ten

59 7 4
                                        


"BUDAK ! Kau jangan lari !"


Tak mempedulikan suara yang cuba menghentikan dia itu, dia masih lagi laju berlari. Derapan kakinya membelah kesunyian malam saat dia menjejakkan kaki ke lorong - lorong yang sepi. Manusia yang sedang membanjiri kawasan tersebut juga semudah itu dia lepasi, sedangkan langkah orang yang mengejarnya makin mendekati.






"Tolong ! Jangan lepaskan dia ! Dia rompak saya !"



Serentak dengan arahan tersebut, beberapa orang yang tadinya nampak tak akan peduli terus memandang ke arahnya dan mula bertindak untuk menghentikannya. Ada yang sudah mula mengejarnya, ada juga yang mendepakan tangan untuk menghentikannya. Namun, pastinya tidak berjaya. Tubuhnya licik melepasi mereka.

Namun tatkala ada tangan yang merentap tubuhnya dan menariknya ke sisi, Qaid tak boleh melawannya lagi. Kakinya terasa terhenti sebelum dia hampir terjatuh. Lehernya dicekak dari belakang dengan lengan, menahan langkahnya dari terus dibuka untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dia panik. Meronta - ronta dia minta dilepaskan.



"Lepaskan aku ! Aku cakap lepas !"


Pintanya atau lebih tepat paksanya. Dia mahu dilepaskan, sebelum lari dengan sejumlah wang dan beg tangan yang sempat disapunya tadi. Beg tangan tersebut terus dirampas, dan dipulangkan kepada pemiliknya yang merupakan seorang perempuan tua yang nampaknya sudah berjuraian dengan air mata.

Qaid yang meronta, akhirnya diam juga selepas salah seorang dari mereka menumbuk paha kirinya. Qaid terteleng. Cecair merah mengalir di sudut bibirnya. "Kau budak muda yang masih sihat, boleh bekerja. Tubuh badan pun sempurna tapi masih lagi nak mencuri pada orang tua yang tiada apa - apa ?! Tak ada adab" lelaki di depannya berkata, menamparnya lagi.


Qaid merengus, menepis tangan lelaki itu kasar. "Kau tak faham masalah hidup aku ! Lepas ! Aku perlukan duit tu !" katanya kasar, memandang ke arah mereka semua dengan mata garangnya. Sekali lagi, pipinya menjadi mangsa tumbukan lelaki. Kawasan tersebut terus menjadi gamat selepas apabila secara tiba - tiba ada lelaki yang bertindak membelasahnya, mengatakan kalau dia adalah budak muda yang tidak guna.

Tubuhnya terjatuh ke atas jalan. Seluruh tubuhnya juga dipukul dan dipijak - pijak oleh lelaki - lelaki yang jumlahnya bukan sedikit. Qaid merengis. Sakit pada bahagian abdomen kerana dipijak terus memenuhi seluruh tubuhnya. Lama - kelamaan, dia sendiri dapat merasakan tubuhnya semakin lemah dan lembik dikerjakan mereka semua. Sungguh, tenaga remaja tak setanding dengan tenaga orang dewasa.




"Aku cakap kalian semua tak faham situasi aku !"





Qaid menguatkan diri, berdiri sebelum beberapa orang lelaki tersebut ditolaknya. Entah dari mana dia mendapatkan sejumlah tenaga tersebut. Yang pasti, dia berasa lebih berani. Lelaki tersebut semuanya 'dihadiahkan' dengan teknik silatnya yang sebenarnya tidak seberapa dan sepatutnya boleh diasah lagi. Namun, baginya itu sudah cukup untuk membuatkan lelaki itu berundur, meninggalkan dia selepas dia turut mendapat kecederaan yang sama.



Remaja itu terduduk, menahan sakit di seluruh tubuhnya. Darah yang mengalir di beberapa bahagian tubuhnya terus dia kesa, yang menjadikan dia berkerut sendiri menahan sakit yang bukan sedikit pastinya. Dia menguatkan diri, bersandar pada dinding sambil ganas mencuri oksigen yang kian terhad memasuki peparunya. Keluhan berat terlepas.



Tak, dia tak pernah diajar mencuri.



Mak dan ayahnya tak pernah ajar dia menjadi orang yang jahat.



Tapi situasi. Situasi memaksanya. Terus - terusan memijak kesabarannya.





Dia dikatakan bersalah dalam kes buli yang berlaku di Calla Lily Academy, sekalipun yang menjadi punca adalah lelaki bermulut lancang yang menyiram minyak ke api yang panas membakar. Lelaki tersebut menguji kesabarannya yang memang terkenal senipis tisu yang disiram air. Dan disebabkan oleh tuduhan melulu tersebut, pengetua dan orang orang penting dalam akademi tersebut bertindak membuangnya.

Gila. Dalam keadaan dia yang masih dihantui dengan kehidupan remaja yang semakin mencengkam semuanya, dan di saat darah mudanya bergelodak, keputusan tersebut baginya terlalu melampau dan lebih untuk dia terima. Tanpa sebarang soal siasat dan keterangan daripada kedua - dua belah pihak, ibu bapa budak bermulut lancang, yakni Ahmad Badri mengatakan tegas untuk membuang Qaid.



Ini semua bullshit ! Mereka yang mengutuk dia dahulu !


Disebabkan semua itu, dia berasa malu. Identitinya yang susah payah dia jaga, nama baik keluarganya yang susah payah dia bendung terdedah begitu sahaja. Ibu saudaranya agak terkilan, tapi tak pula dia menyatakan rasa benci terhadap anak saudaranya selepas dia mengetahui hal sebenarnya. Cuma, ini lumrah hidup seorang Qaid. Dia lari rumah, kerana mengikut kata hati dan kepala sendiri.

Qaid merengus kasar. Tin di depannya disepak sampai terpelanting. Bayangan kedua - dua orang tuanya memenuhi ruang mata. Dia tak suka apabila fikirannya mengingati mereka dalam keadaan marahnya sedang meluap. Dia tak suka melihat wajah sedih dan kecewa mereka atas apa yang dia lakukan. Dia tak suka apabila ada orang yang menyalahkan mereka atas perubahan drastik dirinya.




Yang salah hanya dia. Bukan mereka.





Entah berapa lama dia termenung di situ, memerhati arusan jalan raya yang kian sesak apabila menjelang petang. Orang yang lalu lalang juga dipandangnya tanpa rasa apa - apa. Kosong, seperti tin di depannya. Qaid keliru. Kemana pula hala tujunya dalam keadaan poket kering ini. Kalau duit tadi ada dalam genggamannya, dia boleh mengisi perutnya yang sudah berkonsert.



Di saat itu, ada seorang lelaki asing berdiri di depannya dengan pakaian serba hitam. Matanya memandang ke arah Qaid, sebelum Qaid bertindak untuk berdiri. Akhirnya, lelaki tersebut menghalang tindakannya sebelum dia ketawa kecil. "Chill. Aku cuma nak bercakap sedikit dengan kau" pujuk lelaki itu, yang terus menghentikan langkah Qaid.


"Apa yang kau nak ?" Soalnya, kasar kerana dia malas hendak melayan lelaki itu lagi. Rengusan Qaid disambut dengan senyum sinis. "Aku nampak, kau ada potensi dalam seni pertahanan diri. Mungkin, kau kurang berlatih jadi skill kau tak sebagus dulu. Skill ni diibaratkan sebagai pisau. Harus selalu diasah agar sentiasa tajam" lelaki tersebut berkias dan keputusannya salah. Qaid tak suka kiasan.



"Aku tak suka kiasan. Straight to the freaking point"

"I fallen in love with your skill, and we are honored to invite you join our team. What do you think ? Deal ?"


Lelaki tersebut menghulurkan tangannya, ingin mengikat sebuah perjanjian. Qaid memandangnya. "Apa yang aku akan dapat kalau aku join team kau ?" Qaid bertanya, sebelum lelaki didepannya ketawa sinis sekali lagi. Senyum nipis terukir di bibirnya. "Since it's for the sake of my love one, so.." lelaki itu menyeluk poket seluarnya.




"You'll get money or pay everytime you've done the mission. We work with great people, so the pay is great also"

"How much ?"

"Hm, RM15k a day ?"


Qaid gigit bibir. 15 ribu. SEHARI. Siapa yang akan bagi dia duit sebanyak itu dalam satu hari bekerja ? Qaid hela nafas berat. Lelaki tersebut hulurkan tangan sekali lagi. Selepas berfikir, huluran lelaki tersebut disambutnya.




"Deal"

"Well, congratulations. Welcome to Aces Team"




-nadya, 010924, 12:32AM




cringe, hambar, lapuk.
happy birthday Jungkook ! ᡣ𐭩

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang