"UHM.."
Keluhan itu terlepas dari dua ulas bibirnya sebelum dia perlahan - lahan mengangkat tangan kanannya untuk mengusap matanya yang terasa gatal. Tangannya dirasakan bergetar - getar, sehinggalah dia terus membuka kedua - dua belah matanya. Saat dia menoleh, cahaya matahari yang cukup terang bersinar terus membuatkan matanya berubah sepet. Tangannya terus diangkat melindungi mata.
"Sakitnya mata aku..", Nayla mengeluh, lantas duduk daripada baringnya dan sandarkan tubuhnya ke kepala katil. Saat itu baru di tersedar yang dia telah berada di rumah, di dalam biliknya dan di atas katil empuknya. Dia terus pegang kepalanya. Ah, jenuhnya dia nak ingat semua benda yang jadi. Dan, macam mana pula dia boleh ada dekat sini lepas majlis tu ?
Bunyi keriukan pintu terus buatkan dia berpaling ke arahnya. Matanya terus melembut, sebelum senyum nipis wujud di wajahnya saat dia melihat seseorang sedang menjengukkan kepala di pintu. Siapa lagi kalau bukan si kawan baiknya itu, Tiara. Melihat reaksi Nayla, Tiara terus melangkah masuk ke dalam bilik lalu labuhkan duduk di atas katil sebelah Nayla. Bahu rakannya itu terus dicapainya.
"Kau okey ? Risau aku malam semalam kau balik unconscious. Ramai pula tu escort kau", Tiada berkata sebelum dahi Nayla berkerut. "Ramai?" Dia mengulang kembali perkataan itu, cuba mengingati kejadian malam semalam. Namun, kepalanya terasa berat dan otaknya masih kabur dengan apa yang berlaku.
Tiara mengangguk, wajahnya serius. "Ya, masa tu ramai orang yang ikut kau balik. Aku tengok beberapa orang lagi yang aku tak kenal. Yang pasti, ada mommy kau, papa kau and Qaid. Kau tak ingat apa-apa ke?" Tiara bertanya dengan nada penuh kerisauan. Nayla terdiam sejenak. Wajah Tiara dipandangnya lama. "Qaid tu, aku tahulah. Tapi, ramai - ramai tu, entahlah Tiara"
"ACES Team je semua tu. Tak ada yang bahaya, okey ?" , Nayla terus memandang ke arah pintu saat mendengar suara perempuan. Dahinya berkerut apabila melihat seorang perempuan memaksi t-shirt putih dan cardigan berwarna krim sedang berdiri berdekatan pintu. Wajah Tiara terus senyum sebelum dia berdiri dan mendekati perempuan itu. "Ha, Nayla. Yang ini, May. Dia pun ada masa hantar kau semalam"
Nayla memandang ke arah May yang sedang melambaikan tangan ke arahnya. Nayla angkat tangannya, sebelum melambaikan tangannya kembali ke arah May. Kalau betul semalam yang hantarnya pulang ialah ACES Team, Nayla boleh katakan kalau May juga sebahagian daripada ACES Team. "May. Apa..yang jadi sebenarnya ? Kenapa aku tak ingat apa - apa ?" Dia menyoal, memandang May yang sudah melangkah masuk dan duduk di sisi katilnya.
"First of all, kau apa khabar ? Ada rasa pening, mual atau sakit mana - mana ?", May menyoal sebelum menyentuh lembut lengan Nayla. Perempuan itu angguk sebelum senyum nipis. "Aku okey. Kepala je pening lalat sikit and mata rasa sakit", katanya sebelum May anggukkan kepalanya sebelum menarik nafas lega. Wajah Nayla dia pandang lama. "I'm glad you're fine. Kami takut bila tengok kau tak sedar dalam tempoh lama semalam"
Semalam ? Nayla terus betulkan duduknya sebelum berkata lagi. "Apa yang jadi semalam May ? Aku cuma ingat aku kena bawa keluar daripada bangunan tu je" soalnya sebelum May mengeluh. "Ingat majlis makan malam tu ? Disebabkan beberapa kecurigaan, ahli ACES Team ada di sekeliling bangunan tu untuk pastikan keselamatan klien, iaitu kau dan parents kau. Tapi, lepas beberapa lama, aku dihantar untuk cari kau pula".
"Ada seorang lelaki yang nampak mencurigakan masuk dan aku dihantar untuk bawa kau keluar. Aku terkejut bila aku tengok kau dan lelaki tu sekali having a talk or something. Bila kami dapat ancaman lain, aku tak terfikir untuk cari kau sampailah Qaid sendiri yang masuk dalam bangunan tu dan jumpa kau tak sedarkan diri dalam satu bilik gelap berdekatan tangga ke tingkat atas. Kenapa kau dekat situ, kami belum boleh pastikan. Tapi, lelaki tu hilang sampai sekarang".
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)