nak meletup.
"Kalau ACES Team yang hebat pun buat kerja sambil lewa, baik I biar dia mati sahaja."
BUK !
Penumbuknya tepat menyentuh punching bag tersebut. Satu kali, dua kali, entah berapa kali dia menumbuk dan menendang punching bag tersebut pun dia tak sedar. Apa yang pasti, dia tak boleh berhenti.
BUK ! BUK ! BUK !
"Arman, mulai hari ini, I nak Qaid digantung tugas selama tujuh hari".
"Digantung..tugas. Dia gila ke ?", suaranya kedengaran tegas, namun melirih dan separa berbisik.
Tujuh hari memanglah bukan waktu yang lama, tetapi untuk digantung tugas, dia tak pernah terfikir untuk semua ni berlaku. Semua ni, hanya akan merosakkan semua reputasi dia sebagai ahli ACES yang dah susah payah dia jaga sebelum ni.
Dia terhenti seketika. Nafas tercungap. Pandangannya kabur oleh peluh di dahi, dan sesuatu yang makin berat dalam dada. Darah mula meleleh dari buku lima dan membasahi tape yang ada, tapi Qaid tak kisah. Sakit itu tak cukup untuk hilangkan rasa bersalah yang bersarang di dada.
"Aku buat macam - macam. Cederakan diri aku, sampai hilang macam - macam. Bila dia datang, keputusan gila ni yang dia buat ?" Qaid tunduk. Bahunya jatuh. Nafasnya kasar. Tape putih yang berlumuran darah tu masih melekat di tangan, tapi ikatannya semakin longgar. Dia buka ikatan itu perlahan - lahan, mendedahkan buku limanya yang membengkak.
"Kau deserve semua ni, Qaid."
Dia jatuh terduduk, lalu lantas sandarkan tubuh ke tiang bilik tersebut. Tape yang sudah dibuka dicampak asal - asalan ke merata - rata tempat sambil dia cuba mengatur nafas.
"Satu silap. Satu."
Tangannya yang berdarah digenggam semula. Matanya dipejam rapat.
"Satu silap and semua pengorbanan dilupakan. Aku tak layak pun jadi pelindung dia..."
Nafasnya berat. Bahunya bergetar, bukan sebab keletihan, tapi sebab sesuatu yang mencengkam dadanya terlalu lama.
Tangan dia yang berdarah dah terkulai di sisi, tapi mata dia masih terpejam. Dalam keheningan bilik latihan tu, akhirnya buat kesekian kalinya keluhan berat terlepas juga.
"Aku minta maaf. I should've came sooner", Qaid raup wajahnya. Kepalanya dipalingkan, memandang ke arah luar tingkap yang gelap gelita.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)