" KENAPA tak call aku?"
Perempuan itu pada awalnya tidak mahu membalas, namun akhirnya dia mengangkat juga kepalanya. Wajahnya yang nampak lemah dengan mata yang kuyu terus menatap ke arah mata Qaid yang nampak garang dan penuh kekacauan.
"Aku..aku tak terfikir. Aku..takut..", Nayla membalas. Jarinya menyentuh lembut IV drip di tangan kirinya. Pandangannya sudah dilarikan daripada Qaid yang sudah mendekati katil hospitalnya. Hanya palang besi yang pisahkan mereka.
Hospital. Lagi.
Tak sampai beberapa hari dia kembali semula ke rumah kecil yang diberikan oleh ACES Team kepada dia sebagai rumah tumpangan, malam ini menjadi malam yang malang untuk dia. Dengan kaki dan tangan hasil terseliuh yang masih tak berapa nak pulih, ditambah lagi dengan luka di bahu kanannya.
Bertambah malang bila baru 2 jam keluar daripada bilik pembedahan, kepala masih lagi mamai kerana ubat tidur yang diberikan, tahu - tahu kena serang dengan Qaid yang nampak terlalu garang daripada biasa sampai Nayla hari ini tak berani nak melawan lebih.
Antara takut atau sakit, Nayla tidak tahu.
Qaid tepuk meja di depan katil Nayla. "Habis tu ? Apa yang kau fikir, hm ? Hadap lelaki tu seorang diri dengan badan yang tak betul lagi tu ? Kaki tempang, tangan still bengkak. Kau ingat kau boleh buat ?", soalanya kasar yang buatkan Nayla pandang dia sekilas lalu larikan pandangan.
Qaid berdecit. Terasa lah tu.
"Qaid, apa kau ni ? Dia baru je sedar, kau dah tembak dia macam - macam.", Nayla alihkan pandangan ke muka pintu, sebelum senyum lemah memandang May yang masuk ke dalam ruangan bersama perempuan yang tak dia kenali. Dalam tangan May ada satu beg kecil berupa tote bag berwarna hitam. Kedua - dua perempuan itu lantas melangkah masuk.
Teguran pedas daripada May itu terus membuatkan Qaid alihkan pandangannya daripada mereka. Wajah Nayla sempat dia berikan jelingan tajam sebelum dia membalikkan tubuhnya dan berjalan keluar daripada wad tersebut. May sekadar gelengkan kepalanya.
"Jangan layanlah si Qaid tu. Datang bulan agaknya", May menceceh sebelum meletakkan beg itu di atas meja di depan Nayla. Duduknya dilabuhkan di atas katil di hujung kaki Nayla. Senyuman manis dia hadiahkan sebelum tangan Nayla disentuhnya lembut.
"Nayla. Macam mana kau harini ? Okey ?", May bertanya sebelum Nayla mengangguk lemah dan lesu. Matanya beralih pada bahu kanannya yang berbalut, cuma ditutupi dengan baju hospital yang dipakai. "Nak okey sangat pun tak boleh. Bahu ni kena kuarantin lagi", balasnya sebelum disambut anggukan May.
May pandang ke kerusi di sebelahnya, sebelum akhirnya dia ingat akan sesuatu. "Oh, Nayla. Ini Laura. Kau tak pernah jumpa dia, kan ?", May sekadar memperkenalkan, sebelum Laura di sebelahnya lambaikan tangan ke arah Nayla. "Hi, Nayla. I'm Laura. We never met before but May did bragged about you a lot so I'm interested to know you", Laura berkata sebelum Nayla angguk, sebagai tanda berkenalan.
Tangan Nayla sekali lagi dicapai oleh May. "Ya Allah, Nayla. Rasa nak gugur jantung aku dengar Qaid jumpa kau kena tikam. Siap ada lelaki lagi yang tak sedarkan diri. Aku risau betul. Lega bila dengar kau baik je", May berkata sebelum menarik nafas lega. Perempuan itu sekadar senyum sebelum mengeluh.
"Aku tak tahu macam mana lelaki tu boleh tahu aku duduk dekat situ. I thought it's a remote area," Nayla berkata, ada nada kekeliruan dalam suaranya. Laura di sebelah May terus mengeluh, sebelum menarik kerusi dan mendekatkan diri kepada May dan Nayla.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romansa®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)