Bab 1

51.8K 418 11
                                        

   
       Dee aka deya merenung langit malam, dengan begitu tekun sekali. Sesekali, apabila angin mulai bertiup tubuh kurus kering gadis itu kelihatan menggigil. Tiba -tiba sahaja terdengar bunyi guruh dari arah langit, terperanjat terus dia dibuatnya. Rintik hujan terus mengenai pipi mulus dee. Rupa-rupanya hujan sedang turun, tanpa berlengah lagi dia bingkas bangun dari perbaringannya lantas mencari tempat untuk berteduh. Setelah berlari ke sana ke mari akhirnya dee terlihat sebuah khemah. Dia apa lagi terus berlari sambil meredah hujan yang semakin lebat turunnya.
         Sampai sahaja di hadapan khemah tersebut dee terus meluru masuk. Pandangan matanya terus dihalakan ke dalam khemah. Kelihatan seorang wanita tua bersama seorang budak kecil dalam lingkungan umur 5 tahun sedang meringkuk kesejukkan. Melihatkan keadaan itu, timbul rasa sedih dan simpati di dalam hati dee. Kebetullan dia sedang memakai jaket yang agak tebal. Tanpa berfikir lebih panjang lagi, dee terus menanggalkan jaketnya lalu menyerahkan kepada wanita tua itu.
       "Nek! Ambillah jaket saya ni, pakaikan dekat cucu nenek tu" pelawa dee kepada wanita tua itu.
       Terkejut terus wanita itu apabila melihat dee menghulurkan jaket kepadanya. Pada mulanya, wanita tua itu ingin menolak tetapi setelah di desak oleh dee barulah wanita tua itu mengambil jaketnya.
      "Terima kasih, nak! Hanya allah saja yang dapat membalas budi anak ni" Ucap wanita tua itu kepada dee sambil terus memakaikan jaket tersebut kepada cucunya.
      "Sama -sama nek! Balas dee dengan senyum lebarnya.
      Tiba -tiba dee teringatkan sesuatu, dulu semasa arwah ibunya masih hidup ketika hari hujan ibunya pasti memeluk dirinya sehingga terlelap. Kehidupan dee ketika itu amat bahagia sekali. Mempunyai ibu yang penyayang dan ayah yang perihatin. Tetapi 'sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari' pada suatu hari, ibunya pengsan dan terus tidak sedarkan diri. Ayah segera membawa ibu ke hospital. Setiba di hospital, ibu terus di masukkan ke Unit Rawatan Rapi. Ketika itu, keadaan ibu amat tenat sekali.
     Setelah diperiksa oleh doktor ibu telah disahkan menghidap kensar otak tahap empat. Menurut doktor lagi, ibu hanya boleh hidup dalam tempoh  beberapa minit sahaja. Bayangkan bagaimana keadaan ayahnya apabila mengetahui hal tersebut. Dee dapat mengingat dengan jelas meskipun, ketika itu dia masih kecil bagaimana ayahnya tiba -tiba menjerit seperti orang kehilangan akal di hadapan doktor.
    "Doktor! Saya tak peduli, dengan apa cara sekali pun doktor kena selamatkan isteri saya! Bagi tau! Berapa saja jumlah duit yang doktor minta akan saya bagi sekarang!"
    Doktor Borhan terus terkejut apabila, dibentak secara tiba -tiba oleh Encik Imran. Sepanjang perkenalannya dengan lelaki itu, inilah pertama kali dia melihat Encik Imran gagal mengawal amarahnya. Yalah! Siapa pun yang berada ditempat Encik Imran pasti sukar menerima kenyataan apabila bakal ditinggal pergi oleh isteri yang dikasihi buat selamanya. Dia turut bersimpati atas apa yang menimpa kepada Encik Imran diketika ini.
   "Doktor! Tak bolehkah kalau....belum sempat, Encik Imran hendak bertanyakan sesuatu kepada Doktor Borhan tiba -tiba pintu bilik dibuka dengan kasarnya oleh seorang jururawat wanita.
   Doktor Borhan! Cepat! Ada kes kecemasan! Denyutan nadi puan Alia semakin perlahan! Jerit jururawat itu dengan wajah paniknya
   "What?! Encik Imran! Come with me now! Arah Doktor Borhan sambil terus bergegas keluar dari biliknya diikuti oleh Encik Imran dan Deya. Sejurus sampai di hadapan bilik puan Alia Doktor Borhan terus menghalang Encik Imran daripada mengikutinya masuk ke dalam bilik tersebut.
  "Doktor! Tolong! Saya merayu sangat- sangat, tolonglah selamatkan isteri saya!" Ucap Encik Imran dengan cemasnya. Bahu Doktor Borhan di cengkam dengan kuatnya oleh Encik Imran.
   "Encik Imran! Bawa bertenang! Istighfar banyak -banyak, saya cuma seorang doktor bukan tuhan. Nyawa puan Alia  bukan terletak pada tangan saya, tapi dekat tangan allah swt!" Ujar  Doktor Borhan dengan tegasnya sambil menolak perlahan tangan Encik Imran daripada bahunya. Selepas itu, Doktor Borhan terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut.
     Tersentak terus, Encik Imran apabila mendengar kata - kata Doktor Borhan sebentar tadi. Dia terus tersedar dari emosinya lantas beristighfar di dalam hati sambil berdoa agar allah menyelamatkan isteri serta menguatkan imannya.
     Selang berapa minit kemudian, pintu bilik puan Alia pun dibuka dari dalam. Muncul Doktor Borhan dengan wajah sugulnya. Hati Encik Imran semakin dipaut kerisauan. Tanpa berlengah lagi, dia bingkas bangun lalu meluru dengan tergesa  - gesa ke arah Doktor Borhan.
   "Doktor! Bagaimana dengan keadaan isteri saya dia....Belum sempat, Encik Imran hendak bertanyakan sesuatu Doktor Borhan terus mencelahnya.
   "Encik Imran! Saya minta maaf! Puan Alia dah tak ada nampaknya allah lebih sayangkan puan Alia" Ujar Doktor Borhan sambil mengarahkan jururawatnya mencatat waktu puan Alia meninggal dunia.
   "Inahlilah waiinah ilahi rajiun! Ucap Encik Imran dengan hati yang sebak.
    Deya yang daripada tadi asyik bermain dengan patung teddy bear kesayangannya tiba -tiba meluru ke arah ayahnya. Tangan kekar Encik Imran terus dipeluk dengan erat olehnya. Wajah sedih Encik Imran ditatap dengan pelik oleh Deya.
   "Papa! Apasal, nangis ni? Mama! Mama, mana? Deya nak mama!" Rengek Deya kepada ayahnya.
  Pertanyaan Deya itu, membuatkan hati Encik Imran menjadi sebak semula. Lidahnya kelu! Bagaimana cara untuk memberitahu anaknya itu, yang ibunya telah pergi meninggalkan mereka berdua buat selamanya.
    "Deya sayang! Mama!....mama! sekarang tengah sakit, jadi papa tak boleh lagi bawa Deya jumpa dengan mama. Nanti bila mama dah sembuh papa janji akan bawa deya jumpa dengan mama ye!" Pujuk Encik Imran kepada anak kesayangannya itu.
   "Betul ni, papa? Papa tak tipu Deya kan?" Soal Deya semula.
   "Betul sayang, papa kan dah janji" Jawab Encik Imran sambil terus memeluk erat anaknya itu.
    Sebenarnya tidak terlintas sedikit pun dihati Encik Imran ingin menipu anaknya itu namun demi mengelakkan deya bersedih dengan kepergian mamanya Encik Imran terpaksa berbohong. Doktor Borhan yang melihat keadaan dua beranak itu turut berasa sedih. Perlahan -lahan dia menyentuh bahu Encik Imran dengan tangannya.
    "Encik Imran! Bawa bersabar ye!" Ucap Doktor Borhan sambil merenung dengan belas ke arah wajah suram Encik Imran.
   "Nevar mind! I am okey now Doctor" Ujar Encik Imran sambil mengesat sisa airmata yang mulai turun membasahi kedua belah pipinya semula.
   "Okey! I got to go now! Encik Imran tak payah risau hal urusan keluar jenazah arwah akan saya uruskan. Encik Imran bawalah Deya balik dulu" Arah Doktor Borhan kepada Encik Imran.
   "Terima kasih banyak doktor, kalau macam tu saya pergi dulu" Jawab Encik Imran sambil terus memaut erat tangan anaknya beredar pergi dari bilik unit rawatan rapi yang menempatkan jenazah isteri kesayangaanya.
  
                                                      *****
   
     "Anak ni, nama siapa?!" Soal wanita tua itu dengan suara yang agak kuat.
      Dee yang sedang mengelamun terus tersentak, apabila cuping telingannya sayup -sayup mendengar seseorang sedang memanggil dirinya. Terbang terus lamunan panjangnya sebentar tadi. Dee terus mengalihkan wajahnya ke arah wanita tua yang masih lagi menantikan jawapannya.
     Dengan suara tersekat -sekat dek kesejukkan Dee mulai berbicara" na...na...nama sa...sa..saya deya tapi ne...nenek boleh pa...panggil sa...saya dee je" Jelas Dee dengan panjang lebarnya.
    "Emm....Deya! Cantik nama anak tu...eerr...nek panggil Deya boleh kan?" Soal wanita tua itu semula kepada Dee.
   "Eh! Boleh nek, Dee tak kisah pun" Jawab Dee dengan ramahnya.
   Terangguk angguk kepala tua itu, apabila mendengar jawapan Dee itu.
  "Oh ya! Apa nama nenek dan cucu?" Soal Dee sambil mengerling sekilas, ke arah budak kecil yang sudah pun terlena di riba wanita tua itu.
   "Eh! tak ya jugak, asyik bersembang sampai lupa nak bagi tau nama nenek kepada Deya. Nama nenek nek mah, cucu nenek ni pula Deya panggil kamal je" Jawab nek Mah sambil mengusap lembut kepala cucunya itu.
  Melihatkan keadaan nek Mah dan cucunya yang begitu daif menimbulkan tanda tanya di dalam hati kecil Dee. Mana perginya anak - anak nek Mah? Dan ibubapa kamal pula dekat mana? Berbagai persoalan mulai menyelubungi kotak fikirannya di saat ini. Nek Mah yang perasan dengan wajah pelik Dee terus menyapa gadis yang berpenampilan tomboy itu.
  "Deya! Kenapa Deya pandang Nek Mah macam tu?"
   Pertanyaan tiba -tiba nek Mah itu, membuatkan Dee tersedar kembali dari lamunannya sebentar tadi. Dengan penuh gelabahnya, dia terus mengaru - garu kepalanya yang tidak gatal.
   "Err...tak ada apa -apalah nek Mah"
   Melihat wajah serba salah Dee  itu, nek Mah terus menggeleng -gelengkan kepalanya.
    "Tak payah nak tipulah Deya, nek Mah tau Deya mesti nak tanya sesuatu kan?"
    Amboi! Nek Mah ni, macam ahli nujum pula tau je aku nak tanya something dekat dia! Bebel Dee di dalam hatinya sendiri.
   "Apasal! Deya diam? Tanya je nek Mah akan jawab soalan cepu emas Deya tu"
   Apabila Dee mendengar usikkan nek Mah itu, tergelak kecil terus dia dibuatnya. Tak sangka selain peramah nek Mah juga pandai bergurau.
"Sebenarnnya Dee cuma nak tau sejak, bila nek Mah dan Kamal hidup sebagai gelendangan? Mana anak -anak nek Mah? Dan Ibubapa kamal ada dekat mana sekarang?"  Soal Dee bertubi - tubi kepada nek Mah.
   Agak lama jugak nek Mah mendiamkan diri. Soalan Dee sebentar tadi memang telah di jangka kan oleh hati tuanya.  Sebelum ni pun, dah banyak yang bertanyakan perihal anak-anak nek Mah, begitu juga sedemikian halnya dengan ibubapa kamal, cucunya.
   Alamak! Nek Mah marah kah dekat aku? Apasal dia diam je? Nampak macam tak nak cerita je! Itulah kau Dee! yang mulut tu gatal sangat tanya soalan macam -macam tadi apasal? Tengok sekarang apa dah jadi?! Bebel dee sendiri kepada dirinya. Baru sahaja Dia ingin membuka mulutnya, tiba -tiba nek Mah mulai berbicara.
   "Sebenarnya nek Mah ada anak, tapi anak nek Mah taklah ramai. Hanya Mila seoranglah pengarang jantung nek Mah selama ini. Kalau Deya nak tau jugak, Kamal ni anak mila lah. Ayah Kamal dah tak ada dia dah lama meninggal dunia"
    "Habis tu, kalau ayah Kamal dah tak ada mila sekarang dekat mana pula?" Sampuk Dee
   "Deya! Janganlah menyampuk, biar nek Mah abis cerita dulu ye"
    "Ooppss!! Sorry! Okey! Nek Mah, sambunglah balik cerita tu, Dee janji akan tutup mulut ni" Ujar Dee  sambil menunjukkan isyarat zip tangan pada mulutnya.
  Nek Mah yang melihat aksi lucu Dee itu terus tergelak kecil. Beberapa saat kemudian nek Mah menyambung semula ceritanya.
   "Mila dah buang nek Mah dengan Kamal dari hidup dia. Sejak dia kahwin dengan seorang lelaki bergelar datuk Mila terus lupa diri. Dia malu nak mengaku nek Mah dan Kamal ni sebagai darah daging dia sendiri. Sebenarnya, nek Mah dan Kamal ni dari Melaka, tinggal dekat kampung Kandang. Ingat datang dekat Kl ni dapatlah jumpa dengan Mila tapi sebaliknya nek Mah dan Kamal dihalau macam anjing kurap oleh anak kandung nek Mah sendiri" Jelas Nek Mah sambil mengesat airmata yang mulai keluar dari kelopak mata tua-nya itu.
   Selepas mendengar penjelasan daripada Nek Mah itu hati Dee tiba-tiba diselubungi kesedihan yang amat sangat. Kurang ajar betul anak nek Mah ni! Tergamak dia buat macam tu dekat ibu kandungnya sendiri! Dasar anak derhaka! Berbakul -bakul sumpah seranahnya kepada anak nek Mah itu. Dia tidak menyangka ada jugak manusia yang berhati binatang. Sanggup tak mengaku ibu dan anak sebagai keluarga sendiri. Memang tak masuk akal langsung! Desis hati Dee sendiri.
    "Dahlah, nek Mah! Tak payahlah sedih dengan anak yang perangai macam tu. Tak apalah kalau, anak nek Mah tak nak mengaku nek Mah sebagai ibu dia biar Dee je anggap nek Mah ni macam ibu dee sendiri"
   Tercengang terus nek Mah apabila mendengar kata -kata gadis muda di hadapannya itu. Di dalam hati dia bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan seorang yang berhati mulia seperti Dee. Sejuk perut ibu gadis ni masa mengandungkannya. Baik betul budi perkertinya! puji nek Mah di dalam hatinya.
   "Hilang terus sedih nek Mah ni, bila dengar Deya cakap macam tu tadi"
   "Alah! Dahlan, Nek Mah tak naklah sedih -sedih. Senyumlah sikit" Jawab Dee sambil terus memeluk erat tubuh tua nek Mah.
   Terpegun seketika nek Mah apabila diperlakukan sedemikian, oleh Dee. Tiba -tiba nek Mah terfikirkan sesuatu.
  "Deya! Kalau nek Mah tanya sesuatu, Deya jangan marah, ye"
   Sejurus mendengar perkataan nek Mah itu Dee terus melepaskan pelukannya dari tubuh Nek Mah. Wajah tua itu  ditatap dengan lembut olehnya. Perlahan -lahan Dee menganggukkan kepalanya.
    "Kenapa Deya jadi gelandangan? Mana ayah Deya sekarang?"Soal Nek Mah dengan wajah penuh kehairanan.
   Pertanyaan Nek Mah itu membuatkan Dee terdiam seketika.  Sebenarnya dia bukannya seorang yang mudah menceritakan masaalah yang dihadapi kepada orang lain tetapi apabila berdepan dengan Nek Mah ringan saja mulut mugilnya menceritakan kisah hidupnya yang penuh dengan penderitaan. Nek Mah yang dari tadi asyik memerhatikan Dee membisu terus menyapa gadis tomboy itu semula.
   "Deya! Tak apa, Nek Mah tak nak paksa kalau....Belum sempat, Nek Mah menghabiskan percakapannya Dee terus mencelahnya.
   "Sebenarnya, Dee bukanlah gelendangan. Sebelum ni Hidup Dee bahagia je dengan ayah. Tapi semuanya berubah bila ayah mengambil keputusan ingin berkahwin lagi. Dee memang  tak setuju ayah kahwin lagi tapi ayah tetap dengan keputusannya. Akhirnya, ayah pun kahwin jugak dengan setiausahanya yang bernama maria. Pada mulanya Maria memang baik dengan Dee tetapi lama kelamaan perangainya mulai berubah.  Apabila ayah tiada di rumah Maria dengan sewenang -wenangnya membawa lelaki lain masuk ke dalam rumah. Ada satu masa tu Dee sendiri pernah melihat dengan mata sendiri Maria berasmara dengan kekasihnya!" Dengus Dee dengan geramnya.
   Nek Mah terus tercengang apabila mendengar penjelasan daripada Dee itu. Dia tidak menyangka gadis semuda Dee sudah terpaksa menempuh dugaan yang begitu hebat sekali.
   "Isskk! Geram pula Nek Mah dengan ibu tiri kamu tu Deya.  Habis tu apa tindakan Deya selepas tau Maria berlaku curang?"
   "Dee terus bagi tau dekat ayah, tapi ayah tak percaya dengan cerita tu. Malah ayah tuduh dee cuba hancurkan perkahwinannya. Masa tu Dee begitu kecewa dengan sikap ayah. Sejak hari tu, hubungan dee dengan ayah jadi semakin renggang" Ujar Dee perlahan sambil mengesat airmatanya.
   Nek Mah yang dapat merasakan kesedihan gadis itu turut mengalirkan airmatanya.  Kesian Deya! Kenapalah seorang ayah sanggup mengabaikan seorang anak yang begitu baik? Desis hati Nek Mah sendiri.
   "Kalau Nek Mah nak tau, sebab perempuan tulah Dee ambil keputusan lari dari rumah. Dee dah tak tahan setiap hari terpaksa melihat maksiat yang dilakukan oleh Maria. Ayah pulak langsung tak hiraukan Dee lagi. Sampaikan duit belanja pun Dee kena cari sendiri!"
   Tersentak terus Nek Mak apabila mendengar pengakuan daripada Dee itu. Perlahan -lahan Nek Mah meletakkan cucunya di atas lantai beralaskan kotak. Dia kemudian melangkah ke arah Dee tangan tua-nya menyentuh lembut ke arah bahu gadis tomboy itu.
   "Deya! Dahlah tu, Nek Mah dah tak sanggup lagi dengar cerita Deya tu!"
   Terkejut terus Dee apabila mendengar pekikkan suara hiba Nek Mah yang di saat ini sudah pun berdiri tercegat di sebelahnya. Wajah tua itu kemudian, merenung dirinya dengan penuh sifat keibuan. Tiba -tiba saja dia teringatkan arwah ibunya. Perasaan rindu kepada ibunya itu membuatkan, Dee terus mengungkapkan permintaanya kepada Nek Mah.
   "Nek Mah! Boleh tak, kalau Dee panggil ibu?"
    Tersentak terus, Nek  Mah apabila mendengar permintaan Dee itu. Dengan besar hatinya, dia terus menganggukkan kepalanya.
   "Wah! Seronoknya! Dee dah ada seorang ibu sekarang, ni!" Pekik Dee dengan nada riangnya sambil terus memeluk tubuh tua Nek Mah ke dalam pelukkannya.
   Nek Mah terus menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan lucu gadis tomboy itu. Dia kemudian merenung sekilas, ke arah cucunya, Kamal yang ketika ini sedang tidur dengan lena sekali. Perlahan - lahan langkah kakinya di atur semula ke arah cucunya itu. Baru saja dia ingin melabuhkan punggungnya di atas lantai tiba -tiba Dee menyapanya semula.
  "Ibu! Boleh tak malam ni,  Dee tidur dekat riba ibu?"
   Terperanjat terus Nek Mah apabila mendengar pertanyaan Dee itu. Wajah tua-nya segera di dongakkan ke arah wajah ceria gadis tomboy itu. Dengan suara gelabahnya Nek Mah terus menjawab pertanyaan Deya itu"Err....Deya ta....tanya apa tadi?" Soal Nek Mah semula inginkan kepastian.
   "Dee nak tidur dekat riba ibu, boleh tak?" Pinta Dee dengan wajah comelnya.
    Sejurus mendengar permintaan Dee itu, Nek Mah terus menganggukkan kepalanya. Apabila mendapat kebenaran daripada Nek Mah Dee tanpa segan silunya, segera duduk disebelahnya sambil terus merebahkan kepalanya di atas riba wanita tua itu. Selepas meletakkan kepalanya di atas riba Nek Mah  tidak sampai berapa minit kemudian Dee akhirnya pun terlelap.
   
  
  

  
  
  
   
  

Dia pencuri hatiku.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang