"BUAT masa ni kau duduklah bilik ni dulu. Bilik aku sebelah je."
Nayla angguk, memandang ke arah pintu bilik yang telah dibuka luas oleh May. May melangkah masuk, sebelum tingkap di penjuru bilik dibukanya luas membiarkan angin segar dan udara baru masuk. Niatnya mahu menggantikan udara sesak dengan udara segar.
"Masuklah. Rumah ni pun akan jadi macam rumah kau juga," May mempelawa. Nayla angguk lagi. Beg dalam tangan segera dibawa masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik yang tidak terlalu besar, tapi kalau untuk tinggal sendiri, memang jelas lebih dari cukup.
Ada katil super single dengan cadar kotak kotak di tepi dinding. Hiasan kamar itu juga sesederhana yang boleh, tapi masih kelihatan welcoming.
"Kau duduk rumah ni seorang diri ke ?", Nayla ringankan mulut untuk bertanya. Beg diletakkan ke atas lantai. Cardigan hijau ditanggalnya dan diletakkan atas katil. May yang berdiri berdekatan tingkap mendekatinya, lalu menggelengkan kepalanya. Tangan disilang ke dada.
"Aku duduk dengan abang aku lah, Hud. Lagipun, ni rumah dia. Sebabkan kau kena pindah sini, so he had no choice but pindah rumah lain. I don't know, dia tumpang rumah Aniq kot ?", May angkat bahu.
Nayla garu belakang lehernya yang tidak terasa gatal. "Aku rasa serba salah pula. Sebab nak jaga aku seorang, abang kau kena keluar dari rumah ni pula. Padahal rumah dia," Nayla senyum kekok sebelum May berdecit dan gelengkan kepalanya.
"Tak ada apalah! Hud pun okay je. Dia yang suruh aku ajak kau duduk sini," balas May cepat-cepat, sambil jari telunjuknya terangkat ke arah Nayla, seolah menegaskan supaya jangan rasa bersalah. "Dia tahu kau tengah susah. Dan dia pun, memang jenis protective sikit kalau bab orang yang rapat dengan aku."
Nayla hanya senyum nipis. Dia masih cuba membiasakan diri dengan perubahan mendadak dalam hidupnya. Tikaman itu masih terasa berdenyut, walaupun ubat sudah diberi. Tapi yang lebih menyakitkan sebenarnya ialah rasa hilang arah dan kebergantungan yang terpaksa dia akui.
"Qaid pun tak bagi aku duduk sorang. Katanya dia tak tenang kalau aku duduk rumah tu sendiri. Tapi aku tak sangka sampai macam ni sekali susahkan orang." Nadanya perlahan, hampir seperti bisikan. Nayla menunduk, menekuni hujung cadar kotak-kotak itu.
May duduk di hujung katil, kepala sedikit tunduk, pandangan terarah ke tangan Nayla yang berbalut. Perlahan dia berkata, "Nayla, aku tahu kau jenis tak suka menyusahkan orang. Tapi kadang-kadang, kita kena benarkan orang jaga kita. Especially bila kita sendiri tak kuat nak jaga diri."
“Lagipun…” May sambung, kali ini dengan senyuman nakal di wajahnya, “Kau duduk dengan aku, okay? Bukan dengan strangers. Aku siap boleh masakkan untuk kau tiap malam. Tapi, kau kena tolong basuh pinggan.”
Nayla tergelak kecil. “Deal. Kalau pinggan banyak pecah bukan salah aku eh ?"
May ketawa kuat sebelum berdiri dari katil itu lalu meregangkan tubuhnya. "Aku nak turun bawah kejap. Nak kemas dapur yang Hud tinggalkan bersepah. Kau kemaslah dulu barang kau. Rehat ke apa ke. Nanti nak makan aku panggil,".
Nayla senyum lalu anggukkan kepalanya. Matanya mengikut langkah May yang semakin jauh daripada bilik tidur barunya.
⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹
"ERGH.."
Perut kenyang. Suasana rumah sunyi, cuma kedengaran bunyi kipas siling yang berputar perlahan dan rintik hujan renyai di luar jendela. May sudah masuk bilik lebih awal, katanya penat, dan Nayla tak pelik, sebab gadis itu dari tadi ligat ulang-alik dapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)