"NAYLA dah ambil semua barang ? Sure tak ada tertinggal apa – apa ?"
Nayla gelengkan kepalanya mendengar soalan daripada Azhar. Rambutnya masih disisir di depan cermin, sebelum klip rambut lili kesayangannya diletakkan di belakang kepala. Dia senyum sendiri. Gaya rambut dengan klip tersebut sudah bagaikan trademark dia.
Tubuhnya dipalingkan, lalu dia melihat barang – barang kepunyaannya sudah siap dikemas ke dalam sebuah beg. Katil hospitalnya juga telah siap dikemas. Hanya ada beberapa barang yang akan dia bawa sendiri bila dia berjalan keluar nanti. Nayla keluh berat.
Tak, Qaid ni mana ? Dia tak habis lagi menjawab soalan Nayla, sekarang larikan diri pula ?
Nayla cuit bahu ayahnya, sebelum lelaki itu berpaling. "Kenapa ? Nayla nak apa – apa ke ?", Azhar menyoal sebelum Nayla gelengkan kepalanya. "Kenapa Qaid tak datang ? Dia ada kata nak ambil Nay kalau Nay dah discharge nanti. Ni, batang hidung pun tak nampak ?" katanya.
Azhar juga bagaikan perasan sesuatu. Kalau Nayla tidak bertanya, memang dia tak perasan kalau hari ini, Qaid tidak sibuk mengikutnya seperti selalu. Kalau tak, ada sahaja tubuh tingginya itu mengikut langkahnya. Azhar juga pelik dibuatnya.
"Dia tak nak ikut, tuan. Saya tanya tadi, katanya malu. Itu yang dia suruh saya dengan Khai je yang datang. Apa yang dia malu pun entah," suara lelaki menyoal di hujung pintu. Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Aiden Aisar sekadar angkat bahu dan mengeluh.
Malu ? Nayla terus gigit bibir sendiri sambil pegang perut. Ketawanya cuba ditahan daripada dihamburkan. Ini semua mesti sebab dia yang sibuk bertanyakan soalan yang pelik – pelik dekat Qaid, sampai lelaki yang dia anggap tak tahu malu itu akhirnya tak tunjukkan muka hari ini.
"Eh, Cik Nayla ! Kenapa pegang perut ? Gastrik ke ?", Khai yang melihat Nayla memegang perut terus bertanya. Nayla angkat wajah lalu ketawa kekok. "Eh ! Tak adalah ! Saya okey je," Nayla sengih sebelum Khai sekadar angguk dan urut dadanya.
"Ingatkan kenapa tadi. Qaid suruh tengokkan cik. Takut sakit katanya," Khai berkata sebelum dia juga sengih sendiri. Dia pun sebenarnya sudah cukup maklum kenapa Qaid tak nak munculkan dirinya hari ini. Dia juga sebenarnya salah satu punca, tapi biarlah dia diamkan diri sahaja.
Nayla sengih lalu gelengkan kepalanya. "Tak payahlah panggil 'cik' beria. Lagipun, awak dua tahun muda daripada saya. Just call me Nayla or Nay," Nayla kenalkan dirinya lalu Khai sekadar buat jadi tanda 'okey' sebelum turut senyum memandang Nayla.
"Instead of Nayla, can I just call you 'sweetheart' instead ?"
Ah, sudah. Nayla sekadar ketawa kekok melihat Aiden yang sudah senyum nipis memandangnya, sebelum Nayla sekadar menunduk kembali. Tangannya mula mengambil semula semua barang – barangnya. Ya Allah, janganlah datangkan orang yang lagi gatal daripada Qaid untuk dia.
Khai siku pinggang Aiden sambil jegilkan matanya. "Kau ni, nak test market pun dekat orang lain lah. Kau nak kena tendang keldai dengan si Qaid tu ke apa ?," Khai bertanya lalu tawa Aiden meletus. "Funny right ? Qaid tu boleh jatuh cinta rupanya. Ingatkan songsang," Aiden dan Khai ketawa besar.
Azhar sekadar gelengkan kepala sebelum berdehem kuat. Automatik, dua lelaki yang tadinya berdiri lemah longlai sambil bersandar ke dinding terus berdiri tegak bagaikan ingin menyanyikan lagu Negaraku. Azhar alihkan pandangannya memandang Nayla semula.
"Nayla duduk dengan ayah dekat rumah ayah, ya ? Rumah tu tak ada sesiapa pun. Ada beberapa maids dengan tukang kebun je. Mereka ni pun just datang kalau ayah suruh atau pun datang dengan beritahu," Azhar berkata sebelum Nayla anggukkan kepalanya. "Boleh je, ayah. Nay, okey je," senyum terukir di bibirnya. Dia masih belum terbiasa dengan gelaran ayah tersebut, jadi dia perlukan sedikit masa.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)