NAYLA tegakkan tubuhnya. Di sebalik dia mencuba untuk mengurangkan pergerakannya, matanya masih kekal memerhati ke arah pintu depan yang tombolnya masih belum berhenti dipulas. Lampu ruang tamu sedikit malap, dan itu menyukarkan matanya untuk terus melihat dengan sempurna.
Langkahnya mula berundur satu demi satu tapak ke belakang, sebelum lantas menyambar sebilah pisau pemotong buah yang ada berdekatan dengan tangannya. Nafasnya kini cuba diatur perlahan sambil telinganya cuba untuk peka dengan keadaan sekeliling - bunyi tapak kaki, bunyi pintu, atau bahkan bunyi ulat di luar rumah.
Nayla lepaskan keluhan berat. Dia tak perlu untuk minta bantuan Qaid setiap masa, kan ?
Kan ?
Di saat itu juga, tombol berhenti berbunyi, digantikan dengan bunyi deritan pintu yang dibuka dari luar. Nayla segera tunduk, menyembunyikan tubuhnya di sebalik meja dapur sambil kadang kala masih menjengah meminta kepastian.
Dari cahaya lampu dapur, Nayla dapat melihat bayang - bayang yang mendekati ruang meja makannya. Genggaman pada gagang pisau lantas dia eratkan, kukunya bagai hampir tertikam masuk ke dalam kulit sendiri. Tubuhnya kaku, matanya sahaja yang bergerak kiri kanan.
Dia segera menutup matanya, cuba menahan degupan jantung yang cukup kuat bagai boleh membocorkan lokasinya ketika itu juga. Nafasnya berkali - kali disedut dan dihembus untuk tenangkan diri, namun dia tak boleh untuk menahan rasa apabila dia merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Cak ! Hello again, honey. Still hiding in the dark?"
Nayla tersentak, sebelum menjerit kecil kerana terkejut. Tubuhnya berpaling pantas-pisau di tangan diangkat separas dada. Nafasnya laju, mata membulat memerhati sosok lelaki yang kini berdiri di bawah cahaya suram lampu dapur, senyum sinis terukir di bibirnya.
Namun, belum sempat dia ingin membuat gerakan lain, figura lelaki itu pantas menerpa ke arahnya. Pisau dalam tangan Nayla segera diangkat tinggi, sebelum cuba dihayun ke sisi, tepat ke arah pinggang lelaki itu.
Ting !
Nayla tak tahu apa yang berlaga dengan pisau tersebut, tapi bunyi berdenting tersebut sedikit membuatkan dia tertanya. Sebelum sempat untuk dia fikir apa - apa, pisau dalam tangannya berjaya ditepis lelaki itu sebelum melayang ke lantai.
Siku lelaki itu pantas dihentak ke wajah Nayla, yang akhirnya membuatkan belakang tubuhnya bertemu dengan kabinet dapur. Nayla terundur ke belakang, dengan pipi yang terasa pedih dan berbirat. Nayla segera angkat kepala apabila mendengar derapan kaki yang laju menerpanya. Sepantas itu juga, dia larikan tubuhnya ke sisi dan pantas berdiri.
"Jangan buat kerja bodoh, honey. Kau memang dah ditakdirkan mati malam ni,", lelaki itu berkata tegas, menuju ke arah Nayla yang berundur untuk larikan diri. Perempuan itu hanya gelengkan kepala. Liur yang terasa kesat segera ditelan sebelum akhirnya dia membuka mulutnya. "Siapa yang hantar kau ? Kau nak rosakkan hidup aku dengan parents aku ke, hah ?!"
Lelaki itu sekadar ketawa kecil dengan nada sinis. Tangannya segera menyeluk poket jaketnya, lalu mengeluarkan pisau lipat yang segera dibuka bagai ingin menunjukkan bagaimana dia boleh menang malam ni. "Jangan banyak tanya, Nayla Iemelda. Mudahkan kerja aku malam ni"
Nayla terus berundur, sampai akhirnya belakang badannya bertemu pintu. Decitan terlepas dari bibirnya sebelum dia terus melepaskan keluhan berat. Langkahnya mengukuh, tubuhnya direndahkan, bersedia menghadapi serangan seterusnya di samping cuba untuk ikut apa yang dah diajarkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)