BUNYI tapak kasut tumit tinggi yang menyentuh lantai ruangan tersebut menyebabkan dirinya terkocoh - kocoh menyimpan semula barang peribadi ke dalam beg tangan yang dibawa. Pin bunga Lili di kepalanya dibetulkan, begitu juga dengan baju yang membalut tubuhnya. Selepas itu, sekujur tubuhnya dibawa berdiri dengan wajah tegang.
Lelaki bersut hitam mula melangkah masuk ke ruangan, berdiri di kiri dan kanan pintu besar tersebut untuk menyambut kedatangan perempuan sekaligus pemilik bangunan tersebut. Wajahnya juga kosong tanpa secalit senyuman di bibirnya yang merah. Namun, saat wajah puterinya menghiasi pandangan, wujud juga sebaris senyuman.
"You come early", sapanya ringkas, lantas melabuhkan duduk dan mencapai secawan teh panas yang dihulur oleh orang kanannya. Nayla turut labuhkan duduk, rambutnya diraup. Matanya bergerak memerhati Maria yang sedang mendengar orang kanannya memberitahu jadual hariannya. Nayla tak ambil pusing. Dia lebih suka memerhati kukunya yang dihiasi press-on nails berwarna maroon.
"Don't beat around the bush. Can you tell me why I need to come here ?" Soalnya sebelum Maria meletakkan cawan tehnya ke meja disisinya. Tangannya bergerak, menyuruh semua orang kanannya meninggalkan mereka berdua di dalam ruangan besar miliknya. Selepas memastikan hanya tinggal dia dan puterinya, Maria senyum penuh makna.
"You're freshly graduated," komennya singkat. Nayla berdecit, tak suka dengan kiasan tak berguna tersebut. Menyedari itu, Maria terus menyambung tanpa menungu sebarang jawapan berguna. "Mummy nak tengok, sama ada you are ready enough for continuing our legacy or not. You know, having place as CEO for our company ?" , Maria berkata sebelum Nayla merengus.
Tangannya disilangkan ke dada. Matanya tegak memandang Maria di depannya. Dia berdecit. "Nephoria ? Me ? Why ?" Tiga patah kata, tapi cukup untuk menyatakan betapa tidak sukanya dia dan dia tak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Wajahnya menayangkan riak jengkel saat ibunya ketawa kecil dan terdengar sinis di anggota pendengarannya.
"Why not ? Siapa lagi yang akan pegang Nephoria, is it's not you ? Don't be ridiculous, Nayla. Kami hantar Nayla belajar sampai beribu batu jauh untuk Nayla sedar satu perkara that you're gonna be the ruler of this company, perhaps this country", tegas bicaranya, menambahkan rasa meluap dalam jiwanya. Rambut perangnya diraup.
Tangannya mengepal penumbuk. Dia tak faham ! Dia langsung tak menafikan kalau dia memang sudah disuap dengan kenyataan bahawa dia adalah perwaris Nephoria sejak kecil. Dahulu, semasa dia masih lagi mentah, dia mungkin rela. Mungkin di sela rasanya akan terbit rasa suka kerana dapat menjabat sebuah jawatan tertinggi tanpa sebarang kelulusan yang harus dia dapatkan.
Namun di usianya sekarang yang menginjak 26 tahun, dia lebih suka bertindak mengikut gerak hatinya, mengikut di mana arah jantungnya berdegup kencang. Dia mahu membuka sebuah syarikat sendiri, tanpa terlibat dengan mana - mana ahli keluarganya. Apa lagi untuk menggantikan tempat jantan keparat- maksud dia Wildan adalah perit untuk dia telan.
Dia rasa, dipergunakan.
"Mummy, I have my own dream. I want..to build my own business", Nayla meluahkan, disambut dengan keluhan berat dari bibir Maria. Tubuh tua itu bangkit, mendekati cermin tingkap besar di belakang sofa yang diduduk oleh Nayla. Lantas, langsir baldu berwarna krim itu ditolak biar cahaya masuk dan agar pemandangan di luar lebih terlihat dengan jelas.
Dari sudut mata Nayla, dapat dia lihat landskap hijau Calla Lily Academy. Sudah lama dia tinggalkan akademi elit ini, dan kembali sebagai salah seorang alumni, atau mungkin sebagai perwaris seterusnya untuk Nephoria. Maria yang masih berdiri di depan tingkap itu kekal dengan riak serius. "Start your own business ? Don't be ridiculous, Nayla. Are you sure you can start it from roots ?"
Kata kata Maria seolah mengejek dirinya, seperti sedang mempertikaikan bicaranya yang ingin menjadi seorang pemilik syarikat. Malah, mengatakan bahawa niatnya ibarat suatu yang merepek. "Mummy, tak boleh ke ada satu perasaan yakin dalam diri mummy ? Percaya jelah yang Nayla boleh buat semua tu, sendiri. I.." bicaranya terus terpotong saaat Maria balikkan tubuh.
"What can you do without us ? Business ? Baru berapa lama dah lingkup", Maria berkata, memicu sebuah rasa geram dalam diri Nayla. Tubuhnya turut bangkit. "Don't underestimate me, mummy. I know more than you", Nayla bersuara tegas namun Maria hanya sengih sinis memandang ke arahnya. Nayla diam, matanya mencerlung memandang Maria.
"Jangan malukan mummy, Nayla. What the media would say if diorang nampak Nayla tak warisi syarikat perkapalan papa ? Apa yang diorang akan letak pada artikel mereka ? 'Perwaris Nephoria Trading enggan mewarisi syarikat tersebut'. Tambah lagi dengan semua berita yang ditokok tambah. Memalukan ! Our reputation ? Ruin !"
'Persetan dengan reputasi bodoh tu !' herdik Nayla, namun herdikan itu hanya jelas tedengar bergema dalam ruangan kepalanya saja. Tak habis - habis dengan reputasi yang perlu dia jaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Sedangkan dia ? Orang yang perlu membina reputasi tersebut juga tak dijaga bagai minyak yang penuh.
"Give me reason why you doesn't want to be in our family company"
"Nayla tak nak bekerja dalam satu bangunan, bawah satu bumbung dengan papa. Stop it. Itu kata putus"
Maria ketawa mengejek. "Masih lagi dengan kisah silam ? Move on, Nayla. Sampai bila nak terperangkap dalam memori lama ? He's your dad. Both me and him raise you. You shouldn't hate him," Maria berkata, entah kenapa bicaranya jadi lembut tiba - tiba. Nayla terus mengepal penumbuk sekali lagi. Tubuhnya dipaling ke arah Maria. Dia diam. Giginya diketap.
Lupakan.
Cakap memang senang ! Perempuan tu tak ada dekat tempatnya. Perempuan tu tak rasa bagaimana dia terpaksa menghabiskan masa setiap malam, berjaga kerana kehilangan nikmatnya rasa tidur lena. Perempuan tu tak rasa bagaimana dia hidup ditemani ubat - ubatan untuk menenangkan jiwanya. Perempuan itu tak tahu ! Dia hanya tahu berbicara !
Daripada dia terus menghamburkan bicara penuh bisa, lebih baik dia tinggalkan sahaja bangunan bak neraka.
-nadya, 051024
![](https://img.wattpad.com/cover/372130288-288-k748125.jpg)
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...