WIOOOOOO !
"Mak kau kancil terbang !"
Penutup mata berwarna ungu yang membantu tidurnya terus dibuka dari menghalang pandangannya. Bahunya terhincut. Tak guna ! Siapa pula yang pasang megaphone di pagi yang indah ni ? Sampai hati dia hancurkan mimpi indah yang sudah dia atur sejak tengah malam !
Nayla duduk di atas katil. Nafasnya laju, menahan amarah sebelum selimut diltolaknya kasar ke tepi. Dengan kaki yang berjalan sambil dihentakkan, Nayla mendekati tingkap kamar tidurnya. Matanya membulat apabila matanya sudah menangkap manusia, atau patut dia panggil penjenayah pagi itu.
Qaid ! Tak guna !
Kunci tingkap ditolak ke tepi sebelum dia membukanya. Nayla pegang bahagian tepi tingkap, digenggamnya kuat. "Apa masalah kau ? Nak kena hempuk dengan heels aku ke ?!" Nayla menjerit. Qaid angkat wajah sebelum senyum sinis. Tangannya dilambai tak bersalah ke arah Nayla sebelum sesuatu di lehernya diambil dan diletakkan di celah bibirnya.
PRETT !
"Rise and shine, little one !" sapa Qaid dengan suara berfrekuensi tinggi. Nayla ketap gigi. Entah berapa kali dia menyumpah seranah lelaki itu dalam hatinya. Tak guna punya lelaki. Tak cukup megaphone, siap bawa wisel sekali ? Tolong, sesiapa yang volunteer untuk pukul dia untuk Nayla.
Nayla menumbuk perlahan besi tingkap. "Tak payah nak mesra dengan aku, ya ? Apa kau nak datang rumah aku pagi - pagi ? Tak malu ke datang rumah anak dara orang ?" Nayla menyindir sebelum Qaid angkat bahu. Jam tangan di pergelangan tangannya dipandang sekilas.
"Come on, Nayla. It's 9:am. Sepatutnya kau dah tinggalkan katil, gerakkan sendi dan bayar hutang oksigen untuk badan kau tu. Move a bit ! Tuhan bagi sendi bukan untuk tidur je !" Qaid menyindir sinis, tangannya dicekak di pinggang. Perempuan itu ketap gigi. Besi tingkap menjadi mangsa tumbukannya lagi.
Wajah Qaid menjadi mangsa jelingan tajamnya. "Kau tak penat - penat ke ? Semalam dah berkejaran. Harini why not kau pergi balik tidur !", Nayla mencadangkan sebelum Qaid geleng kepala. "Kau perlukan semua ni untuk latih kardio kau. Cepat !", Qaid terus pergi dari tingkap rumah Nayla. Nayla merengus. Tingkap rumah dihempasnya kuat. Kasar kakinya menghentak lantai sambil menuju ke kamar mandi.
Dengan waktu yang diberikan kepadanya, Nayla bergegas siapkan diri. Dia terus sarungkan t -shirt berwarna putih bersama seluar tracksuit. Disebabkan dia tahu betapa dinginnya pagi itu, dia sambar juga sehelai jacket sebelum disarung ke tubuhnya. Selepas itu dia jalan menuruni tangga.
Saat dia buka pintu, matanya dihidangkan dengan pemandangan Qaid sedang meregangkan badannya sambil menghadap ke arah taman bunga. Nayla mencebik. Apa ? Qaid ingat dengan buat macam tu, menayangkan bentuk ototnya, Nayla akan mengaku yang dia lebih kuat ? Boleh jalanlah, bro.
Qaid yang perasan seolah - olah ada kelibat manusia di belakangnya, dia terus balikkan tubuh. Nayla sedang memeluk tubuh, memandangnya dengan wajah yang mencebik. Qaid lambaikan tangan. "Konnichiwa ! Good Morning !", sapanya mesra sebelum Nayla senyum nipis. Cebikan masih ada.
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...