Dua bulan kemudian..
MATANYA dibuka saat mendengar pintu bilik air diketuk dari luar. Matanya diusap sebelum tubuhnya disandar lemah ke dinding bilik air. Tanpa niat ingin membuka pintu, dia hanya memandang pintu tersebut dengan pandangan yang kosong dan bibirnya yang sedikit menggeletar.
"Qaid ? Awak okey ? Boleh saya masuk ?", Nayla memanggil sebelum Qaid menghela nafas berat, lalu akhirnya memegang sisi sinki dan menguatkan dirinya untuk berdiri. Dia perhatikan dirinya di depan cermin sebelum sekali lagi dia mengeluh.
Wajahnya pucat dan rambutnya juga tak terurus. Akhirnya dia menunduk, lalu tangannya ditadah dan wajahnya dicuci dengan air supaya bertambah segar. Selepas itu, dia buka pintu bilik air dan Nayla masih berdiri di situ dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Sayang.."
Dia merengek kecil sebelum jatuhkan tubuhnya ke dalam pelukan Nayla. Nayla terus peluk tubuhnya erat sambil menggosok - gosok belakangnya. Tangannya pula diletakkan di leher Qaid.
"Awak okey ? Badan awak panas. Saya rasa awak demamlah, Qaid," Nayla berkata lalu Qaid terus angkat kepalanya dan memandang ke arah Nayla. "Tak pernah tahu tak dalam sejarah hidup saya, saya demam sampai muntah macam ni. Tak percaya, tanya mak-eh, mak saya dah tak ada," katanya.
Nayla terus pukul dada Qaid sampai lelaki itu menyeringai sikit. Budak ni. Dalam keadaan serius ni pun, boleh lagi nak buat lawak yang langsung tak buat Nayla rasa nak ketawa !
Baru Qaid nak buka mulut semula, wajahnya berubah merah sebelum dia berjalan melepasi Nayla dan lolos ke dalam bilik air. Dari luar, Nayla dengar yang Qaid muntah lagi sebelum akhirnya Nayla tepuk dahinya sendiri.
Sejak tadi, itulah yang dia kena hadap ! Bersembang dua tiga minit, lepas tu Qaid lari dan muntah lagi ! Apalah yang tak kena dengan laki dia tu !
"Sayang ! Saya rasa awak macam kena guna - guna je ni ! Nak saya bawa awak jumpa ustaz ke tak ?", Nayla menyoal sambil mengetuk pintu bilik air. Dari luar, dia mendengar Qaid bagai sedang mempersoal tindakannya.
"Guna - guna kepala awak ! Awak ingat saya kena santau ke apa ?", Qaid menjerit dari dalam bilik air sebelum pili air dibuka dan mulutnya dikumur serta wajahnya dibasuh supaya bertambah segar. Qaid helakan nafas berat, hampir merengus kerana dah penat berlari sana - sini untuk muntah.
Qaid keluar lagi dari bilik air. Kali ini, dia tidak mendekati Nayla, sebaliknya dia terus campakkan tubuhnya ke atas katil dan menutup mata. Acara muntah yang berlangsung tadi betul - betul menarik habis semua tenaga dalam tubuhnya. Nak buka mata pun dah rasa malasnya !
Nayla hanya perhatikan suaminya sebelum dia duduk berlutut di tepi katil. Wajah Qaid yang berpeluh tipis dan nafasnya yang sedikit tak teratur dia usap lembut dengan jari - jarinya.
"Awak rehat dulu, okey ? Kalau sampai petang awak tak sihat, kita pergi klinik, boleh ?", Nayla menyoal sebelum Qaid anggukkan kepala lalu tarik bantal menutup wajahnya. Nayla anggukkan kepala lalu tarik selimut menutupi separuh tubuh lelaki itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)