DERAP langkahnya dibawa tenang melangkah masuk ke dalam dewan utama akademi tersebut. Lautan manusia yang menghalangi jalannya semudah itu dia lepasi. Beberapa pasang mata sudah tertumpu ke arahnya, tetapi dia tak ambil pusing. Dia teruskan berjalan sehingga duduk di kerusi, sebaris dengan sahabatnya.
"Kau dari mana ? Lambat pula ?" Tiara menegur. Cermin lipatnya disimpan semula dalam poket kemeja sebelum dia memandang ke arah rakannya yang sedang memandang ke arah kukunya. Nayla pandang rakannya sekilas dan tumpuannya kembali ke arah hadapan. "Ada hal. Mommy panggil aku naik pejabat dia" jawabnya.
Tiara malas berbual panjang, hanya angguk dan turut memberi 80 peratus tumpuan ke arah hadapan, di mana pengerusi majlis sudah memulakan acara dengan pembuka kata dan pengenalan kepada tetamu - tetamu terhormat. Bibirnya buang keluh panjang. Tak lain tak bukan, mesti lama dia perlu duduk dalam dewan ni.
Ia merupakan acara yang ditunggu - tunggu oleh semua pelajar dalam Calla Lily Academy, iaitu hari di mana mereka akan mengetahui siapa pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam ujian semester akhir mereka. Walaupun ada segelintir dari mereka yang sudah mengetahui siapa penyandang giliran tersebut tahun ini, tapi mereka mahu tahu tekaan siapa yang benar belaka.
Selepas beberapa tetamu terhormat dipanggil untuk berucap, seisi dewan terus kelam tanpa sebarang cahaya lampu. Dengan suasana yang secara tiba tiba menjadi senyap sunyi kerana lampu yang sudah ditutup, dewan tersebut hampir kelihatan tidak mempunyai seorang pun manusia. Namun begitu, ada juga yang berbisik - bisik menyatakan kejanggalan hari itu.
"Now, we would like to announce The Best Student of Calla Lily Academy for this year"
Pengumuman gemilang si pengacara majlis disambut dengan tepukan gemuruh oleh para pelajar. Dari dua pasang telinga Nayla, dapat dia tangkap suara mereka yang menyebut namanya dan meneka bahawa dia adalah pelajar cemerlang tersebut. Namun, ada juga yang menyebut nama Qaid Farran dan menyatakan isi hati mereka kerana ketidakhadirannya pada hari itu.
"Please give a round of applause to The Best Student of Calla Lily Academy for this year, Nayla Iemelda !"
Lampu putih yang menyorot wajahnya langsung dia tak pedulikan. Riak wajahnya masih biasa, dengan senyum tipis yang tidak terlalu lebar. Dia berdiri, memandang sekeliling dewan yang kini gamat dengan bunyi tepukan gemuruh oleh para ahli akademi yang lain. Di skrin belakang pentas, sudah ditayangkan wajahnya berserta Tiara di tempat kedua dan Qaid di tempat ketiga.
Langkahnya dibawa mendekati pentas, sebelum pihak yang dijemput menyerahkannya hadiah sebagai tanda penghargaan atas usahanya sehingga sampai di tahap begini. Nayla angguk, sebagai tanda terima kasih sebelum dia menuju ke arah di mana pengerusi majlis berada dan mula memberikan sepatah dua kata. Di akhir ucapannya, dia sekadar mengucapkan terima kasih sebelum kembali ke tempat duduknya.
Dia tunduk memandang ke arah hadiah yang diterima dalam tangannya. Boleh dikatakan setanding dengan usahanya selama ini dalam menjadi pelajar terbaik. Dalam diam, bibir Nayla mengukir senyum. Dia akan meninggalkan akademi ini. Akademi yang menjadi tempat dimana dia perlu menjadi pura - pura sempurna demi dua nama.
Maria dan Wildan.
─────────────
NAYLA labuhkan duduk atas katil empuk kamar tidurnya sebelum terus berbaring di situ. Nafas berat dia hela. Tali leher yang dipakai terus dilonggarkan, begitu juga dengan ikatan rambut dan pin bunga yang sentiasa tersisip di rambutnya. Matanya diusap. Letih dan kebosanan terus bergabung menjadi satu dan akhirnya akan meletus bila bila masa.
Dia sendiri. Bukannya dia tak biasa begini cuma kali ini, hatinya berasa agak kecewa dan iri dengan sahabat sendiri. Tiara dan Mak Nah telah keluar bersama untuk pergi makan malam di luar untuk meraikan kejayaan Tiara yang sudah menghabiskan tempoh pengajiannya di akademi tersebut. Walaupun Tiara sudah mempelawanya, tapi Nayla menolak. Katanya, biarlah mereka anak beranak meluangkan masa berharga bersama - sama.
Kejayaan Tiara menurut Tiara sendiri tak setanding dengan apa yang Nayla ada. Cuma, Tiara diraikan selayaknya yang dia dapat. Sedangkan dia ? Best student setiap tahun sekali pun apa saja yang dia dapat daripada orang tuanya ? Sekadar ucapan tahniah daripada Maria, itu pun kerana dia yang menyampaikan hadiah. Jika tidak ? Satu ucapan pun tak keluar dari mulut mereka.
Cuba beritahu dia, apa yang dia tak lakukan untuk kebaikan mereka berdua ? Belajar hingga lewat malam ? Menjadi pelajar terbaik setiap tahun ? Menang setiap pertandingan cello yang dia sertai ? Walaupun sebenarnya bukanlah ucapan ringkas tersebut yang dia pinta, dia cuma mahu mereka menunjukkan dia secebis kasih sayang yang dia dah lama mahukan. Sejak kecil.
Dia sudah biasa, seolah - olah terdidik untuk mencari kasih sayang daripada orang lain. Dengan keluarga Mak Nah lah tempat dia mengadu dan menceritakan semua keluh kesah dalam dadanya. Dengan mereka jugalah tempat dia berkongsi tawa selain berkongsi duka. Di rumah kecil mereka itulah dia sering tumpang tidur, kerana mahukan keselesaan seorang ibu bersama Mak Nah.
Dalam kesibukan dia mengelamun tentang nasibnya, ketukan pintu terus menganggu dirinya. Dengan pantas dia duduk dari baringnya, dan berdiri sebelum berjalan mendekati pintu.
Sebaik pintu dibuka, figura Wildan berdiri di depan pintu tersebut dan mengundang keluhan berat di bibir Nayla. Tak pernah dia berdiri di sini. Apa saja hajat yang dia ada.
"Yes, papa ? Ada apa tercegat depan pintu bilik Nayla ni ?" Dia bertanya, sebelum tangannya terus tersilang di dada. Wildan yang sudah tersengih sinis terus menolak pintu supaya terbuka lebih luas sebelum turut menolak tubuh Nayla ke dalam bilik tersebut. Mata Nayla terbuntang, apa lagi selepas tangannya dipegang kemas oleh lelaki tersebut.
"Maria's not here so, why not ?"
-nadya, 3:08 PM

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...