Epilog

17.9K 152 23
                                    

     Dee terus mempercepat, kan langkah kakinya menuju ke arah tempat dia meletakkan kereta Toyota Viosnya pagi, tadi. Sempat lagi dia mengerling sekilas, ke arah jam yang berada di pergelangan tangannya, itu. Waktu sudah pun menunjukkan jam 11.30 malam. Terjegil terus biji matanya apabila melihat angka waktu yang sedang terpempang di hadapan matanya diketika, ini. Patutlah lenggang je, kawasan parking ni, dah larut malam rupanya! Desis hati kecil Dee sendiri. Apa tidaknya, hari ni banyak pula customer yang datang berkunjung ke kedai Bakery dan pastrynya itu. Sampai, kan dia dan Gloria tidak menang tangan dibuatnya.
       Dee sebenarnya, tidak menyangka perniagaan yang dikongsi bersama Gloria itu boleh menjadi maju dan mendapat sambutan hangat. Darius jugak, banyak memberikan pertolongan dan sokongan kepada dirinya selama, ini. Idea membuka perniagaan bakery dan pastry ni, pun datang daripada suaminya itu.
       "Mieww!!!....."
       Tersedar terus Dee daripada lamunannya apabila secara tidak sengaja, dia terpijakkan ekor seekor kucing terbiar yang kebetulan, sedang tidur di atas laluan jalan menuju ke kawasan parking, tersebut. Terjerit kecil terus dia, jadinya. Huh! Nasib baik kucing ingat, kan apalah tadi! Getus hati kecil Dee sambil mengusap perlahan-lahan ke arah dadanya ingin menghilangkan perasaan gementar yang sedang melanda dirinya di waktu, ini. Setelah, perasaannya sudah kembali tenang barulah dia menyambung semula langkah kakinya sambil matanya ligatnya, memerhatikan keadaan sekelilingnya. Apasal, gelap sangat lampu jalan dekat kawasan parking, ni? Samar-samar je, cahaya dia! Fikir Dee di dalam benaknya sambil melilaukan terus tatapan matanya itu.    
      Kelihatan, hanya ada keretanya dan dua tiga kereta saja yang masih berada di kawasan parking, tersebut. Tiba-tiba saja hati kecil Dee mulai, diulit dengan perasaan bimbang yang teramat, sangat. Kejadian, culik yang berlaku dua tahun lalu, masih segar di dalam ingatannya. Dan disebabkan hal itu jugak, lah dia akan berasa panik apabila terpaksa berjalan bersendirian di waktu malam. Isskk! Menyesal pula, aku tak ikut balik dengan Gloria, tadi! Bisik hati kecil Dee dengan perasaan penuh kesalnya.
      "Tup!...Tup!..."
      Sedang asyik, mengelamun Dee tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tapak kasut tinggi yang datang daripada arah belakangnya, itu. Terhenti seketika, langkah kakinya. Perlahan-lahan dia menoleh, kan wajahnya ke arah belakang dengan perasaan penuh waspadanya sambil sebelah tangannya lagi, menyeluk masuk ke dalam beg tangannya itu. Spray cili padi yang selalu berada di dalam begnya lantas, dikeluarkan lalu digenggam dengan kemasnya. Telinganya awas begitu jugak, dengan pandangan matanya yang semenjak daripada tadi, tidak berhenti melilau ke sana dan ke mari. Issy! Betul, kah aku ada dengar bunyi tapak kasut, ni? Tanya hati kecil Dee sambil menoleh sekali lagi, ke arah belakangnya ingin memastikan yang dia tidak berimajinasi sendiri.
      Sunyi dan sepi!....
      Hening!......
      Berkerut seribu terus dahi, Dee. Dia dapat merasa, kan memang ada seseorang sedang mengekori dirinya. Tetapi apabila dia menoleh  ke arah belakangnya tidak terlihat pula sebarang kelibat, manusia. Pelik! Tiba -tiba dia teringat, kan sesuatu. Isskk!...Takkan, lah tempat ni ada han!...Ooppss!....Apa pula, yang aku merepek sorang-sorang, ni? Dah, lah malam! Sunyi pula, tu! Huh! Seram, lah pula rasanya! Desis hati kecil Dee sendiri sambil memaut dengan eratnya spray cili padi yang berada di dalam genggaman tangannya, itu.
       "Tup!....Tup!...."
       Sekali lagi, cuping telinga Dee dikejutkan dengan bunyi tapak kasut yang sama. Dub!...Dub!....Degup jantungnya semakin, berdetak dengan lajunya. Kali ini, bunyi tapak kasut itu semakin dekat menghampiri dirinya. Baru sahaja, dia berniat ingin membuka langkah seribunya tiba-tiba saja tubuhnya terus ditarik daripada belakang. Dia terus meronta-rontakan tubuhnya.
       "Lepas, lah!....Emmph!...Le...!" Mati terus jeritan Dee apabila mulutnya tiba-tiba ditekup dengan sehelai, saputangan. Dia kemudian, cuba melihat ke arah wajah orang yang telah menyerang dirinya itu tetapi tidak sempat, tiba-tiba saja pandangan matanya mulai, menjadi kelam dan semakin gelap. Akhirnya, dia terkulai dengan lemahnya dipangkuan penyerangnya.

                      
                                                  *****

      

Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now