Interrogation 1 - Naufal Hayder Helmi
RUANG siasatan itu malap, hanya satu lampu bulat bergantung rendah yang menjadi sumber cahaya bilik tersebut - Seolah-olah bilik itu memang direka untuk menekan minda siapa sahaja yang duduk di kerusi di tengah-tengahnya.
Hayder Naufal Helmi duduk tegak, tangan bergari. Wajahnya keihatan tak puas hati, tambahan pula dia sedikit merungut apabila merasakan lebam di bahagian dagunya berdenyut setiap kali wajahnya berkerut. Dia pandang sekeliling, sebelum pandangannya mati ke arah pintu yang terbuka oleh seorang lelaki, diikuti dengan seorang lagi lelaki yang melangkah masuk.
Hans melangkah mendekati meja tersebut, lalu berhentinya tepat di depan lelaki yang kini memandangnya bagai harimau kelaparan. Hans letakkan fail coklat muda di atas meja, lalu menolaknya di depan Hayder. Dibukanya satu muka surat yang memaparkan beberapa gambar kamera litar tertutup yang dapat mereka akses.
“Hayder,” Hans mulakan dengan suara rendah. “Kau bekas tentera. Kau tahu beza antara bom buatan pasar malam dengan C4. Kau tahu tahap kerosakan yang boleh terjadi. Kau ubah suai, and put the deadly cyanide.”
Hayder diam, hanya pandang balik ke arah Hans.
“Jadi aku tanya sekali je.” Hans tunding jarinya ke arah gambar bukti letupan di fail. “Kau ada kaitan dengan letupan ni?”
Hayder hanya pandang Hans kosong, sebelum merengus. "Kau expect aku nak jawab lepas kau tangkap aku without basa - basi ? You arrested me in front of my children. They're still a kid !", Hayder membentak sebelum Hans mengeluh. Cermin mata langsung ditanggalkan sebelum dipandang Hayder lama.
"Kau patut fikir pasal benda ni sebelum kau buat perangai,". Hans mengangkat kening perlahan, kemudian hela nafasnya panjang. “Anak kau?” suaranya merendah, tapi jelas menusuk. “Kau tahu tak masa kami tangkap kau, budak tu menangis sampai hilang suara. Anak perempuan kau, merayu dekat polis jangan ikat tangan kau. Kau rasa aku tak nampak?”
Hayder mengetap bibir, wajahnya makin tegang. Matanya merah, berair seketika, tapi dia pantas tunduk, cuba sorokkan reaksi itu.
Hans menyandar sedikit, nada suaranya lebih dalam. “Kau boleh tipu aku, kau boleh buat-buat keras hati tapi kau tak boleh tipu air mata anak kau. Kau fikir bila kau buat kerja kotor ni, siapa yang akan tanggung bila kau hilang? Mereka.”
Hud yang berdiri di hujung meja bersilang tangan, hanya memerhati tanpa bersuara, tapi renungan tajamnya menikam terus ke arah Hayder.
Hans tunduk sedikit, tubuhnya rapat ke meja, suara semakin rendah tapi berbisa.
“C4 bukan benda main-main, Hayder. Kau tentera, kau tahu. Kau tambah cyanide, itu bukan sekadar letupan. Itu pembunuhan senyap, gasnya boleh bunuh lebih cepat daripada serpihan bom tu sendiri.” Hans menolak fail itu lebih dekat ke arah Hayder, jari telunjuknya mengetuk gambar bekas letupan.
“Kau tak boleh pura-pura clueless. Hanya orang yang ada akses, ada latihan, ada keberanian untuk main dengan benda macam ni. So aku tanya sekali lagi…” Hans renung tepat ke mata Hayder, suaranya tegas. "Apa peranan kau dalam serangan ni ?"
Hayder mendongak, nafasnya kasar. “Aku, aku memang pernah sentuh kotak tu. Yes. Tapi bukan aku yang susun bahan letupan. Aku cuma, aku diarahkan. Ada orang lain dalam bayangan.”
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)