twenty

11 2 2
                                    



MENJALANKAN kerjanya sebagai seorang pengawal peribadi yang komited kepada majikan barunya, Qaid parkirkan kereta yang dipandu di hadapan sebuah rumah tinggi berseni bina Inggeris. Sejujurnya, dia tak tahu apa motif Nayla minta dihantar ke sini tapi sebabkan dia manusia yang berdedikasi, Qaid malas menyoal lebih.




Nayla keluar dari bahagian pemumpang depan, lalu mengambil beg selonya yang diletakkan di kerusi penumpang belakang. Tali beg itu disandang kemas di bahunya sebelum membetulkan rambut di cermin kereta. Selepas dirasakan gayanya cukup, Nayla melangkah mendekati rumah tersebut. Dia sempat menyedari Qaid turut keluar dari perut kereta.




Dahinya berkerut melihat tindakan lelaki itu. "Kau nak buat apa ?" Nayla bertanya, sebelum Qaid sarungkan cermin mata di matanya. Qaid pandang Nayla. "I need to go everywhere you go, don't I ? Lagipun aku nak tahu apa yang kau buat datang sini. Tempat ni macam.." Qaid angkat kepala, memerhatikan rumah tersebut atas dan bawah.





"Berhantu." Qaid berkata sebelum Nayla ketawa sinis. Cuba nak takutkan dia atau Qaid sebenarnya penakut ? Ah, tak mungkinlah Qaid penakut. Dia bukannya tak tahu kisah silam lelaki itu. Kalau benar dia penakut, dia tak akan cari gaduh untuk membuli orang di zaman akademi dulu. Nayla cuma malas mengingatkan. Kisah silam biarlah lepas.



"Don't be silly. Aku dah datang sini sejak dua bulan yang lepas after aku habis belajar. Tak ada pula aku kena cekik", Nayla berkata sinis. Kakinya dibawa menaiki anak tangga yang membawa ke pintu rumah tersebut. Qaid mengikut langkahnya. Matanya masih bergerak dengan kadar berhati - hati memerhati kawasan sekitar.




"Kau buat apa dekat sini sebenarnya ?" Qaid akhirnya menyoal selepas Nayla menekan loceng rumah tersebut. Dia pusingkan tubuh, menghadap Qaid. Sebelum dia menjawab soalan, dia tujukan jari ke arah beg selo yang berat di belakang badannya. Qaid angkat kening, masih keliru. Perempuan itu mengeluh. "Bengap".



"Cello practice. Tak pernah berhenti sejak aku umur 10 tahun. Adalah berhenti sekejap sebab aku pergi Sicily. Tapi, pergi sana pun still sambung practice. And bila dah balik sini pun, sama. Hidup aku ni boring, Qaid" Nayla secara tiba - tiba seolah - olah meluahkan perasannya, sebelum pipinya ditampar sendiri. Tak penting pun untuk Qaid tahu.




Qaid ingin buka mulut lagi namun terhenti apabila pintu rumah itu terbuka luas. Seorang perempuan dalam lingkungan 40-an tersenyum manis. Dia membuka pintu dengan luas, mengalu - alukan Nayla masuk ke dalam rumahnya. Tangannya disambut oleh Nayla sebelum mereka bersalam dan bertanyakan khabar.




Hampir sahaja dia melangkah masuk, Nayla baru menyedari dia membawa manusia lagi mengikut dia. Nayla palingkan tubuh. Pergelangan tangan Qaid ditarik mengikut langkahnya sebelum pintu rumah ditutup. Perempuan tadi memandang ke arah Nayla dan tersenyum. "You didn't tell me you already have a partner.."



Nayla tergamam sebelum dia gelengkan kepalanya kepada perempuan itu. Qaid ditarik supaya berdiri di sebelahnya. "You got me wrong, madame. This is my new bodyguard, out of nowhere" Nayla berkata, memperkenalkan Qaid sebelum mencuit pinggang lelaki itu meminta dia sambung memperkenalkan dirinya sendiri. Qaid senyum nipis.




"Like Nayla said, I'm her bodyguard. I'm Qaid Farran. I hope my presence here don't disturb you guys", Qaid berkata sebelum perempuan itu menggelengkan kepalanya. Dia meletakkan tangan di dada kirinya. "I'm Madame Miciela, Iemelda's cello teacher. And no, dear. Your presence it's not a disturbance for us. Want a cup of tea ?" soal Miciela sebelum Qaid gelengkan kepala.




Nayla menarik perlahan baju Miciela. "Madame, let's get to our training now shouldn't we ?" Nayla mempelawa lantas Miciela mengangguk. Tangannya dituju ke arah sebuah ruangan bertingkap besar bersama kerusi dan music stand tempat kebiasannya music sheet diletakkan. Qaid mendekati kerusi berkusyen maroon sebelum labuhkan duduk di situ.




Beg selo diletakkan di lantai sebelum zipnya dibuka. Dengan berhati - hati, Nayla keluarkan selo biru lautnya dari dalam beg dan diapit di celah kakinya. Cello bow dipegang di tangan kanan sebelum Miciela duduk juga di kerusi di depan Nayla. Cermin mata separuh bulatnya dibetulkan. Bersama buku umpama diari di dalam tangan, perempuan itu menyatakan hasratnya.





"Should we practice the song we've practice last week ?" soal Miciela sebelum Nayla angguk. "Si, madame. I've look at the sheet and tune my cello right so I hope I can do well today", Nayla berkata penuh harapan sebelum Miciela senyum manis dan mengangguk. Kakinya disilangkan. "Show me what you got, Iemelda. Make me impressed".




Perempuan itu angguk lagi. Dia terus bersedia ingin menggesek selo tersebut sebelum dia terhenti di tengah jalan saat Miciela mengangkat tangannya. "Pardon me, my dear. What song do you want to play today ?" Miciela menyoal sebelum Nayla diam seketika. Dia berfikir sejenak sebelum memetik jarinya. "Die With A Smile, with tune A-flat", Nayla berkata yakin.





Miciela angguk, lantas mempersilakan Nayla untuk memulakan. Nayla tarik dan hembuskan nafas berkali - kali. Selepas mendapat keyakinan, tangannya menggerakkan cello bow kesayangan demi menghasilkan bunyi gemersik yang indah untuk telinga jadikan santapan.







Die With A Smile - Bruno Mars and Lady Gaga (cello version)









───────


QAID sandarkan tubuh ke kereta Mustang GT 500 maroon red kepunyaan Nayla sambil menunggu perempuan itu. Saat matanya melirik, dia perasan Nayla masih di muka pintu bersama Miciela. Kedua - duanya masih berbual tentang perkara yang tak ingin Qaid ambil tahu. Paling juga berkaitan musik dan orkestra.




Menyedari mereka seolah - olah akan berbual dalam jangka waktu yang lebih lama, Qaid berjalan sekejap. Matanya melilau memerhati kawasan perumahan Miciela. Sebuah kawasan perumahan yang dipenuhi dengan bangunan seni bina Inggeris dengan sentuhan kesenian melayu di pintu atau birai tingkap.



Landskapnya juga tenang. Rimbunan pokok yang menghijau serta pokok bunga berwarna - warni di suatu arah. Ia secara tidak langsung menaikkan seri rumah yang hanya dicat putih dengan warna deep brown untuk sesetengah bahagian sebagai pelengkap gaya. Qaid angguk. Kagum.



Saat itu juga, di sebuah rumah berselang dua rumah dengan rumah Miciela, ada sesuatu yang membuatkan Qaid mengerutkan dahi. Tanpa berfikir panjang, dia terus memandang ke arah Nayla. Keluhan lega dia lepaskan saat melihat Nayla sudah mendekati kereta. Dengan lekas dia membuka pintu dan Nayla masuk ke dalamnya. Dia juga masuk ke bahagian pemandu.










-nadya, 191024

𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now