one

29 4 8
                                    

TUBUH kecil anak itu tercampak ke penjuru bilik. Kepalanya nahas terhantuk ke bucu almari pakaiannya, jika tidak dia menghalang kepalanya dengan report card dalam tangannya. Dia mengangkat kepala, wajah bengis ibunya dipandangnya. Matanya sudah berair, badannya sedikit mengigil sebelum dia terus duduk bersandar di dinding.




Setitis demi setitis air matanya mulai membasahi pipi lembutnya. Genggamannya pada report card dalam tangannya masih dikemaskan sambil dia melihat ke arah ibunya yang masih kelihatan marah dengan apa yang dia lakukan. Melihat dia tidak melakukan apa apa, perempuan itu mendekatinya.



Report card dalam tangan anaknya dirampas, sebelum dipandangnya dengan muka benci. Lengan anaknya ditarik, sebelum dicampak kembali report card itu ke wajah anaknya yang sudah berdiri di hadapannya. Anak kecil itu menunduk, mengutip semula report card yang sudah jatuh mencium lantai.






NAYLA IEMELDA BINTI WILDAN
4 BIJAKSANA






"Berani kau tunjuk pada aku keputusan peperiksaan kau ? This is the worst I've ever seen ! Kau tak belajar ke ? Tuition yang aku bayar untuk kau tu, sia - sia ke, Nayla ?!" suara perempuan yang bergelar ibunya itu terus memetir. Kepala Nayla yang baginya cukup bodoh itu ditunjal - tunjalnya tanpa rasa bersalah dan kasihan.




Nayla mengelap air matanya yang mengalir di wajahnya dengan lekas.  Dia memandang semula ke arah ibunya yang masih kelihatan marah, dengan riak takut sebelum akhirnya dia membuka mulut, menjawab semua soalan yang diajukan oleh ibunya.




"Nayla..dah cuba, mommy. Tapi, exam tu, susah. Lagipun, result tu, tak teruk pun kan, mommy ?" Nayla bertanya kembali selepas menjawab soalan yang diajukan oleh mommynya. Suaranya kedengaran sendu. Perempuan di depannya terus ketawa kecil, yang kedengaran sinis menikam telinga Nayla.





"Tak teruk ? Jangan nak malukan aku, Nayla Iemelda ! Kalau orang tahu, anak aku dapat keputusan teruk macam tu, mana aku dengan bapak kau nak letakkan muka ? Fikir pakai otak !" dia berkata sebelum dia mengambil report card dalam tangan Nayla dirampasnya.




Sepantas itu, juga report card tersebut terus dikoyak lalu dicampak ke atas lantai. Tubuh Nayla terkaku di hadapan mommynya dengan wajah yang pucat dan tubuh yang mengigil. Air matanya masih tak berhenti mengalir di pipinya. Dia menunduk, cebisan report card miliknya yang sudah terkoyak dikutipnya.




Seketika kemudian, pintu bilik itu dirempuh dari luar. Seorang lelaki yang nampak berserabut terus menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Tubuh Nayla yang masih tertunduk mengutip report card di atas lantai. Lelaki tersebut memandang ke arah isterinya sebelum menggelengkan kepala.



"You're trying to embarrass me now, Maria ? Kenapa you pukul dia ? You nak orang semua tahu perangai sebenar kita ? You nak business I makin jatuh ?" suara lelaki itu berkata namun masih cuba dikawal suaranya supaya tak didengar oleh jiran-jiran yang pastinya memasang telinga.




"Budak ni malukan kita ! Exam dia teruk ! Kalau orang tahu exam anak I teruk, mana I nak letak muka ? Anak orang berpengaruh tapi gagal dalam hidup. I tak boleh terima hakikat tu !" suara Maria kembali menengking, mencerlung matanya merenung ke arah Nayla.


Lelaki tersebut memandang ke arah Nayla, terus dirampasnya report card dari tangan Nayla. Keputusan peperiksaan anak perempuannya diteliti, sebelum dengan selamba telinga Nayla ditarik oleh lelaki tersebut. Nayla terkejut, dia terus cuba menghentikan tindakannya.


"Sakit, papa. Sakit telinga Nayla.." rintih Nayla. Namun, tanya sekelumit perasaan kasihan dalam diri Wildan, tubuh kecil Nayla diseretnya keluar dari bilik tersebut sebelum tubuh Nayla tersembam ke atas lantai marmar. Pipi Nayla terasa panas apabila ianya terseret dengan lantai yang agak kasar.


Dia masih menangis teresak - esak. Namun kemarahan Wildan jelas belum reda. Report card yang telah terkoyak dua dicampakkan sekali lagi ke muka anak tunggalnya. Dengan pandangan mengjengkelkan, suaranya sekali lagi memetir memanah telinga Nayla.



"Ambik balik report card ni ! Jangan tunjukkan lagi report card ni pada aku kalau kau rasa keputusan kau belum cukup bagus ! Berambus, Nayla !"


Serentak itu, pintu tersebut dihempas dengan kuat dari dalam. Nayla tak mahu nak melawan. Dengan perlahan dia bangkit, mengutip report card miliknya sambil memegang telinga kanannya yang memerah. Dia terus berjalan meninggalkan bilik tersebut.




──────




"NAYLA ! Nayla ! Nayla kat mana ?"



Suara si kecil itu membuatkan Nayla mengelap air mata yang masih mengalir di pipinya. Dia masih duduk di sisi pasu bunga belakang garaj rumahnya, tanpa berfikir untuk berganjak walau sedikit. Serentak itu, rambutnya dibetulkan untuk menutup telinganya yang masih kelihatan merah kerana ditarik.


Nayla angkat muka apabila ada seorang gadis seumurannya berdiri di hadapannya. Riak wajah gadis kecil itu kelihatan lega apabila melihat Nayla di depan matanya. Dia turut labuhkan duduk di sebelah Nayla, di sebelah pasu bunga bonsai kesayangan mommynya.


"Kenapa Nayla duduk sini ? Puas Mimi jerit cari Nayla dalam rumah. Tapi, Dato' cakap Nayla dah keluar. Rupanya, Nayla dekat sini. Nayla okay ?" suara gadis kecil itu kedengaran penuh prihatin. Tangannya terus memegang bahu Nayla, cuba menenangkan gadis itu dalam apa jua keadaan.



Tiara Amimi, seorang gadis kecil berusia 10 tahun yakni seumuran dengannya yang merupakan anak kepada Mak Nah, pembantu rumah yang sudah berkhidmat di rumah ini sejak lama. Kerana kedudukan ibu dan bapanya, Nayla tidak ramai kawan. Oleh itu, Tiara Amimi atau suka digelar Mimi merupakan satu- satunya teman baiknya.



"Mimi, dengar ke Nayla kena marah dengan mommy dan papa ?" Nayla bertanya, matanya diusap lembut. Mimi terus mengangguk. Dia tak nafikan, dia mendengar suara Maria dan Wildan memarahi Nayla kerana keputusan yang teruk walaupun Mimi duduk jauh di tingkat bawah. "Mimi dengar, tapi Nayla tak bolehlah sedih !"


Nayla mengeluh. Wajah Mimi dipandangnya. "Macam mana Nayla tak sedih. Esok, Cikgu Nisa nak tengok report card tu. Tapi, mommy dengan papa tak nak sign pun. Macam mana ni, Mimi ? Nayla takut cikgu marah.." Nayla meminta tolong. Tangan Mimi diraihnya sebelum digoncangnya tubuh itu lembut.


Mimi diam, mindanya berfikir sebelum dia memetik jari. Dia berdiri, tangan Nayla diraihnya lembut. Nayla yang buntu, mengikut langkah Mimi yang berlari menuju ke dalam rumah milik keluarga Mimi yang berada berdekatan dengan rumah banglo keluarga Nayla.



"Mimi nak buat apa ?"



"Jom ! Mimi minta mak tolong sign Nayla punya report card. Tak apa, cikgu tak akan tahu punya !"



Nayla senyum nipis.








-nadya.

𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now