fourty-one

30 2 1
                                        


TANGANNYA yang masih sibuk mengelap peluh yang merenek di dahi terus terhenti apabila melihat sebuah kereta terparkir di depan rumah kecilnya. Anduh di atas bahu dikemaskan sebelum dia mula berlari anak ke arah rumah tersebut, lalu mula memanjangkan lehernya untuk memandang ke sekeliling rumah. Saat kepalanya terpandang ke arah sebuah meja batu di luar rumah, matanya bagai dipenuhi dengan sinar.






"Wuih, nasi lemak !", suaranya kedengaran teruja sebelum akhirnya dia labuhkan duduk di sebuah kerusi. Tangannya sambung mengelap peluh sebelum akhirnya dia menghentikan tindakannya apabila melihat seorang perempuan sedang menuju ke arahnya. "May ? Bila kau datang ?", soalnya sebelum May mengeluh. Tangannya disilangkan di dada sebelum akhirnya dia membalas.








"Tadi. Hud 'kesayangan' kau tu lah yang sibuk suruh aku datang hantarkan makanan untuk kau and Nayla. Sebab tu lah aku datang. Tapi, aku sampai kau tak ada pula. Kau pergi mana ?", May menyoal panjang lebar sebelum memandang Qaid yang sudah membuka plastik yang terisi beberapa bungkus nasi lemak daun pisang. "Jogging. Tak jauh pun. Turun bukit ni and run few laps. Itu je", balasnya sebelum perempuan itu gelengkan kepalanya.






May mengeluh lagi sebelum duduk di kerusi depan Qaid. Tangannya dilipat sebelum diletakkan di atas meja supaya tambah selesa. "Kau ni, degil betul kan ? Kenapa tak rest je betul - betul sampai tangan kau sihat semula ? Orang dah bagi rumah cantik, kau masih nak merayap lagi", May menyuarakan ketidakpuashatiannya sebelum lelaki di depannya yang sudah menyuap nasi lemak akhirnya sekadar menggulingkan anak matanya.






Selepas semua isi dalam mulutnya ditelan, Qaid terus membalas. "May Zenia, walaupun tangan aku ni patah, tak kanlah aku nak duduk termenung je dalam rumah tu ? Menghadap phone tak pun tenung dinding sampai tembus ? Aku cuma nak kekalkan stamina. Takut nanti kalau aku ikut kau punya cadangan sampai anduh ni boleh buka, stamina aku drop pula. Susah nak maintain balik. Lagi satu, tangan aku yang retak, bukannya kaki sampai jalan pun jadi pincang !"








May sekadar gulingkan anak matanya. Memang macam tak ada guna dia nak beri nasihat kepada orang bertelinga kuali yang degil macam si Qaid ni. Orang bagi 10 nasihat, 10 jugalah bantahan yang dia keluarkan. "Apa - apa jelah. Kau ni kalau aku bagi nasihat memang laju macam air mengalir kau bantah. Malas aku nak layan. Ikutkan, aku nak biar je kau kebulur atas bukit ni. Tapi, fikirkan Nayla je aku hantar nasi tu", May terus mengalihkan pandangan, memandang ke arah kanan di mana bandar berdekatan dapat dilihat dengan agak jelas








"Oh, cakap pasal Nayla, kau ada jumpa dia ke ?", May menyoal, lalu mencapai sebungkus nasi lemak sambil memandang ke arah Qaid yang sudah berhenti mengunyah. Qaid terus menggelengkan kepalanya sebelum menyambung suapannya. "Tak. Kenapa aku nak kena jumpa dia ?", Qaid menyoal sebelum mata May terus terbuntang. Tangannya hampir sahaja nak mengetuk tangan Qaid yang berbalut anduh.

















"Kau tanya kenapa ? Kau dah minta maaf belum ?"











Qaid terus angkat wajah, memandang May dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan. Selepas habis dikunyahnya, dia terus merenyukkan kertas pembungkus nasi lemak yang sudah selamat diterima perut. Sambil itu, otaknya masih berfikir tentang kepentingan dia meminta maaf seperti yang dimahukan oleh May. Minta maaf, eh ? Dia pun sebenarnya jarang minta maaf dekat orang.







"Kenapa eh aku kena minta maaf ?", Qaid menyoal sebelum May terus menepuk dahinya sendiri. "Kau tanya kenapa ? Kau banyak buat salah dengan dia kau tahu tak ?", katanya lagi sebelum lelaki di depannya itu terus mengangkat tangan dan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. "Cup, cup ! Untuk pengetahuan kau, pertama, aku tak jarang minta maaf dekat orang sebab aku tahu aku anak yang baik. Kedua, aku ada buat salah dengan dia ke ?", katanya selamba.







𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang