twenty five

15 3 2
                                    

DEWAN FILHARMONIK PETRONAS. Sebuah auditorium berbentuk shoe box yang terletak di Menara Berkembar Kuala Lumpur. Tempat di mana artis - artis orkestra bertaraf dunia berkumpul dan melakukan persembahan yang pastinya tidak mengecewakan peminat seni orkestra. Alunan muzik orkestra yang lembut bagaikan halwa untuk
sepasang telinga mereka.


Sebaik sahaja tukang karang menunjukkan tanda garis lurus dengan dua belah tangannya, seluruh ahli orkestra menarik nafas lega. Gamat kedengaran bunyi tepukan tangan sebagai tanda tahniah kepada rakan sekumpulan atau kepada diri sendiri atas percapaian. Soundcheck mereka berjalan lancar.




"Alright, everybody. Great works. Let's have a rest for 20 minutes and continue later"






Mendengar hal itu, satu persatu ahli orkestra bangkit meninggalkan kerusi mereka. Hampir setengah jam duduk kekal di kerusi yang sama, jelas mampu memberikan masalah tulang belakang kepada mereka. Alat - alat muzik mereka juga disimpan dengan rapi supaya boleh digunakan semula ketika soundcheck kedua.



Nayla, turut melakukan hal yang sama. Dia turut bangkit tinggalkan kerusi selonya. Selo berwarna perang yang kelihatan bersinar di bawah lampu pentas itu diletakkan kemas di tempatnya yang dibuat khas daripada besi. Selepas itu, dia berjalan menuruni tangga. Langkahnya mendekati barisan bangku baldu berwarna merah.




Tangannya mengambil sebotol air mineral, sebelum dibuka dan diteguknya. Duduknya dilabuhkan di salah satu kerusi. Sebelah tangannya digenggam menjadi penumbuk sebelum bahunya ditumbuk kasar. Lenguh. Terlalu lama membiarkan beban selo yang berat di satu bahu menjadikan bahunya sakit.





Celestial. Ia merupakan sebuah pasukan orkestra yang ditubuhkan di bawah Miciela Brown, guru selo Nayla. Memandangkan Nayla sudah lama menjadi anak murid di bawah naungannya, jadi Nayla diajak sama untuk mencari pengalaman dalam bidang seni yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jadi, Nayla tak menolaknya sama sekali.




Tubuhnya disandarkan ke kerusi lembut tersebut. Matanya memerhati langkah ahli lain. Ada yang sedang berehat membetulkan tulang seperti dirinya, ada juga yang sedang berbual kosong, ada juga yang sedang mencari peluang untuk memperbaiki diri sebelum persembahan orkestra yang sesungguhnya mendatang. Mata hazelnya hanya memerhati mereka, sebelum kembali tertumpu kepada fokus asalnya.




Ketika sedang sibuk mereka berehat, pintu utama auditorium itu ditolak kasar. Cahaya matahari tengah hari terus memancarkan sinarnya yang terus menarik perhatian Nayla. Dia terus balikkan tubuh. Matanya dikecilkan agar dapat difokuskan kepada sebuah figura di depan pintu. Melalui matanya, ia merupakan figura seorang lelaki yang kelihatan cemas.



Merasakan dirinya diperhatikan, lelaki itu gosok belakang lehernya sebelum tunduk sedikit sebagai tanda maaf. Mungkin, menyedari perbuatannya yang tiba - tiba membuatkan mereka berasa tidak selesa dan menganggu aktiviti mereka. Setelah itu, lelaki itu kembali menutup pintu. Nayla terus tarik wajah. Apabila tiada sinaran matahari yang menganggu pandangan, dia sudah lihat siapakah gerangan manusia tersebut.




Qaid. Kepalanya ditolehkan ke kiri dan ke kanan untuk mencari Nayla. Saat melihat dia berada di baris ketiga dari depan, Qaid terus dekati perempuan itu. Tak pasal - pasal dia berlari anak di dalam auditorium tersebut. Dia terus berdiri di sisi bangku Nayla, sebelum mengatur nafas yang laju bagai orang semput. Peluh yang merenek di dahi dia seka.




"Sorry, Nayla. Aku tak buka WhatsApp tadi. Sebab tu reply lewat", ujarnya. Kedua - dua belah telapak tangannya disatukan, bagai sedang menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Nayla masih fokus dengan memandang ke arah depan dipandangnya lama. Melalui cara perempuan itu langsung tidak menoleh malahan tidak bersuara bagai patung cendana, nampak sungguh dia malas nak melayan.



"Um, tadi kau datang macam mana ? Siapa hantar kau ?" soalnya. Dia terus duduk di sebuah kerusi yang selang dua kerusi dengan Nayla. Perempuan itu masih diam dengan wajah mendatar. Satu saat, dua saat dia mendiamkan diri sebelum akhirnya dia membalas soalan Qaid. "Helikopter. Kau tak nampak ada helipad dekat puncak KLCC tu ?" Nayla membalas, sarkastik sebelum senyum sinis.





Qaid tarik muka sebelum gulingkan anak matanya. "Haha, aku rasa nak gelak terbahak - bahak. Pandai kau buat lawak lah, Nayla", ujarnya. Tangannya disilangkan di dada sebelum dia turut memandang ke arah depan, memerhati seni bina auditorium. "Kau pula ? Kenapa lewat ? Datang naik apa ?" Nayla pula menyoal. Qaid pandang ke sebelahnya sebelum membalas.




"Rachel rosak. Aku kena minta team aku hantarkan. Dah nak sampai, aku tertinggal badge ACES Team pula. So, kena patah balik HQ", ceritanya. Dia terus lalukan tangan ke rambutnya. Nayla kerut dahi. Dia pula memandang ke arah Qaid "What badge ?", Nayla pula menyoal. "ACES Team badge. At least I need it kalau ada apa - apa yang perlukan aku untuk buat tindakan awal".



Perempuan itu angguk, sekadar faham dan sudah tak mahu tahu lebih. Dia kemudiannya memandang ke sisi apabila mendengar bunyi keriukan kerusi. Qaid sudah berdiri sekali lagi. Tubuh tegapnya bergerak di sekeliling auditorium dengan matanya yang bergerak ke kiri dan ke kanan. Selepas beberapa ketika, dia berdiri di depan Nayla.



"Kau ada maklumat peribadi semua ahli orkestra kau ? Daripada tukang karang sampai jurulatih", soalnya sebelum Nayla kerutkan dahinya tertanya - tanya.  "Nak buat apa ?" soalnya mudah sebelum Qaid melepaskan keluhan berat. "Aku cuma nak pastikan tak ada gangguan orang dalam sewaktu persembahan tu. Kau tahu kan, semua ni sebahagian daripada penyiasatan ?"




"Kau tak percaya mereka ? Kenapa pula mereka nak hancurkan majlis sendiri ?", soalnya lagi. Qaid gulingkan anak matanya. "Kadang - kadang, kau perlu ada perasaan trust issue, walaupun kepada orang yang kau dah kenal berpuluh tahun pun. So, why not kau bagi aku maklumat diorang ? Mudahkan urusan aku, please", pintanya.


Nayla mengeluh sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. Buat seketika, dia menatap ke arah peranti tersebut. Dalam kesunyian, bunyi notifikasi membuatkan Qaid terus memandang ke arah skrin telefonnya. Ada mesej yang dihantar oleh Nayla kepadanya. "Aku dah send dalam bentuk PDF. Tengoklah sampai berlubang".



Qaid senyum sinis. "Thanks", jawabnya sebelum memandang ke arah Nayla yang kembali ke pentas untuk soundcheck yang seterusnya.







- nadya, 101124

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang