seventy-one

7 1 0
                                        




JERITAN kecil keluar dari sela bibirnya apabila merasakan tubuhnya diseret tanpa belas di lantai gudang. Tanpa menunggu lama, tubuhnya dihempas ke atas lantai, memberikan rasa perit ke seluruh tubuh yang sudah tersedia melemah. Nafasya bertambah laju, sebelum tubuhnya akhirnya terbaring lemah di atas lantai.




Pandangan matanya masih berbalam - balam, hujung kepalanya juga terasa bagaikan ada cecair hangat yang mengalir. Tangannya menggeletar namun masih mampu digenggam kemas. Ketika itu, pandangannya dapat menangkap beberapa orang lelaki yang menyembunyikan wajah mereka dengan topeng celoreng yang buruk.




Dia keliru dengan keberadaanya sekarang. Sedarnya dia dari pengsan tadi pun, hanya disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian tubuh badannya saat dia diseret masuk ke dalam ruangan ini. Dia sempat terjelopok, yang membuatkan lelaki - lelaki itu berang dan akhirnya menghempaskan tubuhnya tanpa belas kasihan.




"Siapa kau ? Kenapa kau buat aku macam ni ? Lepaskan aku lah !", dalam sela nafas dan kekuatan yang masih tersisa, dia menghamburkan marah yag tersimpan lama. Bibirnya diketap sebelum lelaki di depannya ketawa sinis. Nafasnya terhincut apabila lelaki itu mencengkam dagunya dengan tangan kasar.





Dia merengus, sebelum lelaki itu ketawa puas. "Lepaskan kau ? Apa yang akan kami dapat ? Kami cuma ikut arahan daripada bos kami. Dia suruh kami bersuka - ria dengan kau dulu sebelum dia, habiskan kau," lelaki itu senyum sinis. Perempuan itu - Nayla yang juga bagaikan naik berang terus menendang lelaki itu sehingga lelaki itu jatuh ke belakang. Tindakan refleks tersebut hanya mengundang marak dalam api kemarahan.





"Apa masalah kau ni, perempuan ?!",seorang lagi lelaki bertanya lalu mendekatinya. Tangannya digenggam lalu dia rasakan tubuhnya melayang. Tubuhnya yang masih terikat dengan tali hanya mampu pasrah di saat dia merasakan tubuhnya terlalu ringan sehingga tercampak mengenai dinding gudang yang terlalu usang. Nayla merengus sakit. Air matanya tumpah kerana kesakitan yang sulit untuk dia telan. Terasa perit dan sesak di dada dicampur dengan rasa keliru tentang apa yang berlaku. 





"Kau nak apa dari aku ? Aku tak kenal siapa kau semua. Kalau betul kita kenal, anggap jelah antara kita berdua dah selesai !," tubuhnya berundur, ingin menjauhkan diri dari lelaki yang masih mendekati dirinya. Walaupun dengan wajah mereka yang ditutupi dengan topeng, Nayla tahu niat jahat mereka.




Semua fikiran negatif dan firasat jahat mula memenuhi benaknya. Tatkala bahagian belakang tubuhnya menyentuh dinding gudang, giginya digeserkan sedikit tanda putus asa. Lelaki itu semakin mendekati sehingga berdiri di depannya kini, sedangkan dia tidak menjumpai sebarang jalan untuk keluar dari neraka ini. Matanya melilau, sebelum rahangnya dicengkam kuat dan memaksanya memandang ke satu arah

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang